Thursday, March 08, 2007

Semut


Phew...lega rasanya lepas jumpa supervisor. Sebelum jumpa, kecut perut. Apa yang perlu direport?, Tak kan asyik-asyik nak bagi tahu masih membaca..., masih membaca... walaupun itu-lah hakikat sebenar.


Sebiji buku lagi hadiah perjumpaan kali ini. Masuk kali ni dah lapan bukunya diberi pinjam. Satu pun tak khatam lagi. Entah bila-lah gamaknya nak habiskan membaca buku-buku tu. Tapi, perjumpaan kali ni menggembirakan. Sekurang-kurangnya ada-lah sedikit direction untuk bergerak ke depan. Belajar dan mengkaji sesuatu mengenai algoritma semut. Mmm...sounds interesting. Pencipta algoritma ini adalah seorang berbangsa Belgium dan alhamdulillah, masih hidup. Dia menjumpai algoritma semut ini semasa membuat pengajian Phdnya pada tahun 1992.

Pagi tadi ada sessi bergambar di sekolah anak-anak. Terpaksa berkejar-kejar untuk bergambar di sekolah kemudian mengejar bas untuk ke universiti. Sekolah di sini main saja banyaknya. Belajarnya sedikit. Ke sekolah hanya membawa satu beg dokumen kecil dan yang penting makanan. Dalam satu kelas bukan hanya ada satu guru tetapi ada seorang dua pembantu guru yang akan membantu pelajar jika mereka lemah di dalam sesuatu subjek.

Kami masih tidak mendengar anak-anak bertutur di dalam bahasa Inggeris seperti anak-anak melayu yang lain di sini. Mereka masih bertutur bahasa Kedah yang pekat tetapi pada suatu tengah malam semasa suami memberi Khadijah (6 tahun) susu di dalam botol (dia masih minum susu botol!), dalam lena dia mengucapkan "thank you". Well, that's good. At least ada improvement.

No comments: