Saturday, February 10, 2007

Sedih


Hari ni ke LEA, menguruskan persekolahan anak-anak peringkat menengah. Alhamdulillah, dapat jugak mereka ke sekolah. Agak jauh dari rumah. Perlu menaiki tram atau bas. Berkesempatan jugak melihat persekitaran sekolah Henry Mellish School. Lapang rasanya persekolahan anak-anak peringkat menengah selesai tetapi sebenarnya hati kecil sedih. Sedih kerana mereka terutama Qutub terpaksa meninggalkan sementara (??) sekolahnya di Kedah.

Perancangan mula kami ingin menyekolahkan anak-anak sekurang-kurangnya sehingga peringkat PMR biar-lah di sekolah agama. Biar-lah mereka pandai membaca huruf-huruf jawi dan buku-buku agama tidak seperti ibunya bersekolah rendah di Convent, menengah pun bukan sekolah agama. Hasilnya agak lambat dan merangkak-rangkak untuk membaca tulisan jawi.

Tetapi, itu-lah, akhirnya mereka ke sekolah Inggeris juga. Mungkin, untuk sesetengah bidang baik, tetapi entahlah..., Kami akan cuba observe setahun.

La Tahzan (Jgn Bersedih)

Jangan Bersedih...Cinta Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda Terkaya di Dunia
Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya Maha Luas
Jangan Bersedih...Semata-mata Kerana Anda Berbeza dengan Orang lain
Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi
Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan
Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira
Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah
Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu
Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi

1 comment:

omaQ said...

ya betui tu.. anak anak la nie bukan pandai sangat baca jawi.. Al Quran lagi la... apa apa pon tahniah ada kesedaran on it keep on :)

www.omaQ.org