Sunday, November 05, 2006

Jaga Exam

Hari ni Ahad, duty jaga final exam dari 9-12. Mengantuk bukan main-main pagi Ahad ni. Dah habis exam, tunggu pulak husband nak datang ambil. Lambat pulak katanya. Kerja tak siap lagi. Perut dah berkeroncong. Mengunyah kuih raya yang 2 balang kat ofis ni. Almond London yang manis. Ni, tak boleh jadi, sat lagi kencing manis pulak.

Bila dah lapar ni mula-lah teringin nak makan macam-macam. Teringin nak pergi PKNS, Shah Alam, makan kat FC, pizza dan vanilla milkshake. Then, teringat pulak nak makan kat roof-top PKNS tu nasi goreng hailam. Or, ke Serai, Seksyen 3 makan tomyam. Tapi, mahal-la...

Tadi, masa browse Omaq's blog, dia cerita pasal popia basah di Perlis. Mmmm...that one thing I miss Perlis, popia basah di Pasar Ramadhan Mata Air. Miss it so much kalau bulan puasa muncul. Normally masa kat Perlis dulu, by 4.00 pm dah terpacak queue nak beli popia basah tu. Lazatnya jangan cerita-lah.

Actually, I have some favourite makan-makan place masa di Perlis. Kalau breakfast pagi, selalu ke satu kedai di jalan Guar Sanji. Pekena nasi campur + kari ikan. Sedapnya.., nak pulak kalau ikan bakar fresh dia dah siap. Tapi, the real kari place kat Perlis tu ialah kat Masjid Syed Alwi, Kangar. Semua jenis kari ada, You name it, kari (gulai) ikan keli, ikan termenung, ikan isi (jenahak etc dan yang sewaktu dgnnya), dan lain-lain lagi.

Lunch in Perlis would be kat Pokok Sawa (Ciku) or Andaman. Tapi, normally, balik rumah lunch, tengok anak2 makan. Dinner, kalau makan kat luar would be at Andaman, Boomeg. Dan saja-saja syok makan is the keutiau siam, either kat Padang Besarq atau just kat tempat jual air, rojak di Jejawi. Not bad...

Somtam is also a nice food to eat. Somtam ni actually kerabu betik ala Siam. Ramuannya ialah betik diparut, kacang, bawang putih, sedikit kacang panjang, cili padi, udang kering dan sos ikan. Tak-lah susah nak buat tapi kalau orang buat-kan, nak pulak dibeli memang sedap...

My Almond London is already half balang di makan....

1 comment:

omaQ said...

hi mama zlaa.. tq alot join my blog... :) ooo mama suka makan popia b asah yek.. a'a kat perlis mmg banyak tpt makan yang beraneka perisa warna n harga hehe... start dari a-z hehe..nanti kalau mama balik perlis kaa contect la omaq yek :)

www.omaQ.org