Sunday, February 18, 2007

Lada India paling pedas


Ahkirnya, dapat juga tahu asal usul lada yang selalu dibeli bagi menggantikan cili padi di Malaysia. Pedasnya bukan main. Tak terlawan pedas cili padi Malaysia. Selalunya dapat dibeli di kedai-kedai Pakistan, pasar mini Medina, Exotic Supermarket di Hyson Green ni dan juga kedai orang-orang Jamaica. Memang pedas....

LAS CRUCES (New Mexico): Serbuk lada daripada cili Bhut Jolokia di India adalah yang paling pedas di dunia, kata seorang penyelidik Amerika Syarikat, memetik pengesahannya dari Buku Rekod Dunia Guinness.

Tahap kepedasan Bhut Jolokia mencapai 1,001,304 unit panas Scoville, satu ukuran yang digunakan bagi menilai pedas serbuk lada.Malah, tahap kepedasan serbuk lada India itu dua kali ganda lebih tinggi berbanding lada Red Savina yang sebelum ini berada di tempat teratas sebagai paling pedas.Biasanya, tahap kepedasan serbuk lada secara puratanya hanya mencapai 10,000 unit Scoville, menurut laporan agensi berita.

Paul Bosland, seorang profesor dari Universiti New Mexico State, menceritakan saat beliau merasa serbuk lada India itu dan menyifatkannya seperti bernafas dengan api.Katanya, selepas minum air bagi mengurangkan kesan kepedasan serbuk lada itu, dia segera berpendapat bahawa ia mungkin paling pedas serta berada dalam buku rekod Buku Rekod Dunia Guinness kini memberi persetujuan apabila mengesahkan baru-baru ini bahawa lada yang ditelan Bosland adalah jenis terpedas dunia.

Cili Bhut Jolokia adalah sejenis hibrid yang ditemui secara semula jadi di negeri Assam di timur India.Pada 2001, seorang pegawai Institut Serbuk Lada Chile yang melakukan lawatan ke India menghantar benih cili Bhut Jolokia ke New Mexico untuk diuji.Pokok cili yang menghasilkan serbuk lada itu jarang berbuah menyebabkan mereka perlu menunggu beberapa tahun sebelum ujian boleh dijalankan, kata Bosland.Pegawai itu kemudian menanam cili Bhut Jolokia, Red Savina dan lada habanero pada satu lokasi yang dapat dikawal dan mendapati Bhut Jolokia mencapai tahap Scoville lebih tinggi daripada biasa dan ia kemudiannya disahkan dua makmal bebas.

Jenis Bhut Jolokia boleh membantu industri makanan, kata Bosland. Katanya, pengilang tidak perlu menggunakan banyak cili itu kerana kepedasannya yang tinggi sekali gus menjimatkan kos.Nama cili itu bermaksud ‘lada hantu,’ kata Bosland.“Kami tidak tahu mengapa ia boleh diberi nama itu tetapi mungkin kerana ia terlalu pedas, sesiapa yang memakannya akan hilang rasa takut hantu,” katanya lagi. – AP

1 comment:

chrisanto cyril said...

sudah sampai cili ini d malaysia?ble ka cili ini d tanam d negara kta?adakah ia mempunyai pasaran yang baik?