Monday, March 05, 2007

Menulis etc



Aku bukan-lah seorang penulis yang berbakat. Menulis blog ini sebenarnya ialah untuk memberi laluan pada minda untuk berehat sambil menajamkan mata keyboard untuk menulis. Terpaksa membiasakan diri untuk menulis kerana kerja aku selepas ini ialah perlu banyak menulis. Membaca hasil kerja orang lain dan berupaya untuk menyimpulkannya kembali dalam ayat-ayat sendiri. Kelihatan seperti mudah, tetapi sebenarnya adalah payah.

Sabtu baru ini, kami mendapat kiriman handphone melalui Royal mail. Sebenarnya kami telah menempah secara online untuk talian tetap hand phone. Di sini macam-macam offer jika kita mendapatkan talian tetap. Antaranya kita akan mendapat hand phone percuma (pilih saja brand apa yang kita suka) dan juga kita mendapat cashback, (wang tunai selepas beberapa bulan dengan syarat kita menuntutnya). Contoh website yang menyediakan khidmat ini adalah: http://www.e2save.co.uk/. Bayaran bulanan pulak adalah secara pakej cth seperti £30 sebulan.

Dan juga Sabtu baru ini, kami mendapat satu troli dan 4 beg buku-buku. Paling banyak buku kanak-kanak. Thanks to the freecycle. Hampir penuh rak buku kami yang juga didapati dari laman freecycle (tempat orang memberi secara percuma barang-barang yang tidak diperlukan). Owner buku ini ialah seorang bangsa Irish yang bekerja sebagai penjual sayur, dan ini adalah kali kedua kami mendapat buku-buku darinya. Memandangkan kami belum mempunyai kenderaan, kami hanya melayan freecycle di kawasan daerah kami.

Ingin sekali sebenarnya membeli sebuah kereta segera tapi apa-kan daya, belum jumpa yang bersesuaian. Oleh kerana kami ramai, kami perlukan kereta yang 8 atau 7 seater. MPV di sini terhad pilihanya tetapi kalau ingin membeli kereta sangat banyak pilihan. Untuk memiliki Mercedez atau BMW adalah murah dan mudah. Geram juga melihat kereta-kereta tersebut di jalanan. Ikut-kan hati, mahu sahaja dibeli sebuah Mercedez. C class pun boleh-lah..

4 comments:

ummu_naqeebah said...

freecycle tu kan awat bila nak cari item, kat location dah letak sheffield tapi kuar samapi kat US brg2 tuh. saya ni baru nak cuba2 freecycle nih lepas baca blog akak

zlaa said...

Kita kena register jadi member freecycle kawasan dulu. Pergi kat website; http://uk.freecycle.org/, lepas tu kat sebelah kiri klik 'All UK group', then pilih-lah kawasan kita, then klik goto, nanti dia papar yahoo group dia,, kita pilih join the group, login sekali lagi dan bagitahu kenapa kita nak join freecycle. Goreng-lah sikit masa tu. Bagitahu-lah kita student ada anak dan baru pindah ke situ. InsyaAllah, dia orang accept permohonan kita. Selamat mencuba.

ummu_naqeebah said...

i dah join group sheffield tapi x jumpe ruang yang bagitau kena explain nape join. pastu i dah terima email2 taken, offer, wanted.... caner nak respond kalau ada mende2 yang kita minta. just email personally ke caner??

zlaa said...

Ok-lah tu, dah dpt join. So, kalau ada benda for offer, yang kita interested, cepat2 balas e-mel tu personally kata kita berminat nak ambil offer tu. Kalau orang tu bersetuju nak bagi kat kita, insyaAllah dia akan balas suruh pergi collect