Wednesday, March 28, 2007

Kereta


Membeli kereta di sini adalah sangat mudah. Jika kita membayar secara tunai, proses pembelian dilakukan tak sampai 5 minit. Akhirnya petang semalam, kami membeli sebuah kereta 7 seater, Mitsubishi Space Wagon. Sebenarnya pencarian kereta ini berlansung agak lama. Susah mencari kereta-kereta 7/8 seater di sini. Selalunya kami membeli surat khabar evening post atau admag atau melalui iklan-iklan di Internet. Akhirnya melalui laman web http://www.autotrader.co.uk, kami menjumpai kereta idaman hati. Tak-lah secanggih mana, tetapi yang penting ianya 7 seater dan murah. Harga bagi kereta ini £850 termasuk roof box. (gambar- kereta baru kami)

Lokasi rumah owner kereta ini agak jauh iaitu di daerah Derbyshire, lebih kurang 20 batu dari tempat kami tinggal. Di UK, lokasi tempat tidak menjadi masalah untuk dicari jika kita ada alat GPS dan tahu poskod tempat yang kita cari. Alat GPS mampu membantu menghantar kita sehingga ke depan pintu rumah destinasi yang kita cari. Semalam kami mengguna pocket PC yang disambungkan dengan TomTom (satellite navigation system designed for use in automobiles) dan Alhamdulillah alat tersebut membantu membawa kami pergi dan balik dengan selamatnya.

Agaknya budaya hidup orang barat yang tidak semesra orang kita banyak mendorong mereka membina sistem dan alat kemudahan seperti ini. Setiap rumah dan kawasan di sini mempunyai poskod yang unik dan sangat penting untuk perhubungan. Oleh kerana budaya hidup negara kita yang semakin mirip dengan budaya barat yang hidup sendiri-sendiri, adalah perlu difikirkan kemungkinan merombak semula sistem poskod bagi memudahkan alat GPS digunakan untuk mengesan lokasi tempat tujuan....

Wednesday, March 21, 2007

Review

Pagi ini mengikuti kelas Research Method yang dikendalikan oleh Dr Natalio Krasnogor. Dr Nat ini berasal dari Argentina. Masih muda dan handsome/cute. Akibat merajuk dengan Dr Sanja kerana berebut masa beberapa minit minggu lepas (kelas Nat 10-11 am, manakala Dr Sanja 11-1 pm, mereka bertekak kerana Nat terlajak mengajar beberapa minit, ), hari ini kelas kami di adakan di Cafe Terrazo. Wah, seronok sekali kerana sambil mengajar dia mengambil order minuman apa yang kami inginkan. Maka, apa lagi bermacam2 order dari cappucino extra large, hot choc, hot choc extra milk, latte dan sebagainya.

Kelas kali ini ialah bagaimana proses membuat review bagi paper yang di hantar untuk workshop. Dia memberi kami satu paper untuk di baca dan kami perlu membuat review. Akhir sekali Nat membuat ulasan bagaimana sesuatu review proses dilakukan. Rupanya memang berat tugas seorang reviewer.

Review (known as refereeing in some academic fields) is a process of subjecting an author's scholarly work or ideas to the scrutiny of others who are experts in the field. It is used primarily by editors to select and to screen submitted manuscripts, and by funding agencies, to decide the awarding of grants. The peer review process aims to make authors meet the standards of their discipline, and of science in general. Publications and awards that have not undergone peer review are likely to be regarded with suspicion by scholars and professionals in many fields. Even refereed journals, however, can contain errors.

Tuesday, March 20, 2007

Rumah

Petang Ahad semalam, Simon, landlord rumah sewa baru kami datang ke rumah. Kami menandatangani tenancy agreement dan bakal masuk ke rumah sewa baru pada 31 March ini. Tak sabar rasanya nak berpindah kerana makin lama kami di sini, makin bertambah koleksi barangan gara-gara hobi mengumpul barangan di car boot. Makin banyak barang bermakna makin sukar nak berpindah nanti.
(atas - rumah sewa baru)

Kami menyenaraikan beberapa keperluan dan Simon bersetuju menggantikan carpet di bilik air dengan yang lebih mudah untuk dimaintain, mengecat living hall, tambahan 3 lagi single bed dan hoover (vacuum cleaner). Rumah sewa baru ini fully furnished dengan 3 bilik tidur, 1 living hall, 1 dining hall, 1 dapur dan 1 bilik air. Lazimnya rumah-rumah di sini hanya ada 1 bilik air. Nampaknya kami perlu membeli satu portable toilet bowl habuan emergency memandangkan kami ramai.

Kami juga belum memberi notis pindah kepada Mr Talib, current landlord. Tak ada maknanya memberi notis sekarang atau semasa nak berpindah nanti, kerana deposit 500 pound = RM 3500 sememangnya akan hangus. Tetapi jika dikira untuk jangka masa panjang, kami masih untung kerana sewa rumah baru hanya 325 pound sebulan berbanding sekarang 500 pound sebulan. (sebelah - rumah sewa sekarang)

Friday, March 16, 2007

Red Nose Day

Hari ini malas sungguh nak ke universiti. Selalunya memang hari Jumaat I'm off to the universiti. Berehat-rehat di rumah. Malam semalam sibuk ke enam-enam anak mencari baju-baju merah untuk dipakai ke sekolah. Yes, today they will be celebrating the red nose day in their schools. Setiap mereka membeli sebiji hidung merah berharga 1 pound.

Tujuan kutipan duit bagi red nose ini ialah untuk memberi derma kepada mereka yang tidak bernasib baik di Afrika dan juga di UK sendiri. Organized by Comic Relief, British charity organisation that was founded in the United Kingdom in 1985 by the comedy scriptwriter Richard Curtis in response to famine in Ethiopia.


Selain membeli hidung merah, ada juga aktiviti lain. Habeebah membuat kek dan biskut di sekolah untuk jualan dan hari ini membawa beberapa pence untuk membeli kek dan biskut buatan sendiri. See..schools here are about playing unlike us in Malaysia, our students study real hard in order to get as much A's as possible. That's what I'm afraid of, will my children get A's when we're in Malaysia in few years time..?

So many trips being organized by the schools. Last few week, Habeebah has gone to Leicester for the Shakepeare's play and Zahraa' will be going to York next week to find more about the Viking history. And unfortunately, Qutub and Iman have missed the Paris trip. Kami juga yang belum ke mana-mana lagi..

Wednesday, March 14, 2007

Charity Shop












Pagi ini sebelum ke kelas dan sementara menunggu bas ke university, kami menjengok charity-charity shop yang terdapat di sekitar pekan kecil Forest Field. Sempat membeli satu pelekat memo berharga 50 pence dan kain alas meja juga 50 pence. Dalam setiap daerah di UK ini memang terdapat banyak charity shop (lihat gambar).

Charity shop atau hospice/resale/thrift shop dikendalikan oleh badan-badan kebajikan (seperti Age Concern, Cancer Research UK, Help the Aged, Save the Children, Scope dan Sue Ryder) bagi tujuan mengumpul dana. Kebanyakan barangan yang dijual adalah barang-barang yang didermakan. Oleh kerana barangan tersebut diberikan secara percuma kepada charity shop, maka harga yang dijual adalah sangat murah.

Antara barangan yang selalu dijual adalah buku, perkakas peralatan rumah, baju-baju, kasut, mainan kanak-kanak, perabut dan lain-lain lagi. Sejarah charity shop di UK bermula dengan Oxham Charity Shop di Oxford yang ditubuhkan pada Disember 1948.

Kami pernah juga ke charity shop yang dikendalikan oleh orang-orang Islam Pakistan, umpamanya seperti Al-Ain Trust Fund. Kebanyakan dana yang dikumpul katanya didermakan untuk membuat sebuah hospital di Pakistan.

Bila agaknya negara kita menubuhkan kedai-kedai seperti charity shop yang berkonsepkan kebajikan? Mungkin sukar kerana kita bukan dari jenis membeli barangan terpakai...., Wah..adakah itu bermakna kita adalah dari golongan mewah, yang menjaga status...?

Thursday, March 08, 2007

Semut


Phew...lega rasanya lepas jumpa supervisor. Sebelum jumpa, kecut perut. Apa yang perlu direport?, Tak kan asyik-asyik nak bagi tahu masih membaca..., masih membaca... walaupun itu-lah hakikat sebenar.


Sebiji buku lagi hadiah perjumpaan kali ini. Masuk kali ni dah lapan bukunya diberi pinjam. Satu pun tak khatam lagi. Entah bila-lah gamaknya nak habiskan membaca buku-buku tu. Tapi, perjumpaan kali ni menggembirakan. Sekurang-kurangnya ada-lah sedikit direction untuk bergerak ke depan. Belajar dan mengkaji sesuatu mengenai algoritma semut. Mmm...sounds interesting. Pencipta algoritma ini adalah seorang berbangsa Belgium dan alhamdulillah, masih hidup. Dia menjumpai algoritma semut ini semasa membuat pengajian Phdnya pada tahun 1992.

Pagi tadi ada sessi bergambar di sekolah anak-anak. Terpaksa berkejar-kejar untuk bergambar di sekolah kemudian mengejar bas untuk ke universiti. Sekolah di sini main saja banyaknya. Belajarnya sedikit. Ke sekolah hanya membawa satu beg dokumen kecil dan yang penting makanan. Dalam satu kelas bukan hanya ada satu guru tetapi ada seorang dua pembantu guru yang akan membantu pelajar jika mereka lemah di dalam sesuatu subjek.

Kami masih tidak mendengar anak-anak bertutur di dalam bahasa Inggeris seperti anak-anak melayu yang lain di sini. Mereka masih bertutur bahasa Kedah yang pekat tetapi pada suatu tengah malam semasa suami memberi Khadijah (6 tahun) susu di dalam botol (dia masih minum susu botol!), dalam lena dia mengucapkan "thank you". Well, that's good. At least ada improvement.

Monday, March 05, 2007

Menulis etc



Aku bukan-lah seorang penulis yang berbakat. Menulis blog ini sebenarnya ialah untuk memberi laluan pada minda untuk berehat sambil menajamkan mata keyboard untuk menulis. Terpaksa membiasakan diri untuk menulis kerana kerja aku selepas ini ialah perlu banyak menulis. Membaca hasil kerja orang lain dan berupaya untuk menyimpulkannya kembali dalam ayat-ayat sendiri. Kelihatan seperti mudah, tetapi sebenarnya adalah payah.

Sabtu baru ini, kami mendapat kiriman handphone melalui Royal mail. Sebenarnya kami telah menempah secara online untuk talian tetap hand phone. Di sini macam-macam offer jika kita mendapatkan talian tetap. Antaranya kita akan mendapat hand phone percuma (pilih saja brand apa yang kita suka) dan juga kita mendapat cashback, (wang tunai selepas beberapa bulan dengan syarat kita menuntutnya). Contoh website yang menyediakan khidmat ini adalah: http://www.e2save.co.uk/. Bayaran bulanan pulak adalah secara pakej cth seperti £30 sebulan.

Dan juga Sabtu baru ini, kami mendapat satu troli dan 4 beg buku-buku. Paling banyak buku kanak-kanak. Thanks to the freecycle. Hampir penuh rak buku kami yang juga didapati dari laman freecycle (tempat orang memberi secara percuma barang-barang yang tidak diperlukan). Owner buku ini ialah seorang bangsa Irish yang bekerja sebagai penjual sayur, dan ini adalah kali kedua kami mendapat buku-buku darinya. Memandangkan kami belum mempunyai kenderaan, kami hanya melayan freecycle di kawasan daerah kami.

Ingin sekali sebenarnya membeli sebuah kereta segera tapi apa-kan daya, belum jumpa yang bersesuaian. Oleh kerana kami ramai, kami perlukan kereta yang 8 atau 7 seater. MPV di sini terhad pilihanya tetapi kalau ingin membeli kereta sangat banyak pilihan. Untuk memiliki Mercedez atau BMW adalah murah dan mudah. Geram juga melihat kereta-kereta tersebut di jalanan. Ikut-kan hati, mahu sahaja dibeli sebuah Mercedez. C class pun boleh-lah..

Friday, March 02, 2007

Algoritma dan pizza


Rasanya nak termuntah membaca algoritma-algoritma yang ada di dalam buku Search Methodologies yang dibekalkan oleh supervisor. Berbesar hati sungguh mendapat buku ini kerana pengarangnya adalah supervisorku sendiri. Tapi itu-lah, banyak nak kena dihadzam dan dikhatamkan.

Setiap minggu bagi research group kami di adakan seminar di mana setiap seorang dari kami perlu membuat pembentangan. Macam-macam slanga Inggeris dapat di dengar. Minggu ini seorang pelajar dari China, minggu lepas dari Republik Czech. Infact, di dalam ofis ini pun kami dari berbilang negara. Dua dari China, seorang dari Vietnam, Arab, UK sendiri, Belgium dan aku, Malaysia. Alhamdulillah walaupun semua lelaki, mereka sangat friendly dan helpful.

Pagi ni, sibuk sekali Habeebah mencari pakaian yang sesuai untuk aktiviti swimming di sekolah. Zahraa pulak memberi surat dari guru tentang makluman bahawa homework akan diberi pada hari Jumaat dan perlu disubmit pada hari Rabu minggu berikutnya. Juga senarai ayat-ayat (untuk spelling) akan diberi pada Isnin untuk dihafal dan dieja pada hari Jumaat. Wah.., tertib guru-guru di sini, tidak sewenang-wenangnya membuat kerja. Sebelum membuat diberi maklum supaya kita aware akan aktiviti anak-anak di sekolah.

Kami sekarang dah mula pandai mengorder pizza dari kedai-kedai kebab Pakistan yang ada di kawasan kami tinggal. Boleh tahan sedapnya . Offernya jika beli satu, kita akan dapat percuma satu. Kebiasaan harga 7.99 pound dan topping-toppingnya terpulang kepada selera. Maka, apa lagi bermacam-macamlah ragamnya bila memilih topping.

Thursday, March 01, 2007

Lesen TV


Selalunya di Malaysia, kami gemar menonton TV. Dan, di sini kami cuba juga menonton. Alamak...boringnya. Di sini, kalau menonton yang basic (tidak subscribe NTL (macam Astro di M'sia)) sangat-lah memboringkan. Yang boleh tahan tengok adalah siaran beritanya yang asyik-asyik news tentang cuaca. Ceritanya cerita lama-lama, cerita cowboy zaman dahulu dan hanya ada satu dua yang menarik. Cerita zaman tok nadoq.

Dalam keadaan boring cerita, oleh kerana memasang TV, akhirnya kami mendapat surat amaran. Amaran kerana tidak membeli lesen TV. Ooo..not again... Di sini untuk menonton TV, kita perlu membeli lesen TV. Mahal jugak 131.50 pound setahun untuk TV warna. Tak berbaloi dgn siaran yang ada, tapi beli-lah jugak kerana jika kita menonton TV online melalui komputer pun, pihak berkuasa masih dapat mengesannya. Kat situ mereka advance...

Akhirnya sementara kami menunggu kehadiran lesen TV, dan TV dioff-kan, kami beralih ke Youtube. Macam-macam cerita boleh ditengok tapi dalam keadaan low quality-lah. Kena pulak komputer kami masih connect to wireless network komputer jiran-jiran yang tidak berkunci. Bukannya kami tak nak subsribe broadband tapi bila memikirkan nak pindah, malas nak buat kerja banyak-banyak kali..

Tadi, semasa meneman suami ke balai polis (masih tak settle samannya, perlu tunggu surat ke court pulak), kami berjalan di deretan kedai hingga kepada satu cyber/wartel. Sempat mamat black keluar memanggil kami untuk memberi brochure dan mengajak masuk ke kedainya. Rupanya dia ingin menanya samada kami dari Indonesia, No... we're from Malaysia lantas dia memanggil kawannya. Rupanya kawannya pernah bekerja di Penang dan sempat mengatakan bahawa Malaysia, nice country, nice people. Ini bukan pertama kali, pernah di town, kami ditanya oleh Mat Salleh samada kami Malay, bila kami kata ya, terus dia menunjukkan jari thumbs up. Wah, sekurang-kurangnya we feel good after a bad time at the police station.