Monday, February 26, 2007

Kena Saman


Elok saja sebulan kami di sini, suami dah kena saman dengan polis. Suspen sungguh rasanya. Apatah lagi siren polis menjerit mengejar kami. Akibat tidak perasan pada sign board, suami mengambil jalan yang salah (no right turn). Nasib baik kami tak membawa anak-anak bersama. Pulak tu kami meminjam kereta kawan, Renault Savannah. Terbang-lah 30 pound = RM 210. Dan siap suami dibawa masuk ke dalam kereta polis untuk di'lecture'.

Semalam ke Bulwell membeli uniform sekolah anak-anak. Bulwell merupakan sebuah pekan kecil yang sangat cantik. Di tengah-tengah bandar ada sebuah anak sungai kecil. Dan kami terasa benar berada di pekan orang Inggeris. Ya-lah, selama ini walaupun berada di bumi Inggeris, kami terasa seperti berada di Bombay/Mumbai ( kami menyewa di kawasan Pakistan). Di sini banyak juga kedai-kedai menjual kad seperti Hallmark dan lain-lain. Memang budaya orang Inggeris menghantar kad pada setiap occasion. Bunga-bunga segar dijual dengan murah sekali. Kebetulan kami ke Bulwell pada hari Sabtu di mana diadakan Saturday morning market.

Musim sejuk sudah hampir sampai ke penghujungnya. Bunga-bunga kecil sudah mulai malu-malu menunjukkan rupa. MasyaAllah, sungguh cantik sekali. Baru sebulan kami di sini, tetapi hati kami sungguh terpaut pada pemandangan bumi Inggeris ciptaan Tuhan. Biarlah masa berjalan dengan lambat sekali...

No comments: