Friday, March 02, 2007

Algoritma dan pizza


Rasanya nak termuntah membaca algoritma-algoritma yang ada di dalam buku Search Methodologies yang dibekalkan oleh supervisor. Berbesar hati sungguh mendapat buku ini kerana pengarangnya adalah supervisorku sendiri. Tapi itu-lah, banyak nak kena dihadzam dan dikhatamkan.

Setiap minggu bagi research group kami di adakan seminar di mana setiap seorang dari kami perlu membuat pembentangan. Macam-macam slanga Inggeris dapat di dengar. Minggu ini seorang pelajar dari China, minggu lepas dari Republik Czech. Infact, di dalam ofis ini pun kami dari berbilang negara. Dua dari China, seorang dari Vietnam, Arab, UK sendiri, Belgium dan aku, Malaysia. Alhamdulillah walaupun semua lelaki, mereka sangat friendly dan helpful.

Pagi ni, sibuk sekali Habeebah mencari pakaian yang sesuai untuk aktiviti swimming di sekolah. Zahraa pulak memberi surat dari guru tentang makluman bahawa homework akan diberi pada hari Jumaat dan perlu disubmit pada hari Rabu minggu berikutnya. Juga senarai ayat-ayat (untuk spelling) akan diberi pada Isnin untuk dihafal dan dieja pada hari Jumaat. Wah.., tertib guru-guru di sini, tidak sewenang-wenangnya membuat kerja. Sebelum membuat diberi maklum supaya kita aware akan aktiviti anak-anak di sekolah.

Kami sekarang dah mula pandai mengorder pizza dari kedai-kedai kebab Pakistan yang ada di kawasan kami tinggal. Boleh tahan sedapnya . Offernya jika beli satu, kita akan dapat percuma satu. Kebiasaan harga 7.99 pound dan topping-toppingnya terpulang kepada selera. Maka, apa lagi bermacam-macamlah ragamnya bila memilih topping.

No comments: