Wednesday, November 01, 2006

Ayam Golek Pengantin

Masa gathering SAS hari tu, paling teringin nak balik masak kat rumah ialah ayam golek pengantin. Ainul really had cooked it macam hidangan ayam golek pengantin. Nak paste resepi-nya kat blog ni, incase nak cari resepi tu senang sikit, daripada nak cari kat our mails di SAS_yahoogroup.

Resepinya:

#Tumis halia, lengkuas, bawang merah, bawang putih, halia.
#Bila dah naik minyak masukkan kacang tanah yang dah di goreng (sikit je-dalam segenggam), hati dan pedal ayam ,ubi kentang kecik yang dah di rebus, telur ayam/ telur burung puyuh, garam dan gula.
#Bila dah masak tu, tutup api dan sumbat ke semua bahan-bahan dalam perut ayam.
#Letak ayam yang dah distuffed ni dalam periuk besar.
#Masak dalam santan dan serai dua tiga batang dan garam secukup rasa.
#Selalu lah check kuah dia tu , ceduk kuah dia dan ‘sera’ kat ayam tu berulang kali so that dia mesra.
#Jangan masak lama sangat, nanti lembik sangat pula ayam tu.

No comments: