Tuesday, October 31, 2006

Addicted to Internet

I hate to say this, but I think I am addicted to the Internet. Kadang-kadang tu, kerja rasanya kurang produktif, and I have to change. In a day, just spend at least 10% of the time for the Internet and the rest, DO YOUR WORK!!...

But 10%, how can I do it??


A survey conducted by Standford University recently on internet users in the US gives an interesting finding: " more than one of every eight US residents showed at least one sign of "problematic internet use". The typical internet addict was a single, college-educated, white male in his 30s.

How did the survey defines someone as addicted to internet or not? The answer could be used for all of us, outside US, as well. So, you, according to the survey, are considered as an internet addict if you meet (one or most of) the following criteria:

1. If you hide your internet surfing activity from others;
2. If you go online to cure foul moods in ways that mirrored the way alcoholics use booze or drugs in other words you are using the internet to self-medicate;
3. If you spend approximately 30 hours a week or ie. more than four hours a day on non-essential computer use;
4. If you feel hard to abstain from internet use for several days;
5. If you feel compulsive checking of your e-mail and chat rooms, as well as habitually checking out web pages.

If the above points are used as criteria to differentiate between internet addiction and not, well, I think many rigorous blogger will fall to the category of internet addict. Can a blogger abstain from opening their blog in a day? Well, I don't think so.

The term addict and addiction mean that you are physically or mentally unfit. So, you need a clinic therapy or --just like a drug addict-- a rehabilitation. And mind you Beijing, China has already got one medical therapy for it.

Kopiah


Isnin, sehari sebelum raya hari tu, singgah di Pekan Rabu. Hajat nak cari kain pelikat, kopiah dan baiki barang kemas. Melayan Qutub mencari kopiah idaman. For me, as a mother, beli saja-lah mana2 kopiah pun, Sama sahaja. Or better still, apa salahnya beli kopiah macam penasyid Raihan umpamanya. Tapi, susahnya mencari kopiah yang satu. bila dia explain, tak faham. Okay-lah, cari-lah yang berkenan, dah jumpa tunjuk pada umi. Umi, ayah akan beli, no problem.

Rupa-rupanya, susah jugak nak jumpa. Kopiah idaman namanya kopiah Bukit Mertajam a.k.a kopiah Ustaz Fadzil. Out of stock dan mahal bukan main. Kesian, Tak apa, cari-lah lagi at least, yang berkenan. Okay, kali ni dia nak tarbus, nak yang ori punya, buatan Republik Czech, not made in Chine dan ada cap mohor. Alhamdulillah, jumpa akhirnya.

Rupanya, di kalangan pelajar sekolahnya (Maktab Mahmud) ada favourite kopiah. Mana-lah kami tahu. Tak dapat yang tu, tak dibeli pun tak apa.

Hai, anak-anak zaman sekarang. Apa nak buat, umi dulu bukan sekolah agama, tak tahu pulak ada macam2 kopiah....

Gubra


Hari Raya Aidil Fitri baru habis. Almost every night ada Malay movies either kat TV3, Tv1 atau Astro Ria. Tak tengok pun sebab tak larat nak tunggu habis. Macamana pun, I'm looking forward to watch Gubra. Mula2 tengok, I kind of like it. Then bila dah macam obscene sikit, forget it. Tak sesuai lansung kalau tengok dengan anak2. A comment from Feizal Tehrani about this movie.

(tulisan sdra Faizal Tehrani, penulis & salah seorang ahli panel Forum Gubra di UM):

Apa yang terkandung dalam Gubra?

Pertama, agenda agama itu personal. Perhatikan kenyataan karyawannya dan lihatlah Gubra yang memuatkan bagaimana watak Bilal yang hidup berjiran dengan dua orang pelacur boleh mengabaikan konsep beragama dengan membiarkan sang pelacur terus menjadi pelacur!

Kedua, agenda agama itu sekadar amar makruf. Tidak ada nahi mungkar. Jika melakukan nahi mungkar kita menceroboh wilayah peribadi, kita berlaku tidak adil, mencabul hak asasi dan dimomokkan kita tidak tahu menjaga sensitiviti masyarakat dan kita akan mencabul konsep pluralisme John Hick tado.

Ketiga, agenda maksiat dan gerakan menghalalkannya. Tanpa segan silu, slogan maksiat ditabuh dalam filem ini, lihat sahaja adegan ‘tak apa melacur itu’. Tanpa menafikan ada banyak filem lain yang turut memiliki agenda sama, tetapi Gubra kemuncaknya. Dan kemuncak ini dihadiahi filem terbaik untuk Pesta Filem Malaysia ke-19.Sejak 19 kali pesta filem dilancarkan, hampir setiap filem terbaiknya mengandungi watak pelacur, sundal, jalang atau paling tidak, wanita ternoda. Sakit apakah masyarakat kita bahawa filem kita yang kononnya menjadi cerminan masyarakat dipenuhi perempuan jahat dan gelap?

Keempat, Gubra adalah agenda inter-faith ala John Hick. Adegan akhir di mana munajat doa seorang bekas pelacur berganti dengan teleku watak lain di gereja dan kemudian upacara sembahyang di tokong oleh pasangan suami isteri Cina adalah mesej halus untuk menunjukkan semua agama menawarkan kebenaran, keselamatan, kesejahteraan dan kasih sayang.

Betul tidak ada Lina Joy dalam Gubra. Dua puluh ribu umat Islam yang tersinggung, marah dan mengamuk akan ribuan Melayu murtad di Masjid Wilayah tidak peduli kepada kami di bidang persuratan dan budaya yang mati-mati melawan barisan musuh budaya ini.Kami diserang hari-hari. Kami tidak ada karyawan filem untuk membalas serangan. Kita tak ada strategi. Musuh ini ada strategi. Kami tak ada pembela berwibawa seperti Mufti Perak, Ustaz Harusssani. Malahan tidak dipedulikan pun.

Apabila Sharifah Amani naik ke pentas dengan kata-kata "I sound stupid speaking Malay" (saya berasa macam bodoh untuk berucap dalam berbahasa Melayu) dan "If bikin filem mencemarkan budaya lets make it often" (jika bikin filem mencemarkan budaya marilah kita buat banyak lagi) saya kasihan dengan gadis 20 tahun ini yang cedera parah oleh bom perang budaya.Dia mungkin tak puntung kaki dan tangan, tetapi lebih dahsyat, hilang hati nurani. Dan makin banyak dia melakukan damage control seperti "keluarga saya memang tak berbahasa Melayu di rumah" dan "saya tak fasih berbahasa Melayu", semakin parahlah kecederaannya.

Inilah yang kami, tentera yang kalian tinggalkan seorang diri, hadapi setiap hari setiap detik dan masa. Selepas menonton Gubra antara teman pengarang yang saya hubungi ialah novelis Zaid Akhtar dan Nisah Haron.Sesudah Seminar Peradaban Nasional di Port Dickson baru-baru ini kami sepakat mengatakan masyarakat kita makin parah oleh perang budaya ini. Hatta mereka yang kononnya dulu mahu mempertahankan budaya dan persuratan Melayu-Islam pun terjerumus!Mereka tidak sedar pun mereka cedera. Malah mempertahankannya. Saya berasa apakah bezanya kehebohan mengenai ribuan orang Melayu murtad dengan ribuan orang Melayu yang telah hilang jati diri.

Kita kehilangan tulisan jawi, saudara membaca rencana ini dalam tulisan rumi. Hampir tidak mungkin kita berpatah balik. Saya tidak merayu saudara menyokong saya. Saya tak perlukan sokongan moral. Saya tak merayu dan minta saudara membeli karya saya kerana saya pengarang sepenuh masa.Tetapi ingat, jika saya dan teman berdua lagi ini kalah dalam perang budaya yang sedang menggasak ummah, saudaralah yang harus bertanggungjawab, saudaralah yang bersikap tidak peduli kerana saudaralah yang meninggalkan kami.

Thursday, October 19, 2006

Penang

Semalam, Rabu masa buka puasa sempat tengok Jln2 Cari Makan(JJCM). It used to be our family's favourite program. This time JJCM bawa makan kat Penang. Mmm...terus teringat Penang. Sempat stay Penang for 2.5 years, that was in 1982 & 1984 & half of 1985. It was marvelous staying there. Enjoy tak kira sebab masa tu first time belajar tinggal kat hostel (Sek. Men. Teknik, Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang)

Penang is full of interesting places. Penang Road, Komtar, Gamma, ferry, Masjid Negeri, Padang Kota Lama, Bukit Bendera, etc...bring down the memory lane. How we enjoy the outing day, ronda Perangin Road, Komtar etc. Because Penang is a small island, mostly all the places dah pernah pergi.

Nowadays, sekali sekala make a trip to Penang. Especially kalau nak hantar bibik balik Indon. Masa tu ambil peluang travel all over Penang. Seronok....

Friday, October 13, 2006

7 Formula Individu Cemerlang

I've an interesting article. Source from Internet.

Ikuti wawancara Pengarang Sastera, Berita Harian, SALBIAH ANI (BH), dengan Dr. Danial bin Zainal Abidin (DD):

BH: MENGAPAKAH Dr Danial memilih menulis buku yang sama sekali berbeza daripada bidang pengkhususan iaitu perubatan moden?

DD: Sebenarnya ada sebuah buku saya menjurus kepada topik perubatan moden iaitu ‘Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden’ dan kini memasuki edisi ke-2. Saya akui sebahagian buku saya yang lain tidak memfokuskan aspek perubatan moden. Bagi saya Islam adalah agama yang lengkap lagi komprehensif dan tidak hanya memperkatakan perubatan semata-mata. Justeru saya perlu memperkenalkan Islam yang lengkap kepada masyarakat. Tambahan pada masa ini masyarakat secara amnya sedang ditimpa pelbagai penyakit berkaitan kerohanian, cara fikir, sikap dan cara hidup. Formula Islam yang lengkap perlu diketengahkan untuk merawat penyakit ini.


BH: Apakah perkara yang menggerakkan Dr Danial dalam bidang penulisan?

DD: Saya terangsang dengan firman Allah swt dalam surah Ali Imran, ayat 110 bermaksud: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”. Ayat ini menuntut umat Islam agar menjadi satu umat yang proaktif dan bukannya pasif. Mereka disuruh bergerak dan berperanan terutamanya dalam konteks mengajak manusia kepada makruf dan mencegah kemungkaran tanpa melupakan iman diri sendiri. Penulisan antara medan yang baik untuk menyebarkan konsep ini. Apabila kita menulis kita sedang memelihara ilmu dan sejarah. Tanpa penulisan, ilmu dan sejarah akan hilang. Pada hari ini kita mengenali pemikiran Ibn Khaldun, Ibn Sina, Imam Al-Ghazali, An-Nawawi dan ramai lagi kerana penulisan mereka dan khazanah ini perlu dikembangkan.

BH: Bagaimanakah Dr Danial ‘mencuri’ masa untuk menulis di sebalik jadual kerja sebagai doktor perubatan, pakar runding dan pengelola slot Rangsang Minda dan Islam Moden di Radio Malaysia Pulau Pinang?

DD: Allah mempermudahkan ini bagi saya. Sebenarnya saya kerdil berbanding pencapaian tokoh Islam pada abad ke-9 seperti Al-Kindi. Beliau berjaya menghasilkan 250 buku bidang astronomi, matematik, fizik, geometri, perubatan, psikologi dan mantik. Bagaimanapun saya mengakui pengurusan masa penting dalam kehidupan. Antara taktik pengurusan masa yang saya gunakan ialah meletakkan matlamat serta merancang. Saya mewajibkan diri untuk berdisiplin demi mengejar matlamat itu. Saya juga belajar untuk berkata 'tidak boleh' pada ajakan serta jemputan yang tidak penting.

BH: Apakah hasrat Dr Danial apabila mengepilkan petikan kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yangsedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untukmenaikinya’ dalam buku terbabit?

DD: Kata-kata Yusuf Islam ini bagi saya begitu bermakna kerana ia dilafazkan oleh seorang yang dilahirkan dan dibesarkan di Barat. Beliau sedar cara hidup Barat adalah seperti kapal yang sedang tenggelam atau fatamorgana yang memperdayakan. Justeru beliau memilih Islam sebagai cara hidup. Hanya orang yang ada ketajaman mata hati yang mampu membuat pendirian seperti itu. Cara hidup Islam mementingkan takwa dan ilmu. Cara hidup Barat mementingkan material serta nafsu.

BH: Mengapakah Dr Danial memilih untuk membongkar rahsia kejayaan dan kecemerlangan individu sejak beribu tahun dulu dengan menggunakan al-Quran sebagai landasan perbincangan dalam ‘7 Formula Individu Cemerlang’?

DD: Al-Quran ialah kitab Allah yang Maha Agung dan boleh dikiaskan seperti satu peta yang lengkap. Untuk memahami kehebatannya, kitab ini perlu dihidupkan secara praktikal. Apabila manusia menghidupkannya, mereka akan menjadi golongan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Golongan yang berjaya menghidupkannya ialah sahabat dan umat Islam pada peringkat awal terdahulu. Kesan daripada penghidupan itu mereka berjaya membina satu tamadun gilang gemilang. Tamadun ini berjaya mengeluarkan Barat dari Zaman Kegelapan. Umat Islam pada hari ini sedang berada di tahap yang paling hina. Justeru di dalam buku '7 Formula Individu Cemerlang' saya menjadikan umat Islam terdahulu sebagai contoh kerana mereka berjaya menjadi pemangkin kepada perubahan yang mengagumkan dan kejayaan itu berlaku dirangsang oleh Al-Quran.

BH: Mengapakah Dr Danial mengatakan ‘7 Formula Individu Cemerlang’ ditulis untuk mereka yang tidak mahu menjadi seperti dinosour yang pupus semasa dunia berubah?

DD: Memang benar di muka depan buku ini saya mengatakan perkara yang disebutkan ini. Dinosaur adalah satu makhluk yang besar dan pernah bermaharaja di dunia. Apabila perubahan berlaku di dunia disebabkan komet berlanggar dengan bumi, dinosaur tidak mampu menangani perubahan itu. Akhirnya mereka mati dan pupus. Jumlah umat Islam pada hari ini melebihi 1 bilion. Perubahan pula sedang berlaku dengan pesat. Malangnya ramai umat Islam yang leka dan tidak peka mengenai perkara ini. Mereka yang berminat dengan Islam pula asyik berbicara dan bertengkar mengenai perkara ranting dan remeh. Fanatik sempit wujud di mana-mana: fanatik mazhab, fanatik kelompok dan fanatik ideologi. Akhirnya kerja penting seperti dakwah kepada bukan Islam, penyelidikan dalam bidang baru seperti Al-Quran dan sains dan pembinaan kemahiran baru untuk penyebaran dakwah diabaikan. Saya khuatir jika keadaan ini berterusan, umat Islam akan menjadi tidak relevan. Justeru umat Islam perlu berubah dan berani membuka minda serta keluar dari kepompong lama mereka untuk menjadi gilang gemilang pada hari ini.

BH: Apakah karya terbaru yang sedang ditangani?

DD: Saya sedang membaca dan menganalisis maksud seluruh Al-Quran untuk melahirkan buku baru, ‘Tip Kecemerlangan Dari al-Quran’. Semoga Allah membantu saya.

BH: Bagaimanakah cara untuk menyedarkan umat Islam bahawa mereka gagal melihat Islam sebagai berlian yang ditinggalkan?

DD: Islam boleh diumpamakan seperti batu berlian dan ramai yang membuang berlian ini dan memilih kaca. Mengapa Islam yang hebat dipinggirkan? Ia mungkin berpunca daripada cara mengajar dan sumber ajaran. Cara mengajar yang menekankan fikah ranting, hafalan tanpa kefahaman, pendekatan tidak saintifik dan penekanan kepada perkara remeh boleh menyebabkan sebahagian manusia menjauhi Islam. Di sudut sumber, ramai daripada kalangan orang Islam tidak memahami al-Quran.

BH: Bagaimanakah umat Islam dapat digerakkan agar menjadi manusia yang suka membaca dan menghargai karya berilmu?

DD: Umat Islam, terutamanya di Malaysia, rata-ratanya boleh membaca dan sering kali membaca. Yang menjadi isunya ialah bahan yang dibaca. Tabiat suka membaca bahan berkualiti perlu ditanam sejak kecil. Setiap rumah perlu ada kutubkhanah kecil. Ibu bapa boleh memberi galakan dengan memberi hadiah jika buku berkualiti dibaca oleh anak-anak di samping mereka menjadi contoh dalam aspek ini. Sudut perbincangan buku di sekolah boleh diwujudkan. Penulis perlu kreatif dengan penulisan mereka untuk menarik minat pembaca. Media massa elektronik seperti TV, perlu kerapkan pengiklanan buku yang baik. Ilmuwan perlu ditonjolkan daripada artis agar ilmu dapat dimartabatkan.

Monday, October 09, 2006

Rindu pada Usrah


Lama tak berusrah. Since moving out of Gombak and moved to Dungun, lansung tak ada usrah. Tapi, kalau tak ada usrah, tak semestinya tak mencari ilmu. Cuma seronoknya usrah ni is to have friends that share opinions and motivation. Sedikit amal fardhi untuk kita amalkan:

1. Ma'athurat selepas Subuh
2. Sarapan pagi yang berkhasiat
3. Solat Dhuha
4. Ma'athurat selepas Asar
5. Membaca Al-Quran setiap hari - tadabbur
6.. Solat Witir sebelum tidur
7.Qiamullail

dan 10 Muwasafat Tarbiyah

1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang shahih
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10.Bermanfaat pada orang lain

maka marilah kita amalkan. Mudahan menjadi Muslim yang lebih baik.

Discover Atlas - Italy


Last night since tak pergi Terawikh ( a special prayer performed in the month of Ramadhan), I had the chance of viewing Discover Channel channel 50, The Discovery Atlas. A good programme. Travel through Italy last nite. Yang interesting about Italy is the pizza making.

"Pizza perfectionThe 'pizzaiolo' (male pizza chef ) knows the way to produce excellent pizzas is by cooking them in a brick, wood-fired oven. These ovens, reaching temperatures of up to 500C/ 900F, are heated by burning wood or coal in a chamber. After three minutes the pizza is cooked – with the delicate airy crust and light toppings for which Neopolitan pizzas are famous. The Italian government is pushing for strict regulations on the making of Neopolitan pizzas to ensure the tradition is preserved."

Italy, officially the Italian Republic is a Southern European country. It comprises the Po River valley, the Italian Peninsular and the two largest islands in the Mediterranean Sea, Sicily and Sardinia. It is shaped like a boot and for this reason Italians commonly call it "lo stivale" ("the boot").

Italy was home to many well-known and influential European civilizations, including the Etruscans, Greeks and the Romans. For more than 3,000 years Italy experienced migrations and invasions from Gemanic, Celtic, Frankish, Lombard, Byzantine Greek, Saracen, Norman and Angevian peoples, and was divided into many independent states until 1861 when Italy became a nation-state.

Roman Catholic is by far the largest religion in the country. However I've found some facts about Islam in Italy. According to latest Italian official statistics, Muslims make up about 34% of the 2,400,000 foreign residents living in Italy as of January, 1, 2005.

Sicily, Sardinia and some regions in Peninsular Italy have been part of the Muslim 'Ummah' between 828 and 1300 (destruction of the last Islamic stronghold of Lucera in Puglia).

Islam was almost entirely absent in Italy from the time of the country's unification in 1861 until the 1970s, when the first trickle of North African immigrants began arriving. These North Africans, mostly of Berber of Arab origin, came mainly from Morocco, though they have been followed in more recent years by Tunisians, Albanians and to a lesser extent, Libyans, Egyptians, Pakistanis, Middle Eastern Arabs and Kurds.

The number of Muslims in Italy today probably surpasses the one-million mark, though only 30,000 or so Italian citizens are Muslim. They consist mostly of foreigners who have received Italian citizenship and native Italians who have converted to Islam; a famous Italian convert to Islam is Italy's former ambassador to Saudi Arabia.