Thursday, March 01, 2007

Lesen TV


Selalunya di Malaysia, kami gemar menonton TV. Dan, di sini kami cuba juga menonton. Alamak...boringnya. Di sini, kalau menonton yang basic (tidak subscribe NTL (macam Astro di M'sia)) sangat-lah memboringkan. Yang boleh tahan tengok adalah siaran beritanya yang asyik-asyik news tentang cuaca. Ceritanya cerita lama-lama, cerita cowboy zaman dahulu dan hanya ada satu dua yang menarik. Cerita zaman tok nadoq.

Dalam keadaan boring cerita, oleh kerana memasang TV, akhirnya kami mendapat surat amaran. Amaran kerana tidak membeli lesen TV. Ooo..not again... Di sini untuk menonton TV, kita perlu membeli lesen TV. Mahal jugak 131.50 pound setahun untuk TV warna. Tak berbaloi dgn siaran yang ada, tapi beli-lah jugak kerana jika kita menonton TV online melalui komputer pun, pihak berkuasa masih dapat mengesannya. Kat situ mereka advance...

Akhirnya sementara kami menunggu kehadiran lesen TV, dan TV dioff-kan, kami beralih ke Youtube. Macam-macam cerita boleh ditengok tapi dalam keadaan low quality-lah. Kena pulak komputer kami masih connect to wireless network komputer jiran-jiran yang tidak berkunci. Bukannya kami tak nak subsribe broadband tapi bila memikirkan nak pindah, malas nak buat kerja banyak-banyak kali..

Tadi, semasa meneman suami ke balai polis (masih tak settle samannya, perlu tunggu surat ke court pulak), kami berjalan di deretan kedai hingga kepada satu cyber/wartel. Sempat mamat black keluar memanggil kami untuk memberi brochure dan mengajak masuk ke kedainya. Rupanya dia ingin menanya samada kami dari Indonesia, No... we're from Malaysia lantas dia memanggil kawannya. Rupanya kawannya pernah bekerja di Penang dan sempat mengatakan bahawa Malaysia, nice country, nice people. Ini bukan pertama kali, pernah di town, kami ditanya oleh Mat Salleh samada kami Malay, bila kami kata ya, terus dia menunjukkan jari thumbs up. Wah, sekurang-kurangnya we feel good after a bad time at the police station.

No comments: