Thursday, January 04, 2007

Sekolah oh sekolah..

Memeningkan juga menguruskan perpindahan sekolah anak-anak. Semasa balik bercuti raya Aidil Adha baru-baru ni, ke Maktab Mahmud untuk mohon bercuti paling minimum setahun persekolahan si Qutub. Tapi, kelihatannya Guru Besar keberatan nak mengizinkan dengan alasan Qutub mungkin akan ketinggalan silibus Azhar. Sedih juga dan sesudah rayuan dibuat, Guru Besar mohon berbincang dengan pihak Lembaga untuk membuat keputusan tapi sehingga hari ini, masih tiada keputusan.

Bagi sekolah 2 Maryam di Sekolah Rendah Jalan 4, Bandar Baru Bangi pulak, Alhamdulillah tiada masalah. Tapi, bagi sekolah Iman di Sek 18, Shah Alam, bermasalah. Kerani tak nak buat apa-apa sebab katanya belum pernah ada kes ke luar negara. Minta rujuk Jabatan Pendidikan. Akhirnya mohon borang pindah sekolah sahaja-lah. Senang cerita. Tak payah pening-pening ke sana ke mari.

Actually, I was quite upset with our school system. Upsetnya sikit sahaja, tentang pemilihan masuk ke sekolah berasrama penuh. Terharu dan sedih jugak baru-baru ni bila ada saudara seorang ibu tunggal kematian suami yang hanya mencari makan dengan berkedai runcit di rumah yang kecil (2 rooms house where one room is the store). Anaknya berjaya mendapat 5A bagi UPSR. Anak tersebut lansung tidak mendapat mana2 tempat di sekolah berasrama penuh.

Well, from what I observed, kebanyakan anak kawan2 yang ibubapanya berjawatan tinggi dan anaknya mendapat UPSR 5A, alhamdulillah mendapat tempat ke asrama penuh. I wonder actually what is the criteria of selection to enter the boarding schools? ....

Sepatutnya, sekolah berasrama penuh perlu mengambil kira latarbelakang kemampuan keluarga pelajar, cukup atau tidak bilik di rumah pelajar bagi menampung bilangan ahli keluarga. Ini tidak, pelajar yang di rumah ada bilik sendiri dilengkapi dengan air-cond dan PS2 diberi kemudahan asrama. (this happen to my neighbours, bukan cakap2 kosong).

Malang sekali bagi pelajar yang tidak berkemampuan, sampai bilakah nasib mereka akan diperjuangkan..

1 comment:

lidah penghunus said...

assalamualaikum. jemputlah ke http://lindunganbulan.blogspot.com dan http://karyamuslim.blogspot.com