Thursday, December 10, 2009
Thursday, October 22, 2009
Masak tempoyak ikan patin
Saya orang Kedah. Negeri Kedah tidak pernah popular dengan ikan patin juga tempoyak. Kalau di dalam keluarga kami di Kedah, hari-hari masakan wajib adalah kari atau kami kenali sebagai gulai. 'Not a single day' dalam hidup kami di negeri Kedah emak tidak masak kari. Asal sahaja balik kampung, bila buka tudung saji mesti ada kari, kari, kari dan kari...
Disebabkan saya banyak tinggal di luar negeri Kedah, akhirnya selera makan saya berubah. Kari kini hanya sekali sekala. Antara masakan yang saya suka adalah masak tempoyak. Dulu-dulu saya tidak pernah merasa 'confident' memasak masak tempoyak ini. Selalunya kalau masakan tempoyak tidak menjadi, 'fault'nya diletakkan pada tempoyak, kononnya tempoyak tidak asli, ianya dicampur pisang, atau juga 'fault'nya diletakkan pada ikan sungai yang hanyir, atau ikan sungai itu diternak, tak best.... Lebih sedap masak tempoyak jika di makan di negeri Perak dan di Pahang.
Sekian lama merantau, rindu kembali pada masak tempoyak, sementelah ikan patin dari Vietnam tidak sukar didapati di sini. Tempoyak pula, duriannya kami beli di kedai Asia di sini dan kemudiannya kami proseskan menjadi tempoyak. Hasilnya, beberapa kali saya masak tempoyak ikan patin. Rasanya kali ini, yours truly, memang dapat citarasa yang saya cari, tempoyak rasa 'pure', ikan patin Vietnam juga walaupun semasa dibeli keras kejung tapi terasa manis ikan patin ada di situ.. Pelik tetapi benar...
Resepi masak tempoyak ikan patin yang sangat mudah:
cili padi beberapa biji ditumbuk bersama garam
segenggam tempoyak, kalau nak pekat boleh tambah lagi
kunyit
asam keping
ikan patin beberapa potong
daun kesum
tomato (menggantikan timun)
air
Cili, tempoyak, kunyit dan air masukkan ke dalam periuk. Masak beberapa minit dan kemudian masukkan ikan. Masukkan daun kesum, tomato dan garam secukup rasa. Masak sehingga ikan masak sepenuhnya.
Setelah masak, makan bersama nasi panas. Alhamdulillah, nikmat Allah Taala..
Thursday, September 17, 2009
Wednesday, September 16, 2009
Pengalaman Lailatul Qadar
Cerita Lailatul Qadar yang saya baca tahun lepas - sumber Internet"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah. Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja. Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu.
Aku cuit bahu dia dan tunjukkan kearah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku."Kenapa?" tanya Abah."Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini. "Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dia orang angkat letak kat tanah..Bodoh," sambung Abah sambil marah2 lagi.
Kesimpulannya... Berhati-hati-lah dengan alamat lailatul qadar.
Monday, September 07, 2009
Thursday, September 03, 2009
Ramadhan kali ini
Tetapi di sini sangat berbeza. Kalau teringin nak makan sesuatu, terpaksalah masak sendiri. Kadang-kadang jika bernasib baik, dapatlah rasa yang dihajati, tetapi jika tidak, nampaknya gigit jarilah. Masak untuk berbuka di sini pun simple-simple sahaja.
Antara menu simple berbuka puasa kami adalah nasi ayam. Cukup mudah dan ringkas. Bukannya susah mana pun nak buat tapi kenapalah jika ke Pasar Malam dulu-dulu, asyik-asyik nasi ayam yang saya cari.
Sabtu baru ni, saya mencuba resepi nasi kerabu buat pertama kalinya dalam hidup. Ini akibat tidak puas makan bila hari sebelumnya saya menempah nasi kerabu Zihan Wan Hazli dari warung online isteri-isteri (http://warungnotts.blogspot.com/) yang mengikut suami belajar di sini. Kemasyhuran nasi kerabu mereka sudah lama saya dengar. Rupanya memang betul-betul sedap. Sambal kelapa, solok ladanya mempunyai kemanisan yang original. Nasi, daging bakar dan sambalnya was just perfect. Puas kami menambah gula untuk meniru hasil masakan mereka namun apabila tiba masa untuk dirasa masih tidak seperti nasi kerabu mereka. Hmm..mungkin gula yang kami masukkan belum cukup atau ada rahsia lain yang kami tidak tahu. Tetapi apa yang kami banggakan adalah telur masin buatan sendiri sangat menepati citarasa kami yakni tidak terlalu masin, sedang-sedang saja.
Salam Ramadhan dari saya. Mudahan kita memanfaat sebaiknya Ramadhan yang hadir pada tahun ini.
Wednesday, August 19, 2009
New nasyeed
Latest release nasyeed (nasyeed??) from my most favourite artist Sami Yusuf, was released yesterday,18th August 2009.
Akan ku cari di kedai Mizan di Burford Road, Forest Field. Hopefully adala. Kalau tak ada, akan ku cari sampai jumpa. Susah-susah nanti beli online.
His nasyeed was so nice listening, especially when traveling.

