Wednesday, February 14, 2007


Semalam hari pertama Habeebah, Zahraa' dan Khadijah masuk sekolah. Kami diminta sampai ke sekolah jam 8.45 am. Terus dibawa guru bahasa Inggeris melawat sekitar sekolah. Katanya sekolah ini mempunyai berbilang bangsa dan 29 jenis bahasa berlainan dipertuturkan pelajar sekolah tersebut.

Tapi, yang ramainya kelihatan ialah murid-murid bangsa Pakistan dan Arab. Ya-lah, kami pun tinggal di kawasan ini. Comel-comel dengan yang perempuan kebanyakan bertudung. Sebenarnya di kawasan ini banyak jenis rupa manusia yang dapat di lihat. Secantik bintang filem Bollywood, Salman Khan, Amir Khan, Shilpa Shetty, Karisma Kapoor mudah sangat terserempak. Begitu juga orang-orang Arab. Tetapi, bagi Mat-mat Saleh dan Minah-minah Salleh tak-lah secantik mana. Dah-lah tak cantik, perangai pun hodoh benar. Bertindik sana-sini, di hidung, mulut penuh seluruh muka. Entah apa yang dicari pun tak tahu-lah.

Tinggal di kawasan Pakistan di sini selesa. Mudah bagi kami mencari barang-barang keperluan rumah. Hari-hari menu utama adalah ayam dan daging kambing. Kadang-kadang jemu jugak dan kami mula mencari ikan, samada ikan masin atau ikan yang dibeku-keraskan. Kebanyakan ikan diimpot dari Bangladesh. Boleh tahan-lah juga walaupun tak setanding di Malaysia.

No comments: