Wednesday, February 07, 2007


Pagi ni Rabu, minggu kedua menghadiri kelas Dr Sanja Petrovic, Automated Scheduling. Aduh...susah benar rasanya. Dr Sanja ni rasanya orang Yugoslavia. Rupanya tipikal orang sebelah Russia. Kelas ini merupakan kelas undergraduate tetapi kami, pelajar postgraduate digalakkan jugak untuk menghadiri bagi lebih memahami terutama jika terlibat dalam bidang scheduling.

Pagi ini, walaupun ramalan cuaca meramalkan salji akan turun namun yang ada hanya frost. Frost adalah seperti ketulan ais yang kita jumpa di dalam peti ais di rumah. Agak kagum juga melihat tasik di hadapan universiti beku menjadi ais. Itik-itik dan angsa termangu-mangu berjalan di atas ais. Apa-tah lagi manusia, berasap-asap keluar jika bertutur.

Pagi tadi semasa berjalan ke tempat menunggu bas, sempat juga kami berjalan ke morning market (umpama pasar pagi atau nat di Malaysia). Menarik barangan yang dijual tetapi kerana mengejar masa untuk ke kelas, hanya sempat melihat-lihat sahaja. Mungkin, apabila kelas Dr Sanja berakhir hujung semester nanti, baru akan berpeluang ronda-ronda morning market ini.

Setakat ini, kerana masih belum memiliki kereta, kami ke mana-mana menaiki bas. Untuk ke Universiti sahaja tambangnya £2.50. Mahal tu.., tetapi yang boleh dipuji walaupun basnya sejam sekali, jadualnya adalah tepat. Tak perlu tunggu lama-lama jika kita ada jadual bas. Dan peraturan bas di sini tak boleh makan, minum dan memasang musik yang kuat. Nampaknya boleh pulak manusia di sini mematuhi peraturan menaiki bas.

No comments: