Tuesday, March 20, 2007

Rumah

Petang Ahad semalam, Simon, landlord rumah sewa baru kami datang ke rumah. Kami menandatangani tenancy agreement dan bakal masuk ke rumah sewa baru pada 31 March ini. Tak sabar rasanya nak berpindah kerana makin lama kami di sini, makin bertambah koleksi barangan gara-gara hobi mengumpul barangan di car boot. Makin banyak barang bermakna makin sukar nak berpindah nanti.
(atas - rumah sewa baru)

Kami menyenaraikan beberapa keperluan dan Simon bersetuju menggantikan carpet di bilik air dengan yang lebih mudah untuk dimaintain, mengecat living hall, tambahan 3 lagi single bed dan hoover (vacuum cleaner). Rumah sewa baru ini fully furnished dengan 3 bilik tidur, 1 living hall, 1 dining hall, 1 dapur dan 1 bilik air. Lazimnya rumah-rumah di sini hanya ada 1 bilik air. Nampaknya kami perlu membeli satu portable toilet bowl habuan emergency memandangkan kami ramai.

Kami juga belum memberi notis pindah kepada Mr Talib, current landlord. Tak ada maknanya memberi notis sekarang atau semasa nak berpindah nanti, kerana deposit 500 pound = RM 3500 sememangnya akan hangus. Tetapi jika dikira untuk jangka masa panjang, kami masih untung kerana sewa rumah baru hanya 325 pound sebulan berbanding sekarang 500 pound sebulan. (sebelah - rumah sewa sekarang)

10 comments:

faizabelle79 said...

selamat berpindah ke rumah baru..

MULAN said...

salam dari vietnam..

nak tolong pindah2 tu tapi kita jauh sangat la.. happy decorating..

zlaa said...

Faizah,
Thank you. You are welcome to our new house

zlaa said...

Mulan,
Salam dari UK, Barang tak banyak, so senang-lah nak pindah

NaNi said...

akk bila nak tunjuk gbr rumah baru?;-)

zlaa said...

Nani,
Belum pindah, camna nak tunjuk gambar rumah baru. Nanti ye.., bila nak dtg sini?

musaFir said...

akak....selamat tiba ke uk,seronoknya dpt sambung belajar. cantik umah akak
-Raiyan-

ZLAA said...

Raiyanz,
Bukan rumah akak, rumah orang. Rumah sini tak cantik-lah. Kecik2 walaupun banyak tingkat. Cantik lagi rumah2 kita di sana.

NaNi said...

bila nak dtg sana?mmmm..nak je kalau ikutkan hati...heee
berapa lama akk dok sana eh?
ada diskriminasi kaum tak kat sana?

ZLAA said...

Nani,
Sini tak nampak pulak diskriminasi kaum. Ikut tempat kot. So far okay.