Thursday, December 28, 2006

Syurga Pendatang

Tahukah kita bahawa sekarang ni ada lebih kurang 1.82 juta warga asing mencari rezeki di negara kita and yet our 52,000 graduates sedang menganggur? Sekurang-kurangnya 22 negara menghantar pekerja mereka ke Malaysia. Lima negara paling ramai menghantar adalah:


1. Indonesia - 1,172,990
2. Nepal - 199,962
3. India - 130,768
4. Vietnam - 96,892
5. Bangladesh - 64,156

And among the most wanted sectors that needing these people are:

1. Prkilangan
2. Pertanian
3. Amah
4. Pembinaan
5. Perkhidmatan

Bagi pendatang, negara kita umpama syurga bagi mereka. Tapi, bagi kita terutama belia dan para siswazah, mengeluh tentang kesukaran mendapatkan pekerjaan dan pada masa yang sama, pendatang asing membawa keluar berbillion ringgit wang kita ke negara mereka.

Friday, December 22, 2006

A colourful Kuala Lumpur

Lately, rajin pulak ronda-ronda Kuala Lumpur. Either to settle some commitments or survey-survey barang-barang yang patut dibeli. After determine kat mana nak beli, then only we will bring our 6 children to the place.

Last Saturday, had the chance to go to Jalan Tunku Abdul Rahman a.k.a Jalan TAR. Pasar Malam Jln TAR is also on Saturday. Drop by P.Lal Store, Sharafali to look out for some baju-baju pakaian musim Sejuk. Quite expensive. Then to Mydin, and last2 ronda Pasar malam. I just love being in Jalan TAR. Macam-macam ada and brings back the memory lane.

It was full of colours. You can see all kinds of faces, various kind of food, dan macam-macam lagi. I used to remember how much I like the food at the upper level of Globe Silk Store. Tapi, sekarang ni Globe tu dah macam nak tutup. Tapi, the ever unforgetable food is nasi beriani Insaf. Harga sepinggan sekarang dah RM 9. Quite ridiculous tapi, sekali sekala makan jugak-lah. Apa nak buat, old time favourite.

The Nasi Kandar along Jln TAR is also not to missed. Either depan Sogo, or di celah-celah Kedai carpet, The Ibramsa Nasi Kandar. Mahal tak patut, a plain nasi with 2 pieces of small daging and kuah campur will cost you RM 7, almost the price of a nasi beriani.

Nak beli kain, tudung murah-murah, you can always go through the Arkid. As cheap as 3 pieces RM 50. Nak solat, you can always go to Masjid India and don't be surprised if while solat, you will suddenly heard azan at 5.30 pm. Bazar Masjid India is also competing the Petaling Street. You can get all sorts of 'branded' bags, watches etc. It is definately full of colours.

December 2006

Our visas have been submitted. Altogether 9 applications. Banyak tu dan sekarang ni dah mula susah hati. Belum approved2 lagi. Next week going to be Christmas dan new year pun dah nak dekat. Tau2 saja-lah hujung-hujung tahun ni, semua orang mesti nak cuti panjanggg.. Delay lagi. Flight ticket pun katanya fully booked sampai mid January. Adoi...

On a brighter note, we have moved to our new office. Got myself a room. Alhamdulillah. Banyak yang masih tak okay, air-cond no gas, almost all electric plugs not functioning, cermin kecil kat pintu pecah. Tapi, macamana pun, asalkan the wireless Internet is functioning perfectly, it's going to be okay with me.

Minggu lepas, sent Qutub to a camp. After checking his file, I found a confession, exclusively by him. Also, a letter of apology to us from him.

His confession about his weeknesses and strength:

Weekness:
1. Nakal
2. Pemarah
3. Suka gaduh
4. Tidak taat pada Ibubapa
5. Kurang ajar
6. Suka menunjuk
7. Suka benda Lara
8. tidak penyabar
9. Malas.

and ONLY ONE strength:

1. Tidak suka MENGORAT (kecuali yang terpilih)

Well, I think we have to watch out for his one strength.

Thursday, December 07, 2006

The Naked Chef - Jamie Oliver

Among our favourite TV programmes is The Naked Chef - normally viewed through channel 11, 'travel and living' or sometimes also viewed through channel 2 RTM. Hosted by Jamie Oliver.

In the first series of the Naked Chef viewers were treated to a glimpse into his world, zipping about London on a scooter and hosting parties for all of his friends, all to a rock'n'roll soundtrack.

The food was reassuringly hearty, but not too fiddly, and Jamie always seemed to have his hands full of fresh herbs and olive oil. It was an overnight success, attracting an audience that wouldn't normally watch food programmes.

Jamie Oliver, 29, telah memasak sejak berusia 8 tahun. Orang tuanya, Trevor dan Sally, adalah pemilik the Cricketers,pub dan restoran di Clavering, Essex. Pada usia 21 tahun, beliau telah menjadi kalangan ' Rich and Famous'.

Di Belanda seorang dari 17 orang memiliki buku resepi Jamie Oliver. Dan di Jerman tahun lalu sahaja bukunya telah terjual hingga 1.2 juta jilid.

Bagi Jamie , "Cooking was the first thing I was good at".

Sebenarnya, semasa zaman persekolahannya, dia merupakan seorang dyxlesia, that is having difficulties in learning to read, write and spell, and until now he never did finished reading a book. "After 15 minutes, I'm dozing,". Dan kerana masalah tersebut, he will write a book by dictate it with a Dictaphone. And during school time, he was guided by a 'special need' teachers.

So, those with dyxlesia need not worry, banyak lagi opportunity out there to be explored.

Wednesday, December 06, 2006

Visa oh Visa...

Hari ni contact agen buat visa. Aduh..pening bila dengar dia membebel pasal requirement untuk apply visa. Malas nak apply sendiri sebab website visa tu, is too much of information. Tak larat nak baca dan tak cukup masa. Tak sangka rupanya susah juga nak pergi negara orang ni...

Nak buat pasport kat Malaysia ni pun strict prosedurnya. Original documents plus cap jari semua ambil, termasuk tuan tubuh kena pergi sendiri untuk apply dan receive. Bagus-lah. Kurang-lah sikit peniruan identiti tu.

Walaubagaimanapun, berlainan pulak kisah bibik di rumah. Nak buat pasport di tempatnya sangat mudah. In fact tak perlu pun pergi ke Imigresen. Suruh saja agen buat-kan. Nama pun boleh diubah ikut suka telinga mendengar. Hmmm...patut-lah ramai bebenar pendatang di negara kita.

Back to our visa application, we have to produce a very strong financial statement since we're bringing 6 children. Estimated monthly 250 pound for each children. So, darab-lah semua family members for the 3 year duration. Tak ke pening...

My friend who is going to Holland pun 2 X 5. Apply the last 3 months and until now have not received the visas. Susah-susah, dia pergi sendiri Holland and found it, the visas have not yet being processed.

Makanya untuk menjadi sebuah negara maju, ciri-cirinya ialah menyusahkan dan mengetatkan prosedur kemasukan orang luar ke negara. Hanya yang berkemampuan sahaja yang diizinkan masuk.

Thursday, November 30, 2006

World Muslim Footballer

I'm a no footballer fan. But, I'm attracted that few world Muslim's footballer are Muslims.

Anas Al-Tikriti dalam Online.Net berkata pemain bola sepak Muslim di Eropah dapat membuktikan bahawa kepercayaan dan kebudayaan mereka bukanlah halangan untuk mereka menyumbang kepada masyarakat. Mereka dapat menjernihkan salahfaham terhadap Islam dan membuktikan bahawa menjadi Muslim adalah “way of life”

Rupa-rupanya ramai juga pemain bolasepak Muslim terkenal memeriahkan Piala Dunia 2006 di Jerman. Antaranya:

Peranchis: Zinedine Zidane dan Franck Ribery. Takkala permainan bermula, Ribery biasanya berdoa kepada Allah dengan mengangkat tangannya.

Belanda: Boulahrouz Khalid, pada ketika ini bermain dengan Chelsea, Robin Van Persie, bermain di Arsenal.

Sweden: Zlatan Ibrahimovic, pemain Inter Milan.

Lain-lain: Nicolas Anelka (Bolton), Mohammad Diarra (Real Madrid) serta beberapa pemain Afrika yang bermain di Eropah. Bahkan ramai di antara mereka yang juga menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan walaupun jadual pertandingan sangat ketat.

Wednesday, November 29, 2006

Semalam, ke Imigresen Kajang. Sampai 7.30 am. Orang punya-lah ramai. So, we decide ke Damansara. Alhamdulillah, tepat 1.30 tghari settle proses mohon pasport untuk 8 orang. Balik rumah, masak dan makan then kena berkejar ke Port Klang pulak. Aduh..capek sekali.

Pening jugak nak fikir pengisian untuk anak-anak cuti2 sekolah ni. I have some plans in mind tapi tak tahu mana satu. The first inlist would be:

i. Kem anak soleh kat Masjid al-Hidayah, seksyen 18, tapi yang ni cuma 3 jam sehari selama 2 minggu
ii. Program kat Masjid negeri Shah Alam. 3 days and 2 nights.
iii. Kem anak Soleh di Lembah Pangsun or
iv. Kem Tunas takwa nun di Perlis (kalau dekat, this would be my preferance)

Actually, my mind is so serabut. Within this month, I have to settle everything before depart. Barang-barang kat rumah satu pun belum pack. Barang-barang nak bawa belum decide. Lelong..lelong..siapa nak beli Unser and Kenari. Semua kena let go.., Mudah-mudahan Tuhan mudahkan segala urusan. Amin..

Wednesday, November 22, 2006

A day without a maid


Hmm...bibik dah balik. My children: some love it and some...

First day masak, okay Beebah cuci pinggan. Settle. Malam, 'cuci pinggan tolong!!!', Beebah says 'sat lagi'. Iman hilang dari pandangan. Zahraa ?? Ni tak boleh jadi...kata tak mau ada bibik kat rumah??!!

Well, the nagging goes.. so in the end, Iman generated a work schedule. Phew...the kitchen cuci calat macam ada bibik. Good to have 4 'bibik's in the house. Let's see how long this will last...

Monday, November 20, 2006

Pening

Adoi...peningnya nak grade projek assignment student ni. Ada sorang dua yang buat betul-betul pening. Lepas ni kalau nak kerja senang, suruh dia orang present saja-lah. Tak faham suruh explain. Senang cerita. Tapi, tu-lah masa pulak tak cukup.

Tinggal 2 orang saja yang belum grading. Nak fahamkan hujung pangkal pun cukup seksa. Tapi padan pun, student yang attitude problem. Macam biskut chips-more. Sekejap ada, sekejap tak ada. Buat kerja tak ikut spec. Sabar saja-lah.

Hari ni kena balik awal. Nak entertain makcik (bibik) yang di rumah ke Warta dan PKNS. Semalam dah janji nak bawa dia tukar duit Indon rupiah plus some shopping. Ikut hati nak terus ke Alamanda, nak survey beg tapi, cannot figure out berapa beg nak beli. Tengok katalog Carrefour, best juga offernya.

I did a PhD and did NOT go mad

I need some inspiration and motivation to get going. To do whatever I am supposed to do. I like this one piece of advice:

There's only one way of doing a PhD and that's your own, that's your own, that's your own...

A PhD, by its very nature, is a very individualistic venture. There is no right way to do a PhD (there are however a multitude of wrong ways).

This is the first big surprise for people who are starting their PhD having completed their undergraduate degrees -- there are well defined correct ways of getting a degree (usually `turn up to lectures, do course work, revise for exams, use a modicum of common sense') but such prescriptive techniques don't work for research degrees.

The award of a research degree effectively says `This person knows how to do research in his/her chosen area' and `research' is a nebulous, difficult to nail down thing which relies on insight, lateral thinking, inspiration and a lot of hard work.

An undergraduate degree is a lot of hard work, but doesn't put so much emphasis on inspiration. Most (if not all) people cannot sit down and say `right, today I'm going to have some inspiration'. The unpredicable nature of progress in a PhD means you spend a lot of time not sticking to the deadlines you set yourself. This is dispiriting.

In most departments there's always one smartarse who loudly proclaims that doing a PhD is easy and he (its usually a he) can't see what all the fuss is about, and he's just written another three chapters this morning, and he's submitted another five journal articles. People like this are lying, showing off, from Mars or over-compensating for inadequacies in other areas of their lives (if-you-know-what-I-mean). Ignore them.

The next big surprise for people who are starting PhDs after an undergraduate degree is just how excrutiatingly lonely a PhD is. When you submit your thesis you have to sign a piece of paper that says `This is my work, my work alone, nobody else's, all mine, nobody but me did it. Honest.'

A PhDs is so narrow and focused that the chances are that you and only you is going to understand anything about it. This is known as the Loneliness of the Long Distance Researcher and you have to get used to it. It means you're going to spend at least three years wandering around with a great chunk of bizarre, irrelevent nonsense in your head that only you can relate to. Get used to people's eyes glazing over and them shuffling in their seats when you try to explain exactly what it is you're doing.

Try to avoid emotional entanglements with people who say `penny for your thoughts' during romantic moments. If, like me, you say `the problem of formally refining liveness properties stated in a temporal logic for reactive systems' then you're likely to find yourself rapidly emotionally unentangled. Or at least they ask for a full refund on their penny with a written apology. Anyway, quite frankly, after a couple years of doing my PhD the last people I wanted to spend any time with were the sort of people who would be remotely interested in my work. To quote Groucho Marx `I wouldn't want to join a club that would have me as a member.'

Many departments have well integrated research programs with seminars and meetings and other such social gatherings. This is A Good Thing and will go a long way in relieving the loneliness of the long distance researcher. Many departments are, however, abysmal in this respect. If you're an active go-getting sort of person you may try sorting out social gatherings but be prepared for knockbacks.

There are going to be times when it all gets to you and you can't cope any more. (The day I found a paper that I'd missed in my literature survey that covered all the `new' stuff I'd done in the previous nine months was my own personal nadir.) What do you do in such circumstances?
Cry. Your eyes out.

In order to not become entirely divorced from reality it is a good idea to get a hobby and the less your hobby has to do with the subject of your PhD the better. If you are considering doing a PhD on a subject you really enjoy and find fascinating then beware -- the chances are that after three or so years of studying nothing but your chosen topic you'll hate the very mention of its name.

So, in summary...
- Do not just blithely start doing a PhD because you can't think of anything better to do -- that's what Masters degrees are for.
- Just because you sailed through your undergraduate degree, do not expect to do the same with a PhD.
- Do not expect to enjoy doing a PhD.
- Do expect to go mad.
- If you do enjoy your PhD you're probably mad already.
- If you finish you can tell people that you really have done something that's big and clever.
Three years is a long time to do something you really, really hate and your life is finite. If you're really not a happy bunny mid-PhD consider dropping it -- worse things happen at sea.
- Make sure you get full support from your department and complain if you don't.
- Try to have some sort of functional life outside your PhD, although this can be surprisingly difficult.
- If all else fails, eat chocolate.
- Eat chocolate anyway.

Touch n Go

Aisay...pagi ni lupa pulak nak bawa kad 'touch n go'. Boringnya... Jemu kalau nak kena beratur panjang nak bayar tol ni. Careless sungguh. Ni akibat terlalu banyak makan semalam di 'open house' musim-musim raya. Living in KL without a' touch n go' or a 'smart tag' can make your life in stress. Tapi, nasib baik-lah traffic flow pagi ni okay je. Agaknya sebab cuti sekolah dah bermula.

Sesampai di Shah Alam, terus ke 'Ani Sup Utara' di Seksyen 2. Nak dapatkan nasi lemak bungkus yang sedap dan lemak tu. Kalau bawa si Qutub ke ofis, gerenti dia akan minta 2 bungkus.

Esok, nak hantar bibik balik kampung untuk seminggu. Mudah-mudahan dia akan balik sini semula. I am beginning to rely so much on her nowadays and this is not good. Cuti-cuti sekolah ni pening juga nak fikir program-program untuk anak-anak di rumah. Mungkin nak hantar Iman, Beebah ke tiusyen and the rest rehat saja-lah kat rumah.

A good article:

Nabi Muhammad saw mendidik seseorang pada zamannya dengan banyak mengguna dan mengutamakan pendekatan lemah lembut dan penuh dengan kasih-sayang. Antara langkah atau tahap mengajar, sebelum memukul adalah:·

- Beritahu dan sebutkan secara terus terang perkara yang dibuat itu salah.
- Tunjukkan cara yang betul.
- Memujuk dengan cara lemah lembut dan berhikmah atau kreatif.
- Menggunakan isyarat.
- Mencela keburukan perangai (bukan kekurangan diri untuk tujuan menghina dirinya).
- Memulau atau tidak mempedulikannya dalam jangka waktu tertentu.
- Pilihan terakhir adalah memukul atau merotan. Tindakan ini diambil selepas kaedah di atas tidak berkesan. Menghukum dengan memukul atau merotan mesti menggunakan kaedah atau cara pukul yang diizinkan dalam Islam.

Antara kaedah memukul yang diizinkan oleh Islam adalah:· Memukul atau merotan hanya dibenarkan kepada anak yang berumur 10 tahun ke atas. Sabda Rasulullah bermaksud: “Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah jika mereka enggan apabila berumur 10 tahun.”

Ada tempat yang haram dipukul, umpamanya muka dan pula bahagian yang sensitif dan boleh mencederakan seseorang.· Guru atau ibu bapa membetulkan niat memukul semata-mata untuk mendidik dan membetulkan keadaan atau sifat tercela, bukan untuk mendera atau melepaskan perasaan geram dan marah.

Jika dalam keadaan marah dan panas, ambil langkah untuk meredakan perasaan marah dulu, dengan mengubah posisi diri. Contohnya, bagi yang sedang berdiri hendaklah duduk dulu atau yang sedang duduk perlu berdiri atau baring. Atau keluar dari bilik atau bilik darjah sebentar. Ambil wuduk, solat sunat, kemudian baru pukul dengan membaca doa dan selawat (untuk kesejahteraan anak) dan memukul dengan nama Allah.

Pakar psikiatri dari Hospital Kota Bharu, Kelantan, Dr Khairi Che Mat dalam kajian fisiologi rangsangan saraf ke otak menunjukkan bahawa keputusan dan tindakan ketika marah adalah tidak rasional. Selalunya adalah sembrono dan lebih memudaratkan perasaan dan mental anak-anak.

Jangan sekali-kali meninggalkan konsep ‘mendidik’. Pesan Rasulullah: “Hendaklah kamu mengajarkan mereka dan jangan berkeras. Sesungguhnya orang yang mengajar itu lebih baik daripada orang yang berkeras.”Dr Khairi juga menasihatkan agar ibu bapa/guru supaya memberikan maklum balas kepada setiap perbuatan anak sama ada betul atau salah.Jika perbuatan mereka betul, berikan dia ‘pengukuhan positif’ dalam bentuk pujian atau ganjaran.

Jika salah, berikan ‘pengukuhan negatif’, seperti teguran atau hukuman. Jangan sampai, anak kita kata, ‘apa yang saya buat selama ini, semuanya salah’. Sebelum ini kita tidak pernah iktiraf atau memberi perakuan terhadap perbuatannya yang betul. Sebaliknya, kita hanya menegurnya jika perbuatannya salah. Jika keadaan ini (hanya menegur ketika salah laku) berterusan, anak-anak akan suka membuat perbuatan salah.

Merotan walaupun cara terakhir dalam mendisiplinkan pelajar, kesan negatifnya pasti ada. Hampir semua ibu bapa akan malu, tercabar, geram atau marah apabila anak dihukum dan diperkatakan di hadapan orang lain. Ibu bapa, yang paling hampir dengan anak. Oleh itu, kitalah orang pertama yang perlu berasa bersalah.

Bagaimanapun, tanggungjawab mencorak masa depan anak memang tidak terletak di tangan ibu bapa semata-mata. Pengaruh luar sama ada positif atau negatif tetap memainkan peranan besar. Ada antaranya tidak dapat ditangani, lalu memberi kesan buruk berpanjangan dalam kehidupan.

Biar apapun alasannya, orang dewasa yang sebenarnya lebih banyak menentukan sama ada anak itu hanya perlu dibelai atau mesti dipukul bagi memenuhi tanggungjawab atau mendisiplinkannya.Jika diberi pilihan, pasti tiada ibu bapa normal, ingin memukul anaknya, apatah lagi membenarkan orang lain melakukannya. Faktor ‘kecerdikan emosi’ ibu bapa dan pendidik perlu diasah selalu:

Fitrah manusia berasa perlu dilindungi dan dikasihi untuk ketenangan akal fikiran dan jiwa. Demikian juga anak-anak, mereka memerlukan keprihatinan orang dewasa dalam setiap kegiatan kehidupan. Oleh itu, ibu bapa atau guru perlu mengemas kini pengetahuan dalam mendidik dan memanfaatkan bidang ilmu terkini dalam pendidikan anak.

Anak-anak perlukan peribadi contoh atau ‘role model’ untuk diikuti. Ibu bapa adalah peribadi terhampir dengan mereka, yang boleh menampakkan usaha, kesusahan dan pencapaian kepada anak. Pada masa sama datangkan padanya model terunggul untuk diikuti iaitu Rasulullah. Sampaikan kisah kehidupan Baginda yang telah diterima Timur dan Barat sebagai pemimpin, suami, bapa dan datuk terbaik.Bagindalah yang membentuk dan membelai cucunya, Hassan dan Hussin hingga terpahat menjadi teladan, sesuai dengan sabda Baginda bermaksud: “Hendaklah engkau berlaku lemah-lembut dan jauhkanlah daripada berkasar dan berkeras (perkataan dan perbuatan).”

Menghormati keperluan, kehendak dan perasaan anak adalah satu tanggungjawab. Namun, setiap kita mesti tahu membezakan antara keperluan dengan kehendak. Keperluan mesti dipenuhi, namun kehendak tiada batasnya kerana ‘kehendak’ lebih berasaskan kepada nafsu. Kehendak dan kerenah perlu diubah suai supaya boleh menjadi bimbingan.

Ibu bapa hendaklah menerima anak-anak seadanya tanpa syarat, dengan segala kebaikan dan keburukannya, kebolehan dan kekurangannya. Ibu bapa juga mesti belajar menerima dan mengiktiraf perasaan dan pandangan anak walaupun ia bercanggah dengan pandangan mereka.Jangan sekali terlalai untuk memberi pujian dan menghargai perlakuan baik anak kerana itu akan menjadi insentif nombor satu dan ingatan bermakna, meskipun tanpa hadiah yang dinilai dengan wang ringgit.

Pasti ada kalanya anak melakukan kesilapan. Ambillah kesilapan sebagai pengajaran dan permulaan menuju kejayaan. Sentiasa ingatkan diri bahawa Islam tidak menggalakkan kekerasan. Dalam mendidik atau menasihati anak, ibu bapa disuruh menggunakan cara yang lembut dan ringan terlebih dulu dan beransur-ansur bertukar kepada yang lebih berat sekiranya tiada perubahan.

Perlu diingat bahawa ibu bapa adalah orang yang paling tahan ujian, sabar dan bertawakal kepada Allah ketika mendidik, apatah apabila mengalami kegagalan dalam membentuk anak yang diharap-harapkan.· Memahami perkembangan emosi anak. Anak-anak menunjukkan pelbagai ragam yang sebahagiannya menggugat kesabaran. Emosi negatif anak mesti ditangani dan dibelai dengan ilmu.

Usaha berterusan perlu untuk menjauhkan mereka daripada terus terbawa-bawa tingkah laku demikian hingga besar dan mempengaruhi sikap mereka. Kepincangan dalam perkembangan emosi boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan, terutama dari segi mental.Apabila mental mereka terjejas, punahlah harapan ibu bapa untuk menatang anak cergas yang berjaya.

Thursday, November 16, 2006

Penantian

Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan. Dah letih dah menunggu surat offer nan satu ni. tapi, asyik-asyik dapat respon:

I have been trying to fax your offer to you for the last hour.Unfortunately the number is 'busy' all the time. I am therefore sending it to you by DHL today. If you can furnish me with another number I will try to fax again today for you.

I really need the letter as soon as possible!, so that I can proceed with everything. Dah tiga hari menunggu macam buah tak gugur. Nak fikir nak jual kereta, nak buat passport, visa, clear income tax, medical check up and everything and the most important thing is when is the most appropriate date nak hantar bibik balik kampung. Makcik tu dah excited nak balik. Dah mula packing, shopping dah. Penuh beg dengan milo, susu tepung dan gula. Tu belum lagi bab melayan dia pergi shopping di PKNS dan Warta.

Ronda-ronda cyber world, jumpa satu peringatan yang menarik:

Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dalam kitabnya, Jilbab Al-Mar'ah Al-Muslimah menyebutkan lapan syarat jilbab syarie iaitu:-

- Menutup seluruh tubuh, kecuali muka dan telapak tangan.
- Bukan untuk tabarruj (bersolek) yang boleh menyebabkan pandangan mata tertuju kepadanya.
- Bahannya diperbuat daripada kain yang tebal dan tidak nipis.
- Kainnya longgar, tidak ketat dan tidak membentuk lekuk tubuh.
- Tidak diberi memakai minyak wangi seperti mana peringatan Rasulullah s.a.w.: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan kemudian berjalan di hadapan orang ramai dan mereka menghidu baunya, maka dia adalah penzina.
- Tidak menyerupai pakaian lelaki.
- Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir.- Bukan memakainya kerana untuk mencari populariti.

Ia sesuai dengan peringatan Rasululullah melalui sabdanya: Barang siapa mengenakan pakaian untuk mencari populariti di dunia, nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kehinaan pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.Hakikatnya, mungkin ramai di antara kaum wanita muslim menganggap ia syarat yang agak berat apatah lagi kepada mereka yang ternyata sudah memakai jilbab tetapi melanggar syarat-syarat di atas.

Sesungguhnya, jika seseorang wanita itu berhasrat menjadi seorang muslimah syarat berkenaan tidaklah begitu sukar kerana dalam pelaksanaan syariat Islam tidak ada perkara yang sukar sebagai mana firman Allah: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. (Al-Baqarah: 185)

Atas sebab itu dalam soal menutup aurat ini, Rasulullah dengan tegas mengingatkan bahawa, Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan melentuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.

Wednesday, November 15, 2006

Cili Padi

Puas mencari sambal belacan masa nak beli lunch kat cafe tadi tapi tak disediakan. How can a cafe not providing any sambal belacan? I just cannot think of it because among the attraction of a kedai makan would be the sambal belacan and the ulam-ulaman.

Anyway, makan saja-lah apa yang ada although the thrill of it is not so..so... I am a cili padi a.k.a. cabai melaka a.k.a cili burung fan. A must have for a home made lunch or dinner. Kalau tak ada rasa macam tak lengkap.

I used to plant the cili padi/cili burung while staying in Bangi. It was so voluptiuos and I really enjoyed picking it up until I got pregnant for my sixth child. Lansung tak hingin dan nak tengok pun the cili padi. Penangan pregnant masa tu.

I would love to try masak pekasam lemak Cili Padi (Perlis Style) that I copy and paste from Major Ismail website. Teringat lunch di Pokok Sawa/Ciku Di Mata Ayer, Perlis. It was an enjoyable moment having lunch with friends and a most memorable moment dating with husband during the lunch time.




MASAK PEKASAM LEMAK CILI PADI (PERLIS)
a) Kelapa ½ biji
b) Serai 2 batang - diketok
c) Halia 1" - diketok
d) Daun kunyit 3 helai
e) Asam papan 2 keping
f) Cili padi 10 biji - ditumbuk
g) Jantung pisang - dihiris
h) Kunyit lipat - 1" ditumbuk

Tuesday, November 14, 2006

Kursus 5 hari

Alhamdulillah, kursus dah selesai. The schedule was packed. Nak basuh baju pun curi-curi masa. Apalagi nak study untuk exam on the last day. Apa-apa pun, I really had fun, especially getting to know new friends from all over Malaysia. Macam-macam background dan kerenah.

I noticed that bidang pengajian, pekerjaan dan latar belakang pendidikan banyak mempengaruhi karektor seseorang. Macam-macam perangai manusia. Ada yang friendly, peramah. Ada yang berhati-hati nak berkawan, dan lebih suka membawa hal sendiri.

We have few specialist doctor planning to do some sub-specialist in the group. I observe that doctors (not all doctors) are people that are serious in whatever they do. Hardly like to join and mixed around and just mingled among themselves. Study real hard.

Ada yang kaunsellor, suka bercakap and analyse situation and people. Be extra careful if you are with counsellors. They can read you.

Lingiustic people, also like to talk and use beutiful words. Communication skills are superb.

Get to know few forestry, zoologist people. Fantastic, They know the jungle very well, an 1001 satu macam manusia yang ada dengan keistimewaan masing-masing.

The riadah session is interesting especially doing the j-Robic and kembara (jungle tracking). The Instructors, although in their late fifties are real good and fit.

Wednesday, November 08, 2006

Anak tak minat belajar


Anak-anak ni ada pelbagai ragam dan perangai. From one to one, tak sama. Ada yang macam kita masa kecik-kecik, dan ada yang macam spouse kita. Like mine, sorang-sorang ada perangai masing-masing. Ada yang suka baca buka sampai ke masa makan, nak masuk toilet pun suka nak baca buku but only story books saja-lah. Tapi, ada yang lansung tak minat nak tengok buku pun. Would rather prefer staring at the ceiling without doing anything. I've found an article that I find interesting:

Setiap anak mempunyai minat atau kecenderungan yang berbeza. Mungkin anak puan lebih minat kepada perkara yang lebih fizikal iaitu bermain. Usah risau kerana sebenarnya bermain adalah kaedah yang paling berkesan untuk belajar pada peringkat umur ini.Apapun saya bersetuju bahawa anak harus didedahkan dan diasuh untuk mencintai ilmu melalui minat membaca.

Puan boleh memupuk minat membaca anak dengan memilih buku yang mengikut minat anak. Sebagai contoh sekiranya anak minat bermain pondok, puan boleh membeli atau meminjam dari perpustakaan awam buku cerita tentang kanak-kanak bermain pondok atau masak-masak. Kanak-kanak juga sangat gemarkan buku yang mempunyai gambar sebenar kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Ia lebih menarik minat kerana mereka boleh mengaitkan diri atau relate dengan cerita. Mereka juga gemar membaca atau mendengar cerita yang dekat dengan diri dan pengalaman mereka. Ianya seperti cerita binatang-binatang di zoo apabila pulang dari mengadakan lawatan ke zoo. Tumpuan anak mulanya memang sedikit. Ajak anak membaca bersama dan berhenti bila anak sudah jemu. Secara beransur-ansur tumpuan mereka akan meningkat. Juga elakkan daripada terlalu menekankan kepada cara membaca yang betul dari segi ejaan dan tatabahasa.

Sebaliknya tumpukan kepada maksud cerita dan bercerita dengan gaya dan tonasi yang menarik. Buat permulaan gunalah buku yang menarik illustrasinya dan tidak terlalu banyak perkataan. Jadikan membaca satu aktiviti yang meyeronokkan dan merapatkkan hubungan kekeluargaan.Selain daripada itu puan boleh mengajak kawan baik anak bersama semasa aktiviti membaca. Anak puan mungkin akan suka dan terdorong untuk membaca kerana pengaruh kawan baiknya. Secara tidak sedar dia akan belajar untuk minat membaca tanpa tekanan.

Persekitaran yang kondusif adalah antara faktor utama dalam membentuk peribadi seorang kanak-kanak. Setiap rumah seharusnya mempunyai perpustakaan mini yang diisi dengan pelbagai jenis buku untuk semua ahli keluarga.Orang dewasa dalam setiap rumah juga mestilah minat membaca kerana kanak-kanak memang suka meniru perbuatan orang dewasa disekeliling mereka. Bawalah buku kemana sahaja. Saya membawa bersama buku-buku semasa balik kampung atau bercuti. Anak-anak juga saya galakkan membawa buku dan majalah yang mereka minati. Saya juga suka membawa anak-anak ke pameran-pameran buku.

Untuk memudahkan anak belajar cuba amalkan membaca surah al-Imran 200 dan as-syura-19 dan zikir ya-hayyu, ya-quyyum dan ya-latif. Saya biasa amalkan semasa memasak dan dibaca dalam air minuman.Juga ada petua supaya membaca doa dan menyatakan harapan diubun-ubun anak semasa baru lelap. Ianya insyaalah dapat membentuk peribadi anak.

Membantu anak membina minat membaca:•


  • Kenalpasti minat anak, dan dapatkan buku-buku yang berkaitan dengan minatnya.
  • Pastikan buku-buku yang dipilih adalah age-appropriate.
  • Adakah ibubapa tunjukkan minat membaca?
  • Ibubapa harus tunjukkan yang mereka berminat dengan apa yang anak-anak baca.
  • Tanya mereka soalan-soalan mudah seperti:
  • o Apa cerita yang adik/kakak/abang baca tu?
  • o Apa karakter utamanya?
  • Adakan carta bacaan di rumah, dan letakkan (gantungkan) di tempat yang senang dilihat. Dan adakan sistem hadiah (reward system). Hadiahkan dia sesuatu apabila dia berjaya membaca sekian banyak buku, umpamanya. Kadangkala, perlu biarkan dia sendiri yang memilih hadiah, puan cuma tentukan had harganya.

Tuesday, November 07, 2006

Bangi

Thinking of leaving Bangi had really make me feel sad. But, the idea of commuting every day from Bandar Baru Bangi to Shah Alam is worst. I am tired!!, and especially thinking of leaving the children for long hours... and not being at home during lunch time.

Last month, we had the chance of sight-seeing some of Bandar Baru Bangi's new show house unit. I got crazy with Putri Balqis's. A 2 storey semi-d with slight difference from any other house. It's guest room is located at front right corner of the house and has it's own bathroom. The kitchen is marvellous. But the price is....priceless.

Monday, November 06, 2006

Sambung belajar

Entah mengapa, makin dekat hari nak sambung balik belajar, makin rasa kecut perut... rasa tak ready sangat lagi. Boleh ke ni?..

Persiapan satu apa tak siap lagi. Cuba-cuba juga baca sikit-sikit journal tapi, the real mood belum ada. Tunggu-lah mungkin lepas balik kursus 5 hari ni nak mula start the engine. One thing yang dah buat ialah some shopping for the course.

i. kain hitam - instead I bought skirt labuh hitam
ii. baju kurung putih - instead I get blouse panjang putih
iii. track bottom - dah ada
iv. kasut sukan - beli lain sebab yang lama dak koyak tapak.
v. tudung - get 2 tudung yang labuh

Lepas balik kursus ni rasanya dah tak menang tangan nak prepare everthing. 1001 things to be done. Passport, visa tak buat lagi. Budget-budget beribu jugak nak habis untuk 2 benda ni saja. Medical check-up, fikir-fikir barang nak bawa, rumah sewa tak dapat lagi....

Sunday, November 05, 2006

Jaga Exam

Hari ni Ahad, duty jaga final exam dari 9-12. Mengantuk bukan main-main pagi Ahad ni. Dah habis exam, tunggu pulak husband nak datang ambil. Lambat pulak katanya. Kerja tak siap lagi. Perut dah berkeroncong. Mengunyah kuih raya yang 2 balang kat ofis ni. Almond London yang manis. Ni, tak boleh jadi, sat lagi kencing manis pulak.

Bila dah lapar ni mula-lah teringin nak makan macam-macam. Teringin nak pergi PKNS, Shah Alam, makan kat FC, pizza dan vanilla milkshake. Then, teringat pulak nak makan kat roof-top PKNS tu nasi goreng hailam. Or, ke Serai, Seksyen 3 makan tomyam. Tapi, mahal-la...

Tadi, masa browse Omaq's blog, dia cerita pasal popia basah di Perlis. Mmmm...that one thing I miss Perlis, popia basah di Pasar Ramadhan Mata Air. Miss it so much kalau bulan puasa muncul. Normally masa kat Perlis dulu, by 4.00 pm dah terpacak queue nak beli popia basah tu. Lazatnya jangan cerita-lah.

Actually, I have some favourite makan-makan place masa di Perlis. Kalau breakfast pagi, selalu ke satu kedai di jalan Guar Sanji. Pekena nasi campur + kari ikan. Sedapnya.., nak pulak kalau ikan bakar fresh dia dah siap. Tapi, the real kari place kat Perlis tu ialah kat Masjid Syed Alwi, Kangar. Semua jenis kari ada, You name it, kari (gulai) ikan keli, ikan termenung, ikan isi (jenahak etc dan yang sewaktu dgnnya), dan lain-lain lagi.

Lunch in Perlis would be kat Pokok Sawa (Ciku) or Andaman. Tapi, normally, balik rumah lunch, tengok anak2 makan. Dinner, kalau makan kat luar would be at Andaman, Boomeg. Dan saja-saja syok makan is the keutiau siam, either kat Padang Besarq atau just kat tempat jual air, rojak di Jejawi. Not bad...

Somtam is also a nice food to eat. Somtam ni actually kerabu betik ala Siam. Ramuannya ialah betik diparut, kacang, bawang putih, sedikit kacang panjang, cili padi, udang kering dan sos ikan. Tak-lah susah nak buat tapi kalau orang buat-kan, nak pulak dibeli memang sedap...

My Almond London is already half balang di makan....

Wednesday, November 01, 2006

Ayam Golek Pengantin

Masa gathering SAS hari tu, paling teringin nak balik masak kat rumah ialah ayam golek pengantin. Ainul really had cooked it macam hidangan ayam golek pengantin. Nak paste resepi-nya kat blog ni, incase nak cari resepi tu senang sikit, daripada nak cari kat our mails di SAS_yahoogroup.

Resepinya:

#Tumis halia, lengkuas, bawang merah, bawang putih, halia.
#Bila dah naik minyak masukkan kacang tanah yang dah di goreng (sikit je-dalam segenggam), hati dan pedal ayam ,ubi kentang kecik yang dah di rebus, telur ayam/ telur burung puyuh, garam dan gula.
#Bila dah masak tu, tutup api dan sumbat ke semua bahan-bahan dalam perut ayam.
#Letak ayam yang dah distuffed ni dalam periuk besar.
#Masak dalam santan dan serai dua tiga batang dan garam secukup rasa.
#Selalu lah check kuah dia tu , ceduk kuah dia dan ‘sera’ kat ayam tu berulang kali so that dia mesra.
#Jangan masak lama sangat, nanti lembik sangat pula ayam tu.

Tuesday, October 31, 2006

Addicted to Internet

I hate to say this, but I think I am addicted to the Internet. Kadang-kadang tu, kerja rasanya kurang produktif, and I have to change. In a day, just spend at least 10% of the time for the Internet and the rest, DO YOUR WORK!!...

But 10%, how can I do it??


A survey conducted by Standford University recently on internet users in the US gives an interesting finding: " more than one of every eight US residents showed at least one sign of "problematic internet use". The typical internet addict was a single, college-educated, white male in his 30s.

How did the survey defines someone as addicted to internet or not? The answer could be used for all of us, outside US, as well. So, you, according to the survey, are considered as an internet addict if you meet (one or most of) the following criteria:

1. If you hide your internet surfing activity from others;
2. If you go online to cure foul moods in ways that mirrored the way alcoholics use booze or drugs in other words you are using the internet to self-medicate;
3. If you spend approximately 30 hours a week or ie. more than four hours a day on non-essential computer use;
4. If you feel hard to abstain from internet use for several days;
5. If you feel compulsive checking of your e-mail and chat rooms, as well as habitually checking out web pages.

If the above points are used as criteria to differentiate between internet addiction and not, well, I think many rigorous blogger will fall to the category of internet addict. Can a blogger abstain from opening their blog in a day? Well, I don't think so.

The term addict and addiction mean that you are physically or mentally unfit. So, you need a clinic therapy or --just like a drug addict-- a rehabilitation. And mind you Beijing, China has already got one medical therapy for it.

Kopiah


Isnin, sehari sebelum raya hari tu, singgah di Pekan Rabu. Hajat nak cari kain pelikat, kopiah dan baiki barang kemas. Melayan Qutub mencari kopiah idaman. For me, as a mother, beli saja-lah mana2 kopiah pun, Sama sahaja. Or better still, apa salahnya beli kopiah macam penasyid Raihan umpamanya. Tapi, susahnya mencari kopiah yang satu. bila dia explain, tak faham. Okay-lah, cari-lah yang berkenan, dah jumpa tunjuk pada umi. Umi, ayah akan beli, no problem.

Rupa-rupanya, susah jugak nak jumpa. Kopiah idaman namanya kopiah Bukit Mertajam a.k.a kopiah Ustaz Fadzil. Out of stock dan mahal bukan main. Kesian, Tak apa, cari-lah lagi at least, yang berkenan. Okay, kali ni dia nak tarbus, nak yang ori punya, buatan Republik Czech, not made in Chine dan ada cap mohor. Alhamdulillah, jumpa akhirnya.

Rupanya, di kalangan pelajar sekolahnya (Maktab Mahmud) ada favourite kopiah. Mana-lah kami tahu. Tak dapat yang tu, tak dibeli pun tak apa.

Hai, anak-anak zaman sekarang. Apa nak buat, umi dulu bukan sekolah agama, tak tahu pulak ada macam2 kopiah....

Gubra


Hari Raya Aidil Fitri baru habis. Almost every night ada Malay movies either kat TV3, Tv1 atau Astro Ria. Tak tengok pun sebab tak larat nak tunggu habis. Macamana pun, I'm looking forward to watch Gubra. Mula2 tengok, I kind of like it. Then bila dah macam obscene sikit, forget it. Tak sesuai lansung kalau tengok dengan anak2. A comment from Feizal Tehrani about this movie.

(tulisan sdra Faizal Tehrani, penulis & salah seorang ahli panel Forum Gubra di UM):

Apa yang terkandung dalam Gubra?

Pertama, agenda agama itu personal. Perhatikan kenyataan karyawannya dan lihatlah Gubra yang memuatkan bagaimana watak Bilal yang hidup berjiran dengan dua orang pelacur boleh mengabaikan konsep beragama dengan membiarkan sang pelacur terus menjadi pelacur!

Kedua, agenda agama itu sekadar amar makruf. Tidak ada nahi mungkar. Jika melakukan nahi mungkar kita menceroboh wilayah peribadi, kita berlaku tidak adil, mencabul hak asasi dan dimomokkan kita tidak tahu menjaga sensitiviti masyarakat dan kita akan mencabul konsep pluralisme John Hick tado.

Ketiga, agenda maksiat dan gerakan menghalalkannya. Tanpa segan silu, slogan maksiat ditabuh dalam filem ini, lihat sahaja adegan ‘tak apa melacur itu’. Tanpa menafikan ada banyak filem lain yang turut memiliki agenda sama, tetapi Gubra kemuncaknya. Dan kemuncak ini dihadiahi filem terbaik untuk Pesta Filem Malaysia ke-19.Sejak 19 kali pesta filem dilancarkan, hampir setiap filem terbaiknya mengandungi watak pelacur, sundal, jalang atau paling tidak, wanita ternoda. Sakit apakah masyarakat kita bahawa filem kita yang kononnya menjadi cerminan masyarakat dipenuhi perempuan jahat dan gelap?

Keempat, Gubra adalah agenda inter-faith ala John Hick. Adegan akhir di mana munajat doa seorang bekas pelacur berganti dengan teleku watak lain di gereja dan kemudian upacara sembahyang di tokong oleh pasangan suami isteri Cina adalah mesej halus untuk menunjukkan semua agama menawarkan kebenaran, keselamatan, kesejahteraan dan kasih sayang.

Betul tidak ada Lina Joy dalam Gubra. Dua puluh ribu umat Islam yang tersinggung, marah dan mengamuk akan ribuan Melayu murtad di Masjid Wilayah tidak peduli kepada kami di bidang persuratan dan budaya yang mati-mati melawan barisan musuh budaya ini.Kami diserang hari-hari. Kami tidak ada karyawan filem untuk membalas serangan. Kita tak ada strategi. Musuh ini ada strategi. Kami tak ada pembela berwibawa seperti Mufti Perak, Ustaz Harusssani. Malahan tidak dipedulikan pun.

Apabila Sharifah Amani naik ke pentas dengan kata-kata "I sound stupid speaking Malay" (saya berasa macam bodoh untuk berucap dalam berbahasa Melayu) dan "If bikin filem mencemarkan budaya lets make it often" (jika bikin filem mencemarkan budaya marilah kita buat banyak lagi) saya kasihan dengan gadis 20 tahun ini yang cedera parah oleh bom perang budaya.Dia mungkin tak puntung kaki dan tangan, tetapi lebih dahsyat, hilang hati nurani. Dan makin banyak dia melakukan damage control seperti "keluarga saya memang tak berbahasa Melayu di rumah" dan "saya tak fasih berbahasa Melayu", semakin parahlah kecederaannya.

Inilah yang kami, tentera yang kalian tinggalkan seorang diri, hadapi setiap hari setiap detik dan masa. Selepas menonton Gubra antara teman pengarang yang saya hubungi ialah novelis Zaid Akhtar dan Nisah Haron.Sesudah Seminar Peradaban Nasional di Port Dickson baru-baru ini kami sepakat mengatakan masyarakat kita makin parah oleh perang budaya ini. Hatta mereka yang kononnya dulu mahu mempertahankan budaya dan persuratan Melayu-Islam pun terjerumus!Mereka tidak sedar pun mereka cedera. Malah mempertahankannya. Saya berasa apakah bezanya kehebohan mengenai ribuan orang Melayu murtad dengan ribuan orang Melayu yang telah hilang jati diri.

Kita kehilangan tulisan jawi, saudara membaca rencana ini dalam tulisan rumi. Hampir tidak mungkin kita berpatah balik. Saya tidak merayu saudara menyokong saya. Saya tak perlukan sokongan moral. Saya tak merayu dan minta saudara membeli karya saya kerana saya pengarang sepenuh masa.Tetapi ingat, jika saya dan teman berdua lagi ini kalah dalam perang budaya yang sedang menggasak ummah, saudaralah yang harus bertanggungjawab, saudaralah yang bersikap tidak peduli kerana saudaralah yang meninggalkan kami.

Thursday, October 19, 2006

Penang

Semalam, Rabu masa buka puasa sempat tengok Jln2 Cari Makan(JJCM). It used to be our family's favourite program. This time JJCM bawa makan kat Penang. Mmm...terus teringat Penang. Sempat stay Penang for 2.5 years, that was in 1982 & 1984 & half of 1985. It was marvelous staying there. Enjoy tak kira sebab masa tu first time belajar tinggal kat hostel (Sek. Men. Teknik, Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang)

Penang is full of interesting places. Penang Road, Komtar, Gamma, ferry, Masjid Negeri, Padang Kota Lama, Bukit Bendera, etc...bring down the memory lane. How we enjoy the outing day, ronda Perangin Road, Komtar etc. Because Penang is a small island, mostly all the places dah pernah pergi.

Nowadays, sekali sekala make a trip to Penang. Especially kalau nak hantar bibik balik Indon. Masa tu ambil peluang travel all over Penang. Seronok....

Friday, October 13, 2006

7 Formula Individu Cemerlang

I've an interesting article. Source from Internet.

Ikuti wawancara Pengarang Sastera, Berita Harian, SALBIAH ANI (BH), dengan Dr. Danial bin Zainal Abidin (DD):

BH: MENGAPAKAH Dr Danial memilih menulis buku yang sama sekali berbeza daripada bidang pengkhususan iaitu perubatan moden?

DD: Sebenarnya ada sebuah buku saya menjurus kepada topik perubatan moden iaitu ‘Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden’ dan kini memasuki edisi ke-2. Saya akui sebahagian buku saya yang lain tidak memfokuskan aspek perubatan moden. Bagi saya Islam adalah agama yang lengkap lagi komprehensif dan tidak hanya memperkatakan perubatan semata-mata. Justeru saya perlu memperkenalkan Islam yang lengkap kepada masyarakat. Tambahan pada masa ini masyarakat secara amnya sedang ditimpa pelbagai penyakit berkaitan kerohanian, cara fikir, sikap dan cara hidup. Formula Islam yang lengkap perlu diketengahkan untuk merawat penyakit ini.


BH: Apakah perkara yang menggerakkan Dr Danial dalam bidang penulisan?

DD: Saya terangsang dengan firman Allah swt dalam surah Ali Imran, ayat 110 bermaksud: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”. Ayat ini menuntut umat Islam agar menjadi satu umat yang proaktif dan bukannya pasif. Mereka disuruh bergerak dan berperanan terutamanya dalam konteks mengajak manusia kepada makruf dan mencegah kemungkaran tanpa melupakan iman diri sendiri. Penulisan antara medan yang baik untuk menyebarkan konsep ini. Apabila kita menulis kita sedang memelihara ilmu dan sejarah. Tanpa penulisan, ilmu dan sejarah akan hilang. Pada hari ini kita mengenali pemikiran Ibn Khaldun, Ibn Sina, Imam Al-Ghazali, An-Nawawi dan ramai lagi kerana penulisan mereka dan khazanah ini perlu dikembangkan.

BH: Bagaimanakah Dr Danial ‘mencuri’ masa untuk menulis di sebalik jadual kerja sebagai doktor perubatan, pakar runding dan pengelola slot Rangsang Minda dan Islam Moden di Radio Malaysia Pulau Pinang?

DD: Allah mempermudahkan ini bagi saya. Sebenarnya saya kerdil berbanding pencapaian tokoh Islam pada abad ke-9 seperti Al-Kindi. Beliau berjaya menghasilkan 250 buku bidang astronomi, matematik, fizik, geometri, perubatan, psikologi dan mantik. Bagaimanapun saya mengakui pengurusan masa penting dalam kehidupan. Antara taktik pengurusan masa yang saya gunakan ialah meletakkan matlamat serta merancang. Saya mewajibkan diri untuk berdisiplin demi mengejar matlamat itu. Saya juga belajar untuk berkata 'tidak boleh' pada ajakan serta jemputan yang tidak penting.

BH: Apakah hasrat Dr Danial apabila mengepilkan petikan kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yangsedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untukmenaikinya’ dalam buku terbabit?

DD: Kata-kata Yusuf Islam ini bagi saya begitu bermakna kerana ia dilafazkan oleh seorang yang dilahirkan dan dibesarkan di Barat. Beliau sedar cara hidup Barat adalah seperti kapal yang sedang tenggelam atau fatamorgana yang memperdayakan. Justeru beliau memilih Islam sebagai cara hidup. Hanya orang yang ada ketajaman mata hati yang mampu membuat pendirian seperti itu. Cara hidup Islam mementingkan takwa dan ilmu. Cara hidup Barat mementingkan material serta nafsu.

BH: Mengapakah Dr Danial memilih untuk membongkar rahsia kejayaan dan kecemerlangan individu sejak beribu tahun dulu dengan menggunakan al-Quran sebagai landasan perbincangan dalam ‘7 Formula Individu Cemerlang’?

DD: Al-Quran ialah kitab Allah yang Maha Agung dan boleh dikiaskan seperti satu peta yang lengkap. Untuk memahami kehebatannya, kitab ini perlu dihidupkan secara praktikal. Apabila manusia menghidupkannya, mereka akan menjadi golongan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Golongan yang berjaya menghidupkannya ialah sahabat dan umat Islam pada peringkat awal terdahulu. Kesan daripada penghidupan itu mereka berjaya membina satu tamadun gilang gemilang. Tamadun ini berjaya mengeluarkan Barat dari Zaman Kegelapan. Umat Islam pada hari ini sedang berada di tahap yang paling hina. Justeru di dalam buku '7 Formula Individu Cemerlang' saya menjadikan umat Islam terdahulu sebagai contoh kerana mereka berjaya menjadi pemangkin kepada perubahan yang mengagumkan dan kejayaan itu berlaku dirangsang oleh Al-Quran.

BH: Mengapakah Dr Danial mengatakan ‘7 Formula Individu Cemerlang’ ditulis untuk mereka yang tidak mahu menjadi seperti dinosour yang pupus semasa dunia berubah?

DD: Memang benar di muka depan buku ini saya mengatakan perkara yang disebutkan ini. Dinosaur adalah satu makhluk yang besar dan pernah bermaharaja di dunia. Apabila perubahan berlaku di dunia disebabkan komet berlanggar dengan bumi, dinosaur tidak mampu menangani perubahan itu. Akhirnya mereka mati dan pupus. Jumlah umat Islam pada hari ini melebihi 1 bilion. Perubahan pula sedang berlaku dengan pesat. Malangnya ramai umat Islam yang leka dan tidak peka mengenai perkara ini. Mereka yang berminat dengan Islam pula asyik berbicara dan bertengkar mengenai perkara ranting dan remeh. Fanatik sempit wujud di mana-mana: fanatik mazhab, fanatik kelompok dan fanatik ideologi. Akhirnya kerja penting seperti dakwah kepada bukan Islam, penyelidikan dalam bidang baru seperti Al-Quran dan sains dan pembinaan kemahiran baru untuk penyebaran dakwah diabaikan. Saya khuatir jika keadaan ini berterusan, umat Islam akan menjadi tidak relevan. Justeru umat Islam perlu berubah dan berani membuka minda serta keluar dari kepompong lama mereka untuk menjadi gilang gemilang pada hari ini.

BH: Apakah karya terbaru yang sedang ditangani?

DD: Saya sedang membaca dan menganalisis maksud seluruh Al-Quran untuk melahirkan buku baru, ‘Tip Kecemerlangan Dari al-Quran’. Semoga Allah membantu saya.

BH: Bagaimanakah cara untuk menyedarkan umat Islam bahawa mereka gagal melihat Islam sebagai berlian yang ditinggalkan?

DD: Islam boleh diumpamakan seperti batu berlian dan ramai yang membuang berlian ini dan memilih kaca. Mengapa Islam yang hebat dipinggirkan? Ia mungkin berpunca daripada cara mengajar dan sumber ajaran. Cara mengajar yang menekankan fikah ranting, hafalan tanpa kefahaman, pendekatan tidak saintifik dan penekanan kepada perkara remeh boleh menyebabkan sebahagian manusia menjauhi Islam. Di sudut sumber, ramai daripada kalangan orang Islam tidak memahami al-Quran.

BH: Bagaimanakah umat Islam dapat digerakkan agar menjadi manusia yang suka membaca dan menghargai karya berilmu?

DD: Umat Islam, terutamanya di Malaysia, rata-ratanya boleh membaca dan sering kali membaca. Yang menjadi isunya ialah bahan yang dibaca. Tabiat suka membaca bahan berkualiti perlu ditanam sejak kecil. Setiap rumah perlu ada kutubkhanah kecil. Ibu bapa boleh memberi galakan dengan memberi hadiah jika buku berkualiti dibaca oleh anak-anak di samping mereka menjadi contoh dalam aspek ini. Sudut perbincangan buku di sekolah boleh diwujudkan. Penulis perlu kreatif dengan penulisan mereka untuk menarik minat pembaca. Media massa elektronik seperti TV, perlu kerapkan pengiklanan buku yang baik. Ilmuwan perlu ditonjolkan daripada artis agar ilmu dapat dimartabatkan.

Monday, October 09, 2006

Rindu pada Usrah


Lama tak berusrah. Since moving out of Gombak and moved to Dungun, lansung tak ada usrah. Tapi, kalau tak ada usrah, tak semestinya tak mencari ilmu. Cuma seronoknya usrah ni is to have friends that share opinions and motivation. Sedikit amal fardhi untuk kita amalkan:

1. Ma'athurat selepas Subuh
2. Sarapan pagi yang berkhasiat
3. Solat Dhuha
4. Ma'athurat selepas Asar
5. Membaca Al-Quran setiap hari - tadabbur
6.. Solat Witir sebelum tidur
7.Qiamullail

dan 10 Muwasafat Tarbiyah

1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang shahih
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10.Bermanfaat pada orang lain

maka marilah kita amalkan. Mudahan menjadi Muslim yang lebih baik.

Discover Atlas - Italy


Last night since tak pergi Terawikh ( a special prayer performed in the month of Ramadhan), I had the chance of viewing Discover Channel channel 50, The Discovery Atlas. A good programme. Travel through Italy last nite. Yang interesting about Italy is the pizza making.

"Pizza perfectionThe 'pizzaiolo' (male pizza chef ) knows the way to produce excellent pizzas is by cooking them in a brick, wood-fired oven. These ovens, reaching temperatures of up to 500C/ 900F, are heated by burning wood or coal in a chamber. After three minutes the pizza is cooked – with the delicate airy crust and light toppings for which Neopolitan pizzas are famous. The Italian government is pushing for strict regulations on the making of Neopolitan pizzas to ensure the tradition is preserved."

Italy, officially the Italian Republic is a Southern European country. It comprises the Po River valley, the Italian Peninsular and the two largest islands in the Mediterranean Sea, Sicily and Sardinia. It is shaped like a boot and for this reason Italians commonly call it "lo stivale" ("the boot").

Italy was home to many well-known and influential European civilizations, including the Etruscans, Greeks and the Romans. For more than 3,000 years Italy experienced migrations and invasions from Gemanic, Celtic, Frankish, Lombard, Byzantine Greek, Saracen, Norman and Angevian peoples, and was divided into many independent states until 1861 when Italy became a nation-state.

Roman Catholic is by far the largest religion in the country. However I've found some facts about Islam in Italy. According to latest Italian official statistics, Muslims make up about 34% of the 2,400,000 foreign residents living in Italy as of January, 1, 2005.

Sicily, Sardinia and some regions in Peninsular Italy have been part of the Muslim 'Ummah' between 828 and 1300 (destruction of the last Islamic stronghold of Lucera in Puglia).

Islam was almost entirely absent in Italy from the time of the country's unification in 1861 until the 1970s, when the first trickle of North African immigrants began arriving. These North Africans, mostly of Berber of Arab origin, came mainly from Morocco, though they have been followed in more recent years by Tunisians, Albanians and to a lesser extent, Libyans, Egyptians, Pakistanis, Middle Eastern Arabs and Kurds.

The number of Muslims in Italy today probably surpasses the one-million mark, though only 30,000 or so Italian citizens are Muslim. They consist mostly of foreigners who have received Italian citizenship and native Italians who have converted to Islam; a famous Italian convert to Islam is Italy's former ambassador to Saudi Arabia.

Friday, September 22, 2006

Welcome Ramadhan..


Ramadhan is just around the corner. I've found a good article to remind me of how to welcome and celebrate it with my family:-

"Sebagai ibu bapa dan orang dewasa kita mestilah berperanan memastikan bahawa ibadat puasa seperti ibadat lain diterapkan dalam diri anak sejak kecil lagi.

Menurut ulama berpuasa tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh tetapi perlu dilatih secara beransur-ansur sebagai persediaan untuk menunaikannya secara sempurna dan berkualiti apabila baligh kelak.

Dalam sahih Bukhari, diriwayatkan daripada ar-Rabi’e binti Muawiz berkata: “Kami semua berpuasa dan kami juga melatih anak-anak kami berpuasa. Kami menyediakan permainan daripada bulu untuk mereka. Apabila salah seorang daripada mereka ingin makan, kami berikan mainan itu sehingga tiba waktu berbuka puasa.”

Berikut adalah 10 panduan untuk membudayakan ibadat Ramadan dalam diri anak:

# Membuat persiapan menyambut Ramadan dengan menghias rumah dan membeli atau membersihkan keperluan ibadat seperti sejadah, songkok dan telekung. Ia dilakukan supaya anak dapat merasakan kepentingan bulan yang mulia ini.

# Menceritakan sejarah wajib puasa, mengulang kaji semula rukun, syarat, sunnah, adab dan hikmah puasa supaya anak melakukan ibadah dengan penuh kefahaman dan penghayatan, tidak sebagai ikutan saja.

# Melatih anak berpuasa secara beransur-ansur selama beberapa jam dan kemudian beberapa hari. Ganjaran berupa pujian dan hadiah boleh diberikan untuk menggalakkan mereka berpuasa tetapi yang lebih penting selalulah menerapkan dalam diri anak untuk mendapatkan pahala dan keredaan Allah dalam apa juga dilakukan.

Bagi anak kecil yang tidak berpuasa raikanlah mereka ketika berbuka dan bersahur supaya mereka dapat bersama berdoa dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga.

# Memperingatkan anak supaya menjalani ibadah puasa dengan penuh ihsan iaitu merasakan Allah sentiasa bersama dan melihat setiap perbuatan mereka. Latih jiwa anak untuk reda dengan perintah Allah, ikhlas beramal dan menjaga pantang larang berpuasa setiap masa.

# Menjaga solat fardu lima waktu dan menunaikan solat berjemaah. Bawalah anak untuk bersolat fardu dan Tarawih berjemaah di masjid. Bagi ibu yang tidak dapat ke masjid kerana anak kecil, mereka boleh solat fardu dan Tarawih berjemaah bersama anak perempuan di rumah.

# Al-Quran diturunkan pada Ramadan, jadi kita perlu mengingatkan anak supaya menghidupkan Ramadan dengan banyak membaca al-Quran.

Seeloknya bertadarus bersama sekeluarga supaya dapat memperbetulkan tajwid dan pemahaman anak terhadap al-Quran. Mereka juga boleh digalakkan menghafal surah pendek.

# Mengingatkan anak supaya memelihara kesempurnaan ibadah puasa dengan mengamalkan akhlak yang mulia dan menghindari kegiatan sia-sia. Galakkan mereka untuk mengisi masa lapang dengan banyak berzikir dan membaca buku berfaedah.

# Mengajar anak berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran dalam urusan berbelanja untuk berbuka, bersahur dan persiapan hari raya.

# Memupuk tolong menolong, berkasih sayang dan mengeratkan silaturahim dengan keluarga, jiran dan sahabat handai seperti mengadakan majlis berbuka puasa bersama serta meningkatkan amalan bersedekah.

# Mengingatkan anak supaya tidak mensia-siakan kelebihan 10 akhir Ramadan dan tidak meninggalkan takbir hari raya kerana terlalu sibuk dengan persiapan hari raya. Galakkan anak untuk menyambut hari raya dengan penuh keinsafan dan kesyukuran. Terangkan bahawa konsep Ramadan bagi menjaga tunas amalan yang tumbuh dan subur supaya tidak rosak atau cacat dan terus diamalkan pada bulan berikutnya.

Ibu bapa dan orang dewasa adalah contoh kepada anak. Jadi dalam usaha kita membudayakan ibadah berpuasa yang berkualiti dalam diri anak, kita mesti memperbaharui niat dan azam diri untuk terus memperbaiki akhlak dan amal. Sama-samalah kita panjatkan doa supaya ibadah puasa dan ibadat lain sepanjang Ramadan kali ini dapat dijalankan seisi keluarga dan diterima Allah. "

Monday, September 18, 2006

Another gathering (16 Sept 2006)

Last saturday, 16th Sept 2006, we had another SAS gathering (Sultanah Asma School of Alor Setar). The fourth one this year. We had a very wonderful time plus the lovely food. Our gathering this year was quite a successful event where on:

i. Feb - Linda's place in Kg Tunku

ii. May - Ku Azah's place in Wangsa Melawati

iii. July - supposedly surprised birthday party for Linda at her place

iv. September - Ainul's place in Pandan Indah

v. Nov - Juliana's/Yane's

The announcement about the Gathering made earlier by Linda:

"MAKA DENGAN INI, PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MENGISTIHARKAN BAHAWA SAS GATHERING JATUH PADA 16TH SEPTEMBER 2006, SABTU BERSAMAAN 23 SYAABAN 1427 PADA WAKTU DZOHOR....

MAJLIS MELIHAT ANAK TEKAK SERTA MENU-MENU YANG MENYELERAKAN AKAN DILIHAT PADA PANDAN INDAH , KUALA LUMPUR ...........
DIMANA SEMUA AHLI-AHLI DARI KAMPUNG TUNKU, SUBANG JAYA, SHAH ALAM, MELAWATI, KG PASIR, WANGSA MELAWATI & SETIAWANGSA AKAN BERKUMPUL DENGAN TERLOPONG MELIHAT MAKANAN2 ENAK YANG AKAN DIHIDANGKAN. BAGI KAWASAN SINTOK DAN CHENG DI MELAKA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN ISTIADAT MELIHAT ANAK TEKAK ................
SELAMAT BERJUMPA !!! "

A bit of Linda's wrap-up report:

Dear all; Boy ...have I tonnes to inform you on the successful of our anak tekak's event !! Thanx Chit, Ju , Azirah, Roslina, Wan , Zelah and Ku Azah for coming and memeriahkan majlis with your wonderful , boisterous company as well as your delicious , mouthwatering food dalca with belimbin, salsa, kurma ayam, lamb pepper, popia, pudin jagung,kueh ghaya n the infamous , waist-expanding cream caramel of Azah.The nasi Arab was a hit ...habih segala kepala kambin n ayam !! Of course , last but not least , Ainul's sinful temptation chocolate cake with double extra creamy chocolate. It melts in your mouth not in your plate !!! Ayam golek Ainul siap ada cabai bunga mcm hidangan pengantin.


Specially brought Nasi Arab from Linda was a hit as everybody pulon sampai tak tinggal sikit pun.

"For those who would like to go to that Arab shop , the address is 78 , Jalan damai, Ampang. masuk kat Sucasa, jumpa simpang tiga , turn left, the kedai is at your right. The name is Al Rawshah. The nasi yang I bawak , nama dia lamb maghut / chicken maghut. Ramadan buffet RM25.00 only children RM15.00 "

And also a bit of Juliana's lamb pepper recipe:
Perturun resepi:
Lamb chops (10 pieces) beli kat Giant, (Cut into 3 or 4 pieces)
Black Pepper Sos (Life's)
Kipas Udang (Merah)
Sos TiramSugarHalia ( 2 inchi) - slice nipih-nipih
Bawang putih (5 ulas) - chopped
Bawang besar (3 labu - slice bulat-bulat)
Cara:1. Marinate lamb with Black Pepper Sos, Kipas Udang and sos tiram (lebihkan Black Pepper Sauce, Kipas udang sikit and Sos Tiram (least sikit).Masukkan gula (perap for 1/2 hour) .
2. Tumih halia and bawang putih, with minyak masak (5-6 table spoon), naik bau, masukkan lamb (perap) tadi and goreng. Goreng sampai pecah minyak, masukkan bawang besar. Goreng sikit lagi and angkat.

Friday, September 15, 2006

Traffic jam in Campus


Wow!! the traffic was bad in the campus. Class pagi ni di Applied Science Faculty. Teruknya jam, especially this week ada konvokesyen. Almost semua tempat tak boleh park. Dewan Seri Budiman, Business School, semua dikawal ketat oleh Pak Guard. Last2 cuba kat Applied Science. Nasib baik ngam2 ada satu parking space. Alhamdulillah. So, masuk lab, ajar students loop structure. Tapi, problemnya bila nak keluar parking. Bertindan2 orang dah blok. So, have to call every and each car's owner untuk ubah kereta masing2. Berpeluh2. Nasib-lah...

D pagi Jumaat ni.. jom-lah kita belajar sikit:-

sehari 1,2 ayat... lama2 banyaklah yg kita tahu & fahami


surah al-fatihah : ayat 2


maksudnya : Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Pada ayat 1 di mana Allah swt. memulai firman-Nya dengan menyebut "Basmalah" untuk mengajarkan kepada hamba-Nya agar memulai sesuatu perbuatan yang baik dengan menyebut basmalah itu, sebagai pernyataan bahwa dia mengerjakan perbuatan itu karena Allah dan kepada-Nyalah dia memohonkan pertolongan dan berkat.

Maka pada ayat 2 ini Allah swt. mengajarkan hamba-Nya agar selalu memuji Allah.
"Al-Hamdu".
الحمد

Memuji oleh karena sesuatu nikmat yang diberikan oleh yang dipuji atau karena sesuatu sifat keutamaan yang dimiliki-Nya.

Semua nikmat yang telah dirasakan dan didapat di alam ini dari Allah, sebab Dialah yang jadi sumber bagi semua nikmat. Yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan, hanyalah Allah semata. Karena itu Allah sajalah yang berhak dipuji.

Ada manusia dipuji orang berhubung jasanya yang banyak atau akhlak dan budi pekertinya yang luhur, tetapi orang memujinya itu pada hakekatnya memuji Tuhan, dengan disengaja atau tidak karena Allahlah yang jadi pangkal bagi semua yang disebut itu.

Berhubung nikmat Allah yang sangat banyak, dan berhubung sifat-sifat kesempurnaan yang dipunyai oleh Allah, maka sudah selayaknyalah manusia selalu memuji-Nya.

Orang yang menyebut "Alhamdulillah" bukanlah hanya mengakui bahwa puji itu teruntuk bagi Allah semata, bahkan dengan ucapannya itu dia memuji Allah.
Dapat juga seseorang memuji Allah dengan sebutan lain, yaitu: الحمد لله tetapi حمدا لله itulah yang dipakaikan Allah di sini, karena susunan semacam itu mengandung arti tetap, yakni dipahamkan di dalamnya bahwa Allah selamanya dipuji, bukan sewaktu-waktu saja.

رب arti aslinya: "Yang Empunya" (pemilik) di dalamnya terkandung arti: mendidik, yaitu menyampaikan sesuatu kepada keadaannya yang sempurna dengan beransur-ansur.

"Alamin" artinya "semesta alam", yakni semua jenis alam. Alam itu berjenis-jenis macamnya, yaitu alam tumbuh-tumbuhan, alam binatang, alam manusia, alam benda, alam makhluk yang bertubuh halus umpamanya malaikat, jin dan alam yang lain. Ada ahli tafsir mengkhususkan "Alamin" di ayat ini kepada makhluk-makhluk Allah yang berakal yaitu manusia, malaikat dan jin. Tetapi ini berarti mempersempit arti kata yang sebenarnya amat luas.

Dengan demikian Allah itu Pendidik semesta alam tak ada suatu juga dari makhluk Allah itu terjauh dari didikan-Nya.
Tuhan mendidik makhluk-Nya dengan seluas arti kata itu. Sebagai pendidik, Dia menumbuhkan, menjaga, memberikan daya (tenaga) dan senjata kepada makhluk itu guna kesempurnaan hidupnya masing-masing.

Siapa yang memperhatikan perjalanan bintang-bintang, menyelidiki kehidupan tumbuh-tumbuhan dan binatang di laut dan di darat, mempelajari pertumbuhan manusia sejak dari rahim ibunya, sampai ke masa kanak-kanak lalu menjadi manusia yang sempurna, tahulah dia bahwa tidak ada sesuatu juga dari makhluk Tuhan yang terlepas dari penjagaan, pemeliharaan, asuhan dan inayah-Nya.

Surah al-fatihah : ayat 3

maksudnya : Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Pada ayat dua di atas Allah swt. menerangkan bahwa Dia adalah Tuhan semesta alam. Maka untuk mengingatkan hamba kepada nikmat dan karunia yang berganda-ganda, yang telah dilimpahkan-Nya, serta sifat dan cinta kasih sayang yang abadi pada diri-Nya, diulang-Nya sekali lagi menyebut "Ar-Rahmanir Rahim". Yang demikian itu supaya lenyap dari pikiran mereka gambaran keganasan dan kezaliman seperti raja-raja yang dipertuan, yang bersifat sewenang-wenang.

Allah mengingatkan dalam ayat ini bahwa sifat ketuhanan Allah terhadap hambanya bukanlah sifat keganasan dan kezaliman, tetapi berdasarkan cinta dan kasih sayang.
Dengan demikian manusia akan mencintai Tuhannya, dan menyembah Allah dengan hati yang aman dan tenteram bebas dari rasa takut dan gelisah. Malah dia akan mengambil pelajaran dari sifat-sifat Tuhan. Dia akan mendasarkan pergaulan dan tingkah lakunya terhadap manusia sesamanya, atau pun terhadap orang yang di bawah pimpinannya, malah terhadap binatang yang tak pandai berbicara sekalipun atas sifat cinta dan kasih sayang itu.
Karena dengan jalan demikianlah manusia akan mendapat rahmat dan karunia dari Tuhannya.

Rasulullah saw. Bersabda:
إنما يرحم الله من عباده الرحماء
Artinya:
Sesungguhnya Allah kasih sayang kepada hamba-hamba-Nya yang pengasih.(H.R Tabrani)

الراحمون يرحمهم الرحمن تبارك و تعالي ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء
Artinya:
Orang-orang yang kasih sayang Tuhan yang Rahman Tabaraka wa Taala akan kasih sayang kepadanya. (Oleh karena itu) kasih sayanglah kamu semua kepada semua makhluk yang di bumi niscaya semua makhluk yang di langit akan kasih sayang kepada kamu semua. (H.R Ahmad, Abu Daud At Tarmizi dan Al Hakim)

Dan sabda Rasulullah saw:
من رحم ولو ذبيحة عصفور رحمه الله يوم القيامة
Artinya:
Barang siapa (orang) yang kasih sayang meskipun kepada seekor burung (pipit) yang disembelih, Allah kasih sayang kepadanya pada hari kiamat. (H.R Bukhari)

Maksud hadis tersebut ialah pada waktu menyembelih burung itu dengan sopan santun umpamanya dengan pisau yang tajam.

Dapat pula dipahami dari urutan kata "Ar-Rahman", "Ar-Rahim" itu, bahwa penjagaan, pemeliharaan dan asuhan Tuhan terhadap semesta alam, bukanlah lantaran mengharapkan sesuatu dari alam itu, hanya semata-mata karena rahmat dan belas kasihan daripada-Nya.

Boleh jadi ada yang terlintas pada pikiran orang, mengapa Tuhan mengadakan peraturan-peraturan dan hukum-hukum, dan menghukum orang-orang yang melanggar peraturan-peraturan itu?

Keragu-raguan ini akan hilang bila diketahui bahwa Allah swt. mengadakan peraturan-peraturan dan hukum-hukum, begitu juga menyediakan azab di akhirat atau di dunia untuk hamba-Nya yang melanggar peraturan-peraturan dan hukum-hukum itu, bukanlah berlawanan dengan sifat Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, karena peraturan dan hukum itu rahmat dari Tuhan; begitu pula azab dari Allah terhadap hamba-Nya yang melanggar peraturan-peraturan dan hukum-hukum itu sesuai dengan keadilan.

surah al-fatihah : ayat 4

maksudnya : Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).


Sesudah Allah swt. menyebutkan beberapa sifat-Nya, yaitu: Tuhan semesta alam, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang, maka diiringi-Nya dengan menyebutkan satu sifat-Nya lagi, yaitu menguasai hari pembalasan.
"Malik" berarti "Yang Menguasai"

Ada dua macam bacaan berkenaan dengan "Malik", pertama dengan memanjangkan "Maa", kedua dengan memendekkannya. Menurut bacaan yang pertama, "Maalik" artinya: Yang memiliki (yang empunya). Sedang menurut bacaan yang kedua, artinya: Raja; kedua-dua bacaan itu dibolehkan.

Baik menurut bacaan yang pertama, atau pun bacaan yang kedua, dapat dipahami dari kata itu arti "berkuasa" dan bertindak dengan sepenuhnya. Sebab itulah maka diterjemahkan dengan: "Yang menguasai". "Yaum", (hari) artinya, tetapi yang dimaksud di sini ialah waktu secara mutlak.

"Ad-Din" itu banyak artinya, di antaranya:
1. Perhitungan
2. Ganjaran, pembalasan
3. Patuh
4. Menundukkan
5. Syariat, agama

Yang selaras di sini ialah dengan arti "pembalasan". Jadi "Maaliki yaumiddin" maksudnya "Tuhan itulah yang berkuasa dan yang dapat bertindak dengan sepenuhnya terhadap semua makhluk-Nya pada hari pembalasan itu".

Sebetulnya pada hari kemudian itu banyak hal-hal yang terjadi, yaitu hari kiamat, hari berbangkit, hari berkumpul, hari perhitungan, hari pembalasan, tetapi pembalasan sajalah yang disebut oleh Tuhan di sini, karena itulah yang terpenting. Yang lain dari itu, umpamanya kiamat, berbangkit dan seterusnya, pendahuluan dari pembalasan itu, apalagi untuk targhib dan tarhib (menarik dan menakuti) dengan menyebut "hari pembalasan" itulah yang lebih tepat.

Hari akhirat menurut pendapat akal (filsafat)
Kepercayaan tentang adanya hari akhirat, yang di hari itu akan diadakan perhitungan terhadap perbuatan manusia di masa hidupnya dan diadakan pembalasan yang setimpal, adalah suatu kepercayaan yang sesuai dengan akal.

Sebab itu adanya hidup yang lain, sesudah hidup di dunia ini bukanlah saja ditetapkan oleh agama, malah juga ditunjukkan oleh akal.
Seseorang yang mau berpikir tentu akan merasa bahwa hidup di dunia ini belumlah sempurna, perlu disambung dengan hidup yang lain. Alangkah banyaknya hidup di dunia ini orang yang teraniaya telah pulang ke rahmatullah sebelum mendapat keadilan. Alangkah banyaknya orang yang berjasa, biar kecil atau besar, belum mendapat penghargaan terhadap jasanya.
Alangkah hanyaknya orang yang telah berusaha, memeras keringat dan peluh, membanting tulang tetapi belum sempat lagi merasa buah usahanya itu. Sebaliknya, alangkah banyaknya penjahat-penjahat, penganiaya, pembuat onar yang tak dapat dipegang oleh pengadilan di dunia ini. Lebih-lebih kalau yang melakukan kejahatan atau aniaya itu orang yang berkuasa sebagai raja, pembesar dan lain-lain. Maka biar pun kejahatan dan aniaya itu telah meratai bangsa seluruhnya tiadalah digugat orang, malah dia tetap dipuja dan dihormati.
Victor Hugo (1802-1885) pernah menyindir keadaan ini dengan katanya, "Membunuh seorang manusia dalam rimba adalah satu dosa yang tak dapat diampuni, tetapi membunuh suatu bangsa seluruhnya adalah satu soal yang masih dapat dipertimbangkan." Maka di manakah akan didapat gerangan keadilan itu, kalau tidak ada nanti mahkamah yang lebih tinggi, yaitu mahkamah Allah di hari kemudian.

Sebab itu ahli-ahli pikir dari zaman dahulu telah ada yang sampai kepada kepercayaan tentang adanya hari akhirat itu, semata-mata dengan jalan berpikir.
Antara lain Pythagoras; filosof ini berpendapat bahwa hidup di dunia ini persediaan hidup yang abadi di akhirat kelak. Sebab itu semenjak dari dunia hendaklah orang bersedia untuk hidup yang abadi ini.
Socrates, Plato dan Aristoteles, "Jiwa yang baik akan merasai kenikmatan dan kelezatan di akhirat, tetapi bukan kelezatan kebendaan, karena kelezatan kebendaan itu terbatas dan mendatangkan bosan dan jemu. Hanya kelezatan rohani yang bagaimana pun banyak dan lamanya, tiadalah menyebabkan bosan dan jemu."

Kepercayaan Bangsa Arab Sebelum Islam tentang hari akhirat
Di antara bangsa Arab sebelum datang agama Islam didapati beberapa ahli pikir dan pujangga-pujangga yang telah mempercayai adanya hari kemudian itu. Umpamanya Zuhair bin Abu Sulma yang meninggal dunia setahun sebelum Nabi Muhammad saw. diutus Allah. Pujangga ini pernah berkata yang artinya:
Sesuatu pekerti atau perbuatan seseorang yang menurut dugaannya tidak diketahui orang, pasti diketahui juga oleh Tuhan.
Sebab itu janganlah disembunyikan kepada Allah sesuatu yang ada pada dirimu, karena bagaimanapun kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan mengetahuinya.

Dilambatkan membalasnya, maka ditulislah dalam buku disimpan sampai "hari perhitungan", atau disegerakan maka diberi balasan.
Ada pula di antara mereka yang tidak mempercayai adanya hari kemudian itu. Dengarlah apa yang dikatakan oleh salah seorang penyair mereka:
"Hidup, sudah itu mati, sudah itu dibangkit lagi, itulah cerita dongeng hai fulan".
Karena itu, datanglah agama Islam membawa kepastian tentang adanya hari kemudian.
Di hari akan dihisab semua perbuatan yang telah dikerjakan manusia selama hidupnya biar pun besar atau kecil. Allah swt. berfirman:
فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ ( 8 )
Artinya:
Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah pun niscaya akan melihat (balasan)nya pula.
(Q.S Az Zalzalah: 7-8 )

surah al-fatihah : ayat 5

Maksudnya : Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Di dalam ayat-ayat yang telah disebutkan empat macam dari sifat-sifat Tuhan, yaitu:
a. Pendidik semesta alam
b. Maha Pemurah
c. Maha Penyayang
d. Dan Yang menguasai hari pembalasan.

Sifat-sifat yang disebutkan itu adalah sifat-sifat kesempurnaan yang hanya Allah sajalah yang mempunyainya. Sebab itu pada ayat ini Allah mengajarkan kepada hamba-Nya bahwa Allah sajalah yang patut disembah, dan kepada-Nya sajalah seharusnya manusia memohonkan pertolongan, dan bahwa hamba-Nya haruslah mengikrarkan yang demikian itu.
"Iyyaka" (hanya kepada Engkaulah).

Susunan ayat-ayat ini membawa pengertian "pengkhususan" yaitu pengkhususan "ibadah" kepada Allah.
Jadi arti ayat ini: "Kepada Engkau sajalah kami tunduk dan berhina diri, dan kepada Engkau sajalah kami memohonkan suatu pertolongan".
Pertolongan yang khusus dimohonkan kepada Allah ialah tentang sesuatu yang di luar kemampuan dan kekuasaan manusia.
"Iyyaka" dalam ayat ini diulang dua kali, gunanya untuk menegaskan bahwa ibadat dan isti`anah itu masing-masing khusus dihadapkan kepada Allah. Selain dari itu untuk dapat mencapai kelezatan munajat (berbicara) dengan Allah. Karena bagi seorang hamba Allah yang menyembah dengan segenap jiwa dan raganya tak ada yang lebih nikmat dan lazat pada perasaannya daripada bermunajat dengan Allah.

Baik juga diketahui bahwa dengan memakai "Iyyaka" itu berarti menghadapkan pembicaraan kepada Allah, dengan maksud menghadirkan Allah swt. dalam ingatan, seakan-akan Dia berada di muka kita, dan kepada-Nya dihadapkan pembicaraan dengan khusyuk dan tawaduk. Seakan-akan kita berkata:
"Ya Allah, Zat yang wajibul wujud. Yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan. Yang menjaga dan memelihara semesta alam. Yang melimpahkan rahmat dan karunia-Nya dengan berlipat ganda. Yang berkuasa di hari pembalasan. Engkau sajalah yang kami sembah, dan kepada Engkau sajalah kami meminta pertolongan. Karena hanya Engkau yang berhak disembah dan hanya Engkau yang dapat menolong kami".
Dengan cara yang seperti itu orang akan lebih khusyuk di dalam menyembah Allah dan lebih tergambar kepadanya kebesaran Yang disembahnya itu.

Inilah yang dimaksud oleh Rasulullah saw. dengan sabdanya:
أن تعبد الله كأنك تراه
Artinya:
Hendaklah engkau menyembah Allah itu seakan-akan engkau melihat-Nya. (H.R Bukhari dan Muslim dari Umar bin Khattab)

Karena surah Al-Fatihah mengandung ayat munajat (berbicara) dengan Allah menurut cara yang diterangkan merupakan rahasia diwajibkan membacanya tiap-tiap rakaat dalam salat, karena itu jiwanya ialah munajat dengan menghadapkan diri dan memusatkan ingatan kepada Allah.

"Na'budu" pada ayat ini didahulukan menyebutkannya dari "nasta`iinu", karena menyembah Allah itu adalah suatu kewajiban manusia terhadap Tuhannya. Tetapi pertolongan dari Tuhan kepada seseorang hamba-Nya adalah hak hamba itu. Maka seakan-akan Tuhan mengajar hamba-Nya supaya menunaikan kewajibannya lebih dahulu, sebelum ia menuntut haknya.
Melihat kata-kata "na`budu" dan "nasta`iinu" (kami menyembah, kami minta tolong), bukan a`budu" dan "asta`iinu" (saya menyembah dan saya minta tolong) adalah untuk memperlihatkan kelemahan manusia itu, dan tidak selayaknya mengemukakan dirinya seorang saja dalam menyembah dan memohon pertolongan kepada Allah, seakan-akan penunaian kewajiban beribadat dan permohonan pertolongan kepada Allah itu belum lagi sempurna kecuali kalau dikerjakan dengan bersama-sama.

Kedudukan tauhid di dalam ibadat dan sebaliknya
Arti "ibadat" sebagai disebutkan di atas ialah tunduk dan berhina diri kepada Allah, yang disebabkan oleh kesadaran bahwa Allah yang menciptakan alam ini, Yang menumbuhkan, Yang mengembangkan, Yang menjaga dan memelihara serta Yang membawanya dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain hingga tercapai kesempurnaannya.

Tegasnya ibadat itu timbulnya dari perasaan tauhid, maka orang yang suka memikirkan keadaan alam ini, yang memperhatikan perjalanan bintang-bintang, kehidupan tumbuh-tumbuhan, binatang dan manusia, bahkan yang mau memperhatikan dirinya sendiri, yakinlah dia bahwa di balik alam yang zahir ada Zat yang ghaib yang mengendalikan alam ini, yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, yakni Dialah Yang Maha Kuasa, Maha Pengasih, Maha Mengetahui dan sebagainya. Maka tumbuhlah dalam sanubarinya perasaan bersyukur dan berhutang budi kepada Zat Yang Maha Kuasa, Maha Pengasih dan Maha Mengetahui itu.
Perasaan inilah yang menggerakkan bibirnya untuk menuturkan puji-pujian, dan yang mendorong jiwa dan raganya untuk menyembah dan berhina diri kepada Allah Yang Maha Kuasa itu sebagai pernyataan bersyukur dan membalas budi kepada-Nya.

Tetapi ada juga manusia yang tidak mau berpikir, dan selanjutnya tidak sedar akan kebesaran dan kekuasaan Tuhan, sering melupakan-Nya, sebab itulah maka tiap-tiap agama disyariatkan bermacam-macam ibadat, gunanya untuk mengingatkan manusia kepada kebesaran dan kekuasaan Allah itu.

Dengan keterangan ini kelihatanlah bahwa tauhid dan ibadat itu pengaruh-mempengaruhi dengan arti tauhid menumbuhkan ibadat dan ibadat memupuk tauhid.
Pengaruh ibadat terhadap jiwa manusia Tiap-tiap ibadat yang dikerjakan karena didorong oleh perasaan yang disebutkan itu, niscaya ada kesannya kepada tabiat dan budi pekerti orang yang beribadat itu. Umpamanya orang yang mendirikan salat karena sadar akan kebesaran dan kekuasaan Allah, dan didorong oleh perasaan bersyukur dan berutang budi kepada-Nya, akan terjauhlah dia dari perbuatan-perbuatan yang tidak baik, yang dilarang Allah. Dengan demikian salatnya itu akan mencegahnya dari mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak baik itu, sesuai dengan firman Allah swt.: إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ Artinya: Sesungguhnya salat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. (Q.S Al Ankabut: 45) Begitu juga ibadat puasa. Ibadat ini akan menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang terhadap orang-orang yang melarat dan miskin pada diri orang yang berpuasa itu. Dan seterusnya dengan ibadat-ibadat yang lain. Tetapi ibadat yang bukan ditimbulkan oleh keyakinan kepada kebesaran dan kekuasaan Allah, dan bukan pula didorong oleh perasaan bersyukur dan berhutang budi kepada Allah itu, hanya karena turut-turutan, atau karena memelihara tradisi yang sudah turun-temurun, bukanlah ibadat yang sebenarnya, dan kendatipun dia mempunyai rupa dan bentuk ibadat, tetapi tidak ada mempunyai jiwa ibadat itu, tak ubahnya dengan gambar atau patung, bagaimana pun juga miripnya dengan manusia, tidaklah dinamai manusia. Selanjutnya ibadat yang semacam itu tidak ada kesan dan buahnya kepada tabiat dan akhlak orang yang beribadat itu. Berusaha berdoa dan bertawakal "Isti`anah" (memohon pertolongan) sebagai disebutkan di atas khusus dihadapkan kepada Allah, dengan arti bahwa tidak ada yang berhak dimohonkan pertolongannya kecuali Allah. Dalam pada itu, pada ayat yang lain Allah menyuruh manusia bertolong-tolongan dalam mengerjakan kebaikan. Allah berfirman: وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى Artinya: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa. (Q.S Al Ma'idah: 2) Adakah pertentangan antara dua ayat itu? Tidak Tercapainya sesuatu maksud, atau terlaksananya suatu pekerjaan dengan baik adalah tergantung kepada cukupnya syarat-syarat yang diletakan dalam melaksanakan pekerjaan itu, dan tidak adanya rintangan-rintangan yang akan menghalanginya. Manusia telah diberi Allah tenaga, baik yang berupa pikiran maupun yang berupa kekuatan tubuh, untuk dipakai guna mencukupkan syarat-syarat, atau menolak rintangan-rintangan dalam menuju suatu maksud, atau mengerjakan sesuatu pekerjaan. Tetapi ada diantara syarat-syarat itu yang tidak kuasa manusia mencukupkannya, sebagaimana di antara rintangan itu ada yang di luar kekuasaan manusia menolaknya. Begitu pula ada di antara syarat-syarat itu atau diantara halangan-halangan itu yang tidak dapat diketahui. Maka kendatipun menurut pikirannya dia telah mencukupkan semua syarat-syarat yang diperlukan, dan telah menjauhkan semua rintangan-rintangan yang menghalangi, tetapi hasil pekerjaannya itu belum lagi sebagai yang dicita-citakannya. Jadi ada hal-hal yang tidak masuk dalam batas kekuasaan dan kemampuan manusia. Itulah yang dimintakan pertolongan khusus kepada Allah. Sebaiknya tentang sesuatu yang termasuk dalam batas kekuasaan dan kemampuan manusia, dia disuruh bertolong-tolongan, supaya tenaga menjadi kuat, dan agar ada pada masing-masing manusia sifat cinta-mencintai, harga-menghargai, dan gotong-royong. Dengan perkataan lain, manusia disuruh Allah berusaha dengan sekuat tenaga, dan disuruh tolong-menolong, bantu-membantu. Di samping menjalankan ikhtiar dan usahanya itu, dia harus pula berdoa, memohon taufik, hidayah dan ma`unah. Ini hendaknya dimohonkannya khusus kepada Allah, karena hanyalah Dia yang kuasa memberinya. Sesudah itu semua, barulah dia bertawakal kepada-Nya. Ibadat itu sendiri pun sesuatu pekerjaan yang berat, sebab itu haruslah dimintakan ma`unah dari Allah supaya semua ibadat terlaksana sebagai yang dimaksud oleh agama. Maka seseorang menuturkan bahwa hanya kepada Allahlah kita beribadat, diikuti lagi dengan pernyataan bahwa kepada-Nya saja minta pertolongan, terutama pertolongan agar amal ibadat terlaksana sebagaimana mestinya. Ayat di atas, sebagai telah disebutkan, mengandung tauhid, karena beribadat semata-mata kepada Allah dan meminta ma`unah khusus kepada-Nya, adalah intisari agama, dan kesempurnaan tauhid

Thursday, September 14, 2006

A trip to Pekan


Friday baru ni (8th Sept 2006), holiday ke Pekan, Pahang. It's been years tak pergi sana. Last pergi 1997, sebelum pindah ke Arau, Perlis. Dah hampir 10 tahun. So, banyaklah perubahan especially we did not notice that there is a highway to Kuantan. Tak mengikuti perkembangan... Few times we got confused especially simpang nak ke Pekan. Last sekali, baru perasan we took the Segamat Highway, wasted some few kilometres away. Urghh...

Anyway, the trip is worthwhile. Pergi Pantai Air Leleh. Pekan Sehari di Pekan is so full of chilli padi that I liked, the cabai kampung ,ikan sungai and etc. The girls bought themselves some inai mekah. Cost only Rm 2.