Wednesday, November 08, 2006

Anak tak minat belajar


Anak-anak ni ada pelbagai ragam dan perangai. From one to one, tak sama. Ada yang macam kita masa kecik-kecik, dan ada yang macam spouse kita. Like mine, sorang-sorang ada perangai masing-masing. Ada yang suka baca buka sampai ke masa makan, nak masuk toilet pun suka nak baca buku but only story books saja-lah. Tapi, ada yang lansung tak minat nak tengok buku pun. Would rather prefer staring at the ceiling without doing anything. I've found an article that I find interesting:

Setiap anak mempunyai minat atau kecenderungan yang berbeza. Mungkin anak puan lebih minat kepada perkara yang lebih fizikal iaitu bermain. Usah risau kerana sebenarnya bermain adalah kaedah yang paling berkesan untuk belajar pada peringkat umur ini.Apapun saya bersetuju bahawa anak harus didedahkan dan diasuh untuk mencintai ilmu melalui minat membaca.

Puan boleh memupuk minat membaca anak dengan memilih buku yang mengikut minat anak. Sebagai contoh sekiranya anak minat bermain pondok, puan boleh membeli atau meminjam dari perpustakaan awam buku cerita tentang kanak-kanak bermain pondok atau masak-masak. Kanak-kanak juga sangat gemarkan buku yang mempunyai gambar sebenar kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Ia lebih menarik minat kerana mereka boleh mengaitkan diri atau relate dengan cerita. Mereka juga gemar membaca atau mendengar cerita yang dekat dengan diri dan pengalaman mereka. Ianya seperti cerita binatang-binatang di zoo apabila pulang dari mengadakan lawatan ke zoo. Tumpuan anak mulanya memang sedikit. Ajak anak membaca bersama dan berhenti bila anak sudah jemu. Secara beransur-ansur tumpuan mereka akan meningkat. Juga elakkan daripada terlalu menekankan kepada cara membaca yang betul dari segi ejaan dan tatabahasa.

Sebaliknya tumpukan kepada maksud cerita dan bercerita dengan gaya dan tonasi yang menarik. Buat permulaan gunalah buku yang menarik illustrasinya dan tidak terlalu banyak perkataan. Jadikan membaca satu aktiviti yang meyeronokkan dan merapatkkan hubungan kekeluargaan.Selain daripada itu puan boleh mengajak kawan baik anak bersama semasa aktiviti membaca. Anak puan mungkin akan suka dan terdorong untuk membaca kerana pengaruh kawan baiknya. Secara tidak sedar dia akan belajar untuk minat membaca tanpa tekanan.

Persekitaran yang kondusif adalah antara faktor utama dalam membentuk peribadi seorang kanak-kanak. Setiap rumah seharusnya mempunyai perpustakaan mini yang diisi dengan pelbagai jenis buku untuk semua ahli keluarga.Orang dewasa dalam setiap rumah juga mestilah minat membaca kerana kanak-kanak memang suka meniru perbuatan orang dewasa disekeliling mereka. Bawalah buku kemana sahaja. Saya membawa bersama buku-buku semasa balik kampung atau bercuti. Anak-anak juga saya galakkan membawa buku dan majalah yang mereka minati. Saya juga suka membawa anak-anak ke pameran-pameran buku.

Untuk memudahkan anak belajar cuba amalkan membaca surah al-Imran 200 dan as-syura-19 dan zikir ya-hayyu, ya-quyyum dan ya-latif. Saya biasa amalkan semasa memasak dan dibaca dalam air minuman.Juga ada petua supaya membaca doa dan menyatakan harapan diubun-ubun anak semasa baru lelap. Ianya insyaalah dapat membentuk peribadi anak.

Membantu anak membina minat membaca:•


  • Kenalpasti minat anak, dan dapatkan buku-buku yang berkaitan dengan minatnya.
  • Pastikan buku-buku yang dipilih adalah age-appropriate.
  • Adakah ibubapa tunjukkan minat membaca?
  • Ibubapa harus tunjukkan yang mereka berminat dengan apa yang anak-anak baca.
  • Tanya mereka soalan-soalan mudah seperti:
  • o Apa cerita yang adik/kakak/abang baca tu?
  • o Apa karakter utamanya?
  • Adakan carta bacaan di rumah, dan letakkan (gantungkan) di tempat yang senang dilihat. Dan adakan sistem hadiah (reward system). Hadiahkan dia sesuatu apabila dia berjaya membaca sekian banyak buku, umpamanya. Kadangkala, perlu biarkan dia sendiri yang memilih hadiah, puan cuma tentukan had harganya.

No comments: