Thursday, November 16, 2006

Penantian

Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan. Dah letih dah menunggu surat offer nan satu ni. tapi, asyik-asyik dapat respon:

I have been trying to fax your offer to you for the last hour.Unfortunately the number is 'busy' all the time. I am therefore sending it to you by DHL today. If you can furnish me with another number I will try to fax again today for you.

I really need the letter as soon as possible!, so that I can proceed with everything. Dah tiga hari menunggu macam buah tak gugur. Nak fikir nak jual kereta, nak buat passport, visa, clear income tax, medical check up and everything and the most important thing is when is the most appropriate date nak hantar bibik balik kampung. Makcik tu dah excited nak balik. Dah mula packing, shopping dah. Penuh beg dengan milo, susu tepung dan gula. Tu belum lagi bab melayan dia pergi shopping di PKNS dan Warta.

Ronda-ronda cyber world, jumpa satu peringatan yang menarik:

Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dalam kitabnya, Jilbab Al-Mar'ah Al-Muslimah menyebutkan lapan syarat jilbab syarie iaitu:-

- Menutup seluruh tubuh, kecuali muka dan telapak tangan.
- Bukan untuk tabarruj (bersolek) yang boleh menyebabkan pandangan mata tertuju kepadanya.
- Bahannya diperbuat daripada kain yang tebal dan tidak nipis.
- Kainnya longgar, tidak ketat dan tidak membentuk lekuk tubuh.
- Tidak diberi memakai minyak wangi seperti mana peringatan Rasulullah s.a.w.: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan kemudian berjalan di hadapan orang ramai dan mereka menghidu baunya, maka dia adalah penzina.
- Tidak menyerupai pakaian lelaki.
- Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir.- Bukan memakainya kerana untuk mencari populariti.

Ia sesuai dengan peringatan Rasululullah melalui sabdanya: Barang siapa mengenakan pakaian untuk mencari populariti di dunia, nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kehinaan pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.Hakikatnya, mungkin ramai di antara kaum wanita muslim menganggap ia syarat yang agak berat apatah lagi kepada mereka yang ternyata sudah memakai jilbab tetapi melanggar syarat-syarat di atas.

Sesungguhnya, jika seseorang wanita itu berhasrat menjadi seorang muslimah syarat berkenaan tidaklah begitu sukar kerana dalam pelaksanaan syariat Islam tidak ada perkara yang sukar sebagai mana firman Allah: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. (Al-Baqarah: 185)

Atas sebab itu dalam soal menutup aurat ini, Rasulullah dengan tegas mengingatkan bahawa, Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan melentuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.

No comments: