Wednesday, March 28, 2007

Kereta


Membeli kereta di sini adalah sangat mudah. Jika kita membayar secara tunai, proses pembelian dilakukan tak sampai 5 minit. Akhirnya petang semalam, kami membeli sebuah kereta 7 seater, Mitsubishi Space Wagon. Sebenarnya pencarian kereta ini berlansung agak lama. Susah mencari kereta-kereta 7/8 seater di sini. Selalunya kami membeli surat khabar evening post atau admag atau melalui iklan-iklan di Internet. Akhirnya melalui laman web http://www.autotrader.co.uk, kami menjumpai kereta idaman hati. Tak-lah secanggih mana, tetapi yang penting ianya 7 seater dan murah. Harga bagi kereta ini £850 termasuk roof box. (gambar- kereta baru kami)

Lokasi rumah owner kereta ini agak jauh iaitu di daerah Derbyshire, lebih kurang 20 batu dari tempat kami tinggal. Di UK, lokasi tempat tidak menjadi masalah untuk dicari jika kita ada alat GPS dan tahu poskod tempat yang kita cari. Alat GPS mampu membantu menghantar kita sehingga ke depan pintu rumah destinasi yang kita cari. Semalam kami mengguna pocket PC yang disambungkan dengan TomTom (satellite navigation system designed for use in automobiles) dan Alhamdulillah alat tersebut membantu membawa kami pergi dan balik dengan selamatnya.

Agaknya budaya hidup orang barat yang tidak semesra orang kita banyak mendorong mereka membina sistem dan alat kemudahan seperti ini. Setiap rumah dan kawasan di sini mempunyai poskod yang unik dan sangat penting untuk perhubungan. Oleh kerana budaya hidup negara kita yang semakin mirip dengan budaya barat yang hidup sendiri-sendiri, adalah perlu difikirkan kemungkinan merombak semula sistem poskod bagi memudahkan alat GPS digunakan untuk mengesan lokasi tempat tujuan....

14 comments:

NaNi said...

mmm...bestnyer....boleh beli kete cash kat sana..tgk condition cam ok je
berapa tahun dah tu akk?
kalau kat mesia ni jangan harap la...bertahun2 hutang...
nanti plan nak bawa balik mesia ke nak jual je?

loveujordan said...

lega dah ada kereta,Alhamdulillah..
murahnya kereta kat sana... I

betullah macam you cakap lagi moden sesebuah negara lagi kurang 'contact' sesama manusia...sekali fikir oklah sebab tak menyusahkan orang lain...nak buat apa ada je alat membantu...

faizabelle79 said...

hai zlaa..tahniah dapat kete baru..luas pulak tu..sesuai dgn u all sefamily..mmg murah la harga tu..nanti kalau saya ke sana..boleh la tumpang naik kot..haha

ZLAA said...

Nani,
Kereta tu photogenic sikit. Tu yang nampak macam okay je...Anyway, kereta tu lahir 1995. Dah tua. Tak bawa balik M'sia pasal tak de air cond. Heater ada-lah. Berasap nanti kat sana.

ZLAA said...

lovejordan,
Alhamdulillah, dah ada kereta. Boleh-lah bawa anak2 ronda2 di sini

ZLAA said...

Faiza,
Jemput datang. Boleh tumpang naik. Kita pi car boot. Tu saja yang tau p pun. Tempat lain belum explore lagi....

mmj said...

best ek dh ada keta...leh jln2. kalu x susah gakkan... nice car

ZLAA said...

mmj,
Terima kasih. Kena ada kereta-lah. Anak ramai..

yus said...

Mitsubishi Space Wagon ni memang kereta favorite bagi org melayu yg berkeluarga besar. Kalau kat sini pun majoriti yg beranak ramai pakai kereta ni. Kira murah gak yer, biasa yus dengar dalam £1000 ke £1500. Lepas ni bolehlah jalan jauh sikit kan, dah ada kereta ni..hehe

ZLAA said...

Yus,
Kat sini pun kereta ni popular among Melayu. Among Paki pun..hi..hi.. Kereta 7/8 seater tak banyak choice.

Idham said...

:) suka baca ur blog. enjoy ur new house and ur new car...

idham

ZLAA said...

Idham,
Terima kasih. Jemput datang lagi

MULAN said...

murah kan kereta kat sana. kami dulu tengok2 je, pas tu terkelip2 biji mata.

ZLAA said...

Mulan,
Murah tapi second hand car-lah. Yang baru mahal. Tak mampu