Monday, February 05, 2007

Tetamu dari Coventry


Semenjak berpindah ke rumah baru, ramai tetamu datang bertandang. Hari Sabtu, kami sengaja memasak lebih nasi minyak, dalca kambing, ayam goreng tepung, salsa dan sos asam cili. Sesiapa yang datang kami hidangkan. Dan Alhamdulillah, ramai yang datang.

Semalam Ahad, kami memenuhi acara rutin bagi kebanyakan masyarakat UK. Walaupun masih belum membeli kereta, sampai jugak kami ke carboot sale. Sejauh Derby dan Colwick kami jelajahi. Banyak jugak barang yang kami beli sehingga lenguh tangan-tangan. Sudah-lah kebas tangan dek cuaca yang sejuk, ditambah pulak dengan berat membawa barang-barang.

Selepas ke car boot sale, kami menerima tetamu dari Coventry. Famili ini sudah 12 tahun menetap di UK. Mereka mambawa nasi lemak dan sambal ayam dan kami pulak memasak kari ikan bendi dan tomato, ditambah dengan ayam goreng tepung. Wah, sedap sekali kami menjamah ditambah dengan kepenatan berjalan semasa di car boot tadi.

No comments: