Wednesday, March 14, 2007

Charity Shop












Pagi ini sebelum ke kelas dan sementara menunggu bas ke university, kami menjengok charity-charity shop yang terdapat di sekitar pekan kecil Forest Field. Sempat membeli satu pelekat memo berharga 50 pence dan kain alas meja juga 50 pence. Dalam setiap daerah di UK ini memang terdapat banyak charity shop (lihat gambar).

Charity shop atau hospice/resale/thrift shop dikendalikan oleh badan-badan kebajikan (seperti Age Concern, Cancer Research UK, Help the Aged, Save the Children, Scope dan Sue Ryder) bagi tujuan mengumpul dana. Kebanyakan barangan yang dijual adalah barang-barang yang didermakan. Oleh kerana barangan tersebut diberikan secara percuma kepada charity shop, maka harga yang dijual adalah sangat murah.

Antara barangan yang selalu dijual adalah buku, perkakas peralatan rumah, baju-baju, kasut, mainan kanak-kanak, perabut dan lain-lain lagi. Sejarah charity shop di UK bermula dengan Oxham Charity Shop di Oxford yang ditubuhkan pada Disember 1948.

Kami pernah juga ke charity shop yang dikendalikan oleh orang-orang Islam Pakistan, umpamanya seperti Al-Ain Trust Fund. Kebanyakan dana yang dikumpul katanya didermakan untuk membuat sebuah hospital di Pakistan.

Bila agaknya negara kita menubuhkan kedai-kedai seperti charity shop yang berkonsepkan kebajikan? Mungkin sukar kerana kita bukan dari jenis membeli barangan terpakai...., Wah..adakah itu bermakna kita adalah dari golongan mewah, yang menjaga status...?

3 comments:

Nani said...

best n nampak menarik...
sure perabot2 y dikatakan terpakai tu masih elok kan kak ila?
sbb dalam salah satu rancangan oversea berkaitan hiasan rumah..perabot2 y dibeli adalah used item tp nampak elok n harga kira cam murah la...

zlaa said...

Nani,
Kat sini banyak perabut terpakai. Memang masih elok sebab kebanyakan orang kat sini menjaga barang2. Contoh kalau kita beli mainan anak2 spt monopoly, semua masih dalam complete set walaupun mainan tu dah lama.

faizabelle79 said...

zlaa..kat france pun byk kedai2 terpakai ni seperti easy cash..emmaus dll..brg2 rumah kami pun dibeli di sana dgn harga yg murah..bila nak pindah balik msia nanti barang2 ini kami akan berikan kepada mereka dgn free of charge...