Wednesday, January 31, 2007

Alhamdulillah, akhirnya kami sekeluarga dapat juga menjejak ke bumi Inggeris ini. Kebetulan tiba di saat musim sejuk. Mengigit seluruh tubuh. Cuaca kekadang mencecah 0 darjah celcius. Perit untuk mengadaptasi kehidupan di sini tapi, Alhamdulillah dengan bantuan masyarakat Melayu di sini semuanya berjalan lancar.

Paling terasa perbezaan ialah waktu solat. Subuh seawal 6 pagi, zohor 12.30 tghari, Asar, 2.30 petang, Maghrib 4.30 ptg dan Isyak seawal 6.30 ptg. Dan kami sangat bersyukur kerana dapat tinggal di kawasan masyarakat Pakistan di mana hampir tidak ada masalah lansung untuk mendapatkan makanan halal. Malah, kami makin berselera untuk memasak dan makan di sini.

Untuk urusan studi di Universiti, Alhamdulillah perjumpaan dgn supervisor berjalan lancar. Belum apa-apa 6 buku dipinjamkan untuk bacaan. Belum lagi bacaan jurnal-jurnal.

Apa-apa pun masih banyak urusan yang belum beres. Mohon Allah memudahkan urusan kami.

No comments: