Monday, February 26, 2007

Kena Saman


Elok saja sebulan kami di sini, suami dah kena saman dengan polis. Suspen sungguh rasanya. Apatah lagi siren polis menjerit mengejar kami. Akibat tidak perasan pada sign board, suami mengambil jalan yang salah (no right turn). Nasib baik kami tak membawa anak-anak bersama. Pulak tu kami meminjam kereta kawan, Renault Savannah. Terbang-lah 30 pound = RM 210. Dan siap suami dibawa masuk ke dalam kereta polis untuk di'lecture'.

Semalam ke Bulwell membeli uniform sekolah anak-anak. Bulwell merupakan sebuah pekan kecil yang sangat cantik. Di tengah-tengah bandar ada sebuah anak sungai kecil. Dan kami terasa benar berada di pekan orang Inggeris. Ya-lah, selama ini walaupun berada di bumi Inggeris, kami terasa seperti berada di Bombay/Mumbai ( kami menyewa di kawasan Pakistan). Di sini banyak juga kedai-kedai menjual kad seperti Hallmark dan lain-lain. Memang budaya orang Inggeris menghantar kad pada setiap occasion. Bunga-bunga segar dijual dengan murah sekali. Kebetulan kami ke Bulwell pada hari Sabtu di mana diadakan Saturday morning market.

Musim sejuk sudah hampir sampai ke penghujungnya. Bunga-bunga kecil sudah mulai malu-malu menunjukkan rupa. MasyaAllah, sungguh cantik sekali. Baru sebulan kami di sini, tetapi hati kami sungguh terpaut pada pemandangan bumi Inggeris ciptaan Tuhan. Biarlah masa berjalan dengan lambat sekali...

Having to teach my students some of basic courses in computing is quite a challenge for me. Especially the time when we have to translate all the computing terms into Bahasa Malaysia. Not to say that I am very well versed in English, but the translated terms are quite funny to think of. Some translated terms from http://blog.mypdacafe.com


- USB = Bas Bersiri Antara Dunia- FireWire = Dawai Api
- WiFi = wee fee (sounds like)
- Eye Tripply 1394 / 802.11( x ) = I.E.E.E.....
- BlueTooth = Gigi Biru
- SMS / MMS = Sistem Pesanan Ringkas / Pesanan Ringkas Pelbagai Alat
- InfraRed (port, beam) = Pera Merah (pelabuhan, pancaran)
- Tungsten T = Dawai Tangstan T
- iPaq = iPak (Ai Pak..... mana mau pigi...?)
- Dialup Modem ?? = Pergi panggil...
- ADSL = Talian Pelanggan Digital Tak Singkroni (or is it Tak Simetri)
-ThumbDrive = Pemandu Ibu Jari
- Smart Reader = Pembaca Bijak
- Compact Flash = Silauan Padat
- Solid State Memory = Ingatan Keadaan Pejal- Speaker = Jurucakap
- Reader Drive = Pemandu Pembaca- Browser = Penengok / Penelek
- Screen Saver = Penyelamat Skrin
- Palm Pilot = Juruterbang Tapak Tangan
- Handspring = Spring Tangan
- Wireless Keyboard = Papan Kekunci Tanpa Wayar (benda baru utk pak guard ni)
- optical mouse = Tetikus Optik (Tikus ada mata)
- Digicam = Kem Digi (Kamera Digital laaarr..)
- DVcam = Kem DV?? (kem divisyen mana ni?)
- BeamFest = Temasya Pancaran- Cat5 cable = Kabel Kucing 5 (bersaudara??)
- Fibre Optics = Gentian Fiber (gentian ada mata)
- DVD = Cakera Serbaboleh Digital
- Micro Drive = Pemandu Sangat Halus (drebar bunian ke?)

Some more "common" words bounced then:
- Software = Perisian
- Download = Muat-turun
- website = Laman web or laman sawang
- program = Aturcara
- mouse = Tetikus
- keyboard = Papan kekunci (papan kekunci kat bilik pak guard)
- password = Kata laluan
- joystick = kayu ria? kayu gembira? kayu ceria? batang or kayu gembira, kayu keseronokan
- expansion slot = ruang pengembangan
- Plug & play = cucuk dan main
- PDA = Pembantu Peribadi Digital
- Hotspot = Kawasan hangat
- floppy disk / diskette = cakera liut
- hardware = perkakasan
- harddrive = cakera keras
- cpu = unit pemprosesan pusat
- Primary Memory Storage = storan ingatan primer
- RAM = Memori/Ingatan Capaian Rawak
- ROM = Memori/Ingatan Baca Sahaja- Input devices = Peranti input
- Output device = Peranti output

Wednesday, February 21, 2007


Mmmm...susahnya nak cari tempat solat yang sesuai. Begini-lah kalau hidup di perantauan. Selalunya solat sahaja di dalam bilik ofis tetapi sejak berpindah ke ofis yang lebih besar where everybody is around kurang selesa. Tambahan pulak tempat berhadapan dengan pintu masuk. Di dalam bilik ini kami berkongsi seramai 8 orang. I am the only muslim lady around.

Di campus ni tak ada specific surau tapi di main building yang mana kalau nak pergi perlu naik bas ada di sediakan surau. Cantik dan selesa. Seronok rasanya bersolat bersama-sama sisters dari pelbagai bangsa. Tapi, itu-lah jauh sangat surau tersebut. Well, macam manapun hari ini solat di shower room!!, rasanya ini tempat yang lebih selesa jika dibandingkan solat di ofis.

I am looking forward to move from our current house. We are trying to find a cheaper house. Tetapi, masalahnya sekarang land lord yang kami tinggal ni 'sayang' sangat dengan kami. Dia bercadang nak re-furbish, cantik-kan rumah ni demi untuk menjamin kami comfortable and will like the house (dan tinggal lebih lama) . It's not the house that we don't like, but we don't like the price..Please understand Mr Talib..

Today, bekal ke universiti membawa ikan marinated with lada imported specially from Philippines. Teringin rasanya nak makan ikan tetapi ikan di sini tak-lah se istimewa kita di Malaysia. Ronda-ronda morning market tadi pagi, tapi kami hanya membeli se ekor ikan mackeral (£1.33 = RM9.31). Ikan yang ada macam tak sedap saja...

Monday, February 19, 2007

Freecycle, carboot


Hujung minggu baru-baru ini, kami mendapat 3 perabut (3 chest drawer dan 2 bookshelf yang masih elok keadaannya) secara percuma dari laman web Freecycle, laman web bagi masyarakat UK memberi secara percuma barang-barang yang tidak lagi mereka kehendaki. Macam-macam benda hingga kepada kereta boleh didapati secara percuma.
Caranya ialah kita subscribe dgn group freecycle kawasan kita (bagi memudahkan pengambilan barang-barang) dan kemudian kita akan mendapat e-mail dari member group megenai barangan yang mereka ingin lupuskan. Maka, jika kita berminat, kita akan hubungi melalui e-mail menyatakan hasrat kita untuk mengambil barangan tersebut. As simple as that.

Juga, semalam kami berkesempatan lagi untuk ke car boot. Kali ini, kami fokus untuk membeli permainan anak-anak. MasyaAllah, banyak yang kami dapat. 1 permainan 50 pence, 3 untuk 1 pound. Apa lagi, kami memborong macam-macam seperti master mind, operation, whooosit, battle ship etc.

Carboot di UK ni adalah tempat di mana orang-orang perseorangan menjual barangan terpakai mereka dengan harga yang murah. Selalunya carboot di adakan di tempat-tempat lapang dan mereka membawa barangan dari boot-boot kereta mereka (guess this is where carboot got its name). Carboot di sini seumpama kedai-kedai bundle di Malaysia. Tetapi, kedai bundle kita selalunya menjual baju dan kasut. Carboot di UK menjual pelbagai jenis barangan seperti pinggan mangkok, toy dan games kanak2, buku-buku, pakaian, kasut dan macam-macam lagi.

Sunday, February 18, 2007

Lada India paling pedas


Ahkirnya, dapat juga tahu asal usul lada yang selalu dibeli bagi menggantikan cili padi di Malaysia. Pedasnya bukan main. Tak terlawan pedas cili padi Malaysia. Selalunya dapat dibeli di kedai-kedai Pakistan, pasar mini Medina, Exotic Supermarket di Hyson Green ni dan juga kedai orang-orang Jamaica. Memang pedas....

LAS CRUCES (New Mexico): Serbuk lada daripada cili Bhut Jolokia di India adalah yang paling pedas di dunia, kata seorang penyelidik Amerika Syarikat, memetik pengesahannya dari Buku Rekod Dunia Guinness.

Tahap kepedasan Bhut Jolokia mencapai 1,001,304 unit panas Scoville, satu ukuran yang digunakan bagi menilai pedas serbuk lada.Malah, tahap kepedasan serbuk lada India itu dua kali ganda lebih tinggi berbanding lada Red Savina yang sebelum ini berada di tempat teratas sebagai paling pedas.Biasanya, tahap kepedasan serbuk lada secara puratanya hanya mencapai 10,000 unit Scoville, menurut laporan agensi berita.

Paul Bosland, seorang profesor dari Universiti New Mexico State, menceritakan saat beliau merasa serbuk lada India itu dan menyifatkannya seperti bernafas dengan api.Katanya, selepas minum air bagi mengurangkan kesan kepedasan serbuk lada itu, dia segera berpendapat bahawa ia mungkin paling pedas serta berada dalam buku rekod Buku Rekod Dunia Guinness kini memberi persetujuan apabila mengesahkan baru-baru ini bahawa lada yang ditelan Bosland adalah jenis terpedas dunia.

Cili Bhut Jolokia adalah sejenis hibrid yang ditemui secara semula jadi di negeri Assam di timur India.Pada 2001, seorang pegawai Institut Serbuk Lada Chile yang melakukan lawatan ke India menghantar benih cili Bhut Jolokia ke New Mexico untuk diuji.Pokok cili yang menghasilkan serbuk lada itu jarang berbuah menyebabkan mereka perlu menunggu beberapa tahun sebelum ujian boleh dijalankan, kata Bosland.Pegawai itu kemudian menanam cili Bhut Jolokia, Red Savina dan lada habanero pada satu lokasi yang dapat dikawal dan mendapati Bhut Jolokia mencapai tahap Scoville lebih tinggi daripada biasa dan ia kemudiannya disahkan dua makmal bebas.

Jenis Bhut Jolokia boleh membantu industri makanan, kata Bosland. Katanya, pengilang tidak perlu menggunakan banyak cili itu kerana kepedasannya yang tinggi sekali gus menjimatkan kos.Nama cili itu bermaksud ‘lada hantu,’ kata Bosland.“Kami tidak tahu mengapa ia boleh diberi nama itu tetapi mungkin kerana ia terlalu pedas, sesiapa yang memakannya akan hilang rasa takut hantu,” katanya lagi. – AP

Thursday, February 15, 2007

TIPS : KURANGKAN TEKANAN


Tips ni di cut paste dari blog ustaz muda. Bekalan bagi mengatasi stress. Ni dah mula rasa stress bila banyak membaca dan banyak yang tak faham. Terlalu banyak cacing-cacing kecil yang perlu difahami.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan kerja / hidup. Antaranya ialah:

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lace lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu Berdoa Kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka Baik Dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan Kegiatan Luar Seperti Bersukan dan Beriadah
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal Diet Dengan Disiplin Yang Kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis Dengan Sepuas Hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai Kebolehan Diri Sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai Diri Sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Wednesday, February 14, 2007


Semalam hari pertama Habeebah, Zahraa' dan Khadijah masuk sekolah. Kami diminta sampai ke sekolah jam 8.45 am. Terus dibawa guru bahasa Inggeris melawat sekitar sekolah. Katanya sekolah ini mempunyai berbilang bangsa dan 29 jenis bahasa berlainan dipertuturkan pelajar sekolah tersebut.

Tapi, yang ramainya kelihatan ialah murid-murid bangsa Pakistan dan Arab. Ya-lah, kami pun tinggal di kawasan ini. Comel-comel dengan yang perempuan kebanyakan bertudung. Sebenarnya di kawasan ini banyak jenis rupa manusia yang dapat di lihat. Secantik bintang filem Bollywood, Salman Khan, Amir Khan, Shilpa Shetty, Karisma Kapoor mudah sangat terserempak. Begitu juga orang-orang Arab. Tetapi, bagi Mat-mat Saleh dan Minah-minah Salleh tak-lah secantik mana. Dah-lah tak cantik, perangai pun hodoh benar. Bertindik sana-sini, di hidung, mulut penuh seluruh muka. Entah apa yang dicari pun tak tahu-lah.

Tinggal di kawasan Pakistan di sini selesa. Mudah bagi kami mencari barang-barang keperluan rumah. Hari-hari menu utama adalah ayam dan daging kambing. Kadang-kadang jemu jugak dan kami mula mencari ikan, samada ikan masin atau ikan yang dibeku-keraskan. Kebanyakan ikan diimpot dari Bangladesh. Boleh tahan-lah juga walaupun tak setanding di Malaysia.

Saturday, February 10, 2007

Sedih


Hari ni ke LEA, menguruskan persekolahan anak-anak peringkat menengah. Alhamdulillah, dapat jugak mereka ke sekolah. Agak jauh dari rumah. Perlu menaiki tram atau bas. Berkesempatan jugak melihat persekitaran sekolah Henry Mellish School. Lapang rasanya persekolahan anak-anak peringkat menengah selesai tetapi sebenarnya hati kecil sedih. Sedih kerana mereka terutama Qutub terpaksa meninggalkan sementara (??) sekolahnya di Kedah.

Perancangan mula kami ingin menyekolahkan anak-anak sekurang-kurangnya sehingga peringkat PMR biar-lah di sekolah agama. Biar-lah mereka pandai membaca huruf-huruf jawi dan buku-buku agama tidak seperti ibunya bersekolah rendah di Convent, menengah pun bukan sekolah agama. Hasilnya agak lambat dan merangkak-rangkak untuk membaca tulisan jawi.

Tetapi, itu-lah, akhirnya mereka ke sekolah Inggeris juga. Mungkin, untuk sesetengah bidang baik, tetapi entahlah..., Kami akan cuba observe setahun.

La Tahzan (Jgn Bersedih)

Jangan Bersedih...Cinta Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda Terkaya di Dunia
Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya Maha Luas
Jangan Bersedih...Semata-mata Kerana Anda Berbeza dengan Orang lain
Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi
Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan
Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira
Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah
Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu
Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi

Wednesday, February 07, 2007


Pagi ni Rabu, minggu kedua menghadiri kelas Dr Sanja Petrovic, Automated Scheduling. Aduh...susah benar rasanya. Dr Sanja ni rasanya orang Yugoslavia. Rupanya tipikal orang sebelah Russia. Kelas ini merupakan kelas undergraduate tetapi kami, pelajar postgraduate digalakkan jugak untuk menghadiri bagi lebih memahami terutama jika terlibat dalam bidang scheduling.

Pagi ini, walaupun ramalan cuaca meramalkan salji akan turun namun yang ada hanya frost. Frost adalah seperti ketulan ais yang kita jumpa di dalam peti ais di rumah. Agak kagum juga melihat tasik di hadapan universiti beku menjadi ais. Itik-itik dan angsa termangu-mangu berjalan di atas ais. Apa-tah lagi manusia, berasap-asap keluar jika bertutur.

Pagi tadi semasa berjalan ke tempat menunggu bas, sempat juga kami berjalan ke morning market (umpama pasar pagi atau nat di Malaysia). Menarik barangan yang dijual tetapi kerana mengejar masa untuk ke kelas, hanya sempat melihat-lihat sahaja. Mungkin, apabila kelas Dr Sanja berakhir hujung semester nanti, baru akan berpeluang ronda-ronda morning market ini.

Setakat ini, kerana masih belum memiliki kereta, kami ke mana-mana menaiki bas. Untuk ke Universiti sahaja tambangnya £2.50. Mahal tu.., tetapi yang boleh dipuji walaupun basnya sejam sekali, jadualnya adalah tepat. Tak perlu tunggu lama-lama jika kita ada jadual bas. Dan peraturan bas di sini tak boleh makan, minum dan memasang musik yang kuat. Nampaknya boleh pulak manusia di sini mematuhi peraturan menaiki bas.

Monday, February 05, 2007

Tetamu dari Coventry


Semenjak berpindah ke rumah baru, ramai tetamu datang bertandang. Hari Sabtu, kami sengaja memasak lebih nasi minyak, dalca kambing, ayam goreng tepung, salsa dan sos asam cili. Sesiapa yang datang kami hidangkan. Dan Alhamdulillah, ramai yang datang.

Semalam Ahad, kami memenuhi acara rutin bagi kebanyakan masyarakat UK. Walaupun masih belum membeli kereta, sampai jugak kami ke carboot sale. Sejauh Derby dan Colwick kami jelajahi. Banyak jugak barang yang kami beli sehingga lenguh tangan-tangan. Sudah-lah kebas tangan dek cuaca yang sejuk, ditambah pulak dengan berat membawa barang-barang.

Selepas ke car boot sale, kami menerima tetamu dari Coventry. Famili ini sudah 12 tahun menetap di UK. Mereka mambawa nasi lemak dan sambal ayam dan kami pulak memasak kari ikan bendi dan tomato, ditambah dengan ayam goreng tepung. Wah, sedap sekali kami menjamah ditambah dengan kepenatan berjalan semasa di car boot tadi.

Hidup di UK


Alhamdullilah, kami semakin beransur mengadpatasikan diri dengan kehidupan di sini. Today is our first day of our third week here. Time flies.

The good news is that my dear husband has got himself a job. Pekerjaan yang biasa bagi kebanyakan masyarakat Melayu di sini. Mula kerja 5.00 pagi dan habis pada pukul 8.00 pagi. Petang pulak bermula 6 ptg sehingga 8 mlm. Paling ketara di sini ialah kebanyakan suami adalah house-husband, manakala isteri masing-masing adalah pelajar. Hanya beberapa kerat suami yang belajar.

Persekolahan anak-anak masih pending. I've registered four of them into the primary and nursey schools. It seems that they are one year older here in UK. 6 years old is considered Primary 1, and my darling 3 year old Hasif is entering the nursery school here. And the eldest two has not been registered yet.

Cuaca masih di dalam musim sejuk. Walaupun panas terik tapi suhunya sejuk dingin. Kami agak gemar ke kedai-kedai Pakistan yang berselerak di kawasan perumahan di sini. Ayam dan daging kambing sangat mudah didapati. Sayur-sayuran juga segar-segar sehingga tak pernah jemu jika perlu ke kedai.