Monday, April 30, 2007

Thursday, April 26, 2007


Yesterday’s problem is still a problem. Program tak jalan. Tak ada error but just not producing expected result.

Pagi ni, buat appointment jumpa Nam Pan, a Vietnamese guy. Masih muda, baru 21 tahun tapi terror. Straight dari first degree terus buat Phd dan baru beberapa bulan kat sini. Dah siap 2 experimen. Ant Algo dan Genetic Algo. Seronok berbual dengan Nam Pan. Rasanya seronok juga kalau dia jadi second supervisor. Very knowlegable. Apa tak-nya, dia dah buat semua benda ni since high school di Vietnam. Patut-lah kacang all these algorithm for him.

The problem with this research group is that it is too well established. People pursuing their studies here are supposed to know all the basic thing. So, bulan pertama sudah perlu tahu domain apa-kah yang akan di beri tumpuan. Tidak ada istilah ‘still reading’. The supervisors here just want to know ‘what’s your result and what have you been doing?’.

Pagi-pagi while driving to University, often buka BBC Radio. The radios here are quite naughty. Selalunya ada sembang-sembang macam radio kita di Malaysia. Kadang-kadang game-nya adalah meneka umur-umur selebriti. Too bad, if you are still young but people are guessing you are 10 or 15 years older. Sebagai contoh, berapakah umur Erra Fazira? Malang jika di teka umurnya 43 tahun, umur Ziana Zain? Mungkin 48 tahun. Tentu menangis Erra Fazira dan Ziana Zain mendengar jawapan ini.

One of the day, when the radio announced the death of Boris Yeltzin (ex-president of Russia), along with describing his personality, they also mentioned that Boris Yeltzin is an alcoholic. In fact, they played a tape of him being drunk on air together with the announcement.

Hari ini, sudah jemu mendengar sembang-sembang di BBC Radio, terus jari menekan butang searching channel radio yang lain. I found something nice. Berita-berita pendek dari bumi UK di udara-kan together with some soothing background music. A Bollywood music and after that a Bollywood song. Very relaxing indeed.

Wednesday, April 25, 2007

Tension


Tension...program tak jalan..

Di UK ketika ini adalah musim bunga. Cuaca sudah mula panas sedikit. Di dalam ofis ini mula terasa sedikit panas sehingga ada di antara kami yang mula membuka tingkap. Tapi, bagi kita yang dari Malaysia ini masih rasa sejuk. Maklum-lah kulit orang Malaysia.

John di depan mula merungut kenapa masih terasa panas. Jason pula menjawab mungkin sebab bilik ofis kami full house (8 orang). So, kata John mungkin ini a good reason bagi dia untuk balik dan bekerja dari rumah.

Tetapi, jangan harap-lah. Bagi kami di research group ini agak strict peraturannya. Walaupun tak tertulis perlu datang ofis setiap hari tapi kami seolah-olah faham bahawa kami perlu datang ke ofis. Apa tidaknya, kadang-kadang tanpa memberi notis, supervisor datang mencari. Sebenarnya masih ramai pelajar Phd membuat kerja dari rumah. Dengan kemudahan Internet, prasarana yang mungkin kondusif untuk belajar di rumah memungkinkan kerja-kerja lebih selesa dilakukan di rumah.

Sesetengah pelajar terutama pelajar yang perlu berada di makmal khabarnya lagi hebat peraturan keberadaan mereka. Sesetengah perlu berada di makmal 7 pagi hingga ke 7 atau 9 malam. From time to time, supervisor akan datang periksa. Jenuh jugak.

As for me, this month supervisor tidak berada di sini. Khabarnya honeymoon perkahwinan kali ke dua ke Hawaii. Jumaat lepas, ada dia menjengok ke ofis sekejap dan dalam masa itu, sempat menjengok kami. Nasib baik petang Jumaat tu masih berada di ofis…

Dan Jumaat ni, ada meeting dengan supervisor. Tension…

Friday, April 20, 2007

Persekolahan anak-anak


Persekolahan anak-anak di sini berjalan lancar. Hasif (3 tahun) juga sudah stabil persekolahannya (nursery school). Dia okay pada minggu pertama di nursery tetapi masuk minggu kedua sudah menangis meraung!. Tetapi, alhamdulillah setelah dipujuk dan diberi perhatian 'extra' oleh gurunya, dia okay kembali hingga ke hari ini. Gurunya meriba dia sambil mengajar dan melayan kanak-kanak lain di nursery itu.

Anak-anak yang lain, Alhamdulillah tidak banyak masalah. Khadijah (6 tahun) sudah Year 1 di sini. Zahraa, Year 4 dan Habeebah Year 6. Kadang-kadang memang mix-up year berapa-kah sebenarnya anak-anak ni kerana di M'sia lain dan di sini lain. Di tambah pulak mereka ramai. I have to take some time to compute actually what year they are here.

Semalam Habeebah mengadu dia memberitahu gurunya, Mr Holtham agar tidak menyentuhnya. "You're not allowed to touch me". Well, as a mother risau juga akan respon Mr Holtham terhadap Habeebah, tetapi Habeebah memberitahu Mr Holtham mengatakan "Sorry". Mr Holtham ni agak tua, 56 tahun tapi segak bergaya. Caring tetapi agak garang.

Iman dan Qutub di Secondary School terpaksa memasuki kelas drama. Semasa pendaftaran, guru kanan menyakinkan kami bahawa dia akan memberitahu guru drama mereka bahawa mereka tidak akan dibenarkan memegang lelaki/perempuan. Iman, satu-satunya murid perempuan Islam di sekolah tersebut bercerita semasa P.E. (physical education), dia memberitahu guru senaman bahawa dia tidak boleh membuka tudung dan guru tersebut seakan sebak dan berkata dia tidak akan sesekali menyuruh Iman membuka tudung. Alhamdulillah, setakat ini belum ada yang kurang menyenangkan tentang persekolahan aanak-anak di sini.

Thursday, April 19, 2007

Invigilation


Semalam menghadiri interview invigilator di main building. Sengaja memohon kerana kebanyakan rakan-rakan sepengajian juga memohon untuk menjadi pengawas peperiksaan. Tawaran mengawas hanya kepada post-graduate dan untuk satu jam mengawas kami akan dibayar £6.00 termasuk setengah jam mengambil kertas peperiksaan dan setengah jam megutip kertas peperiksaan.

Interview dijalankan secara tidak formal di mana soalan-soalan yang ditanya adalah mengapa ingin memohon untuk menjadi invigilator, jawapannya sudah pasti-lah ingin duit poket lebih dan lain-lain soalan adalah apa yang akan dilakukan jika kertas soalan yang ada adalah kertas soalan yang tidak betul dan apa perlu dibuat jika pelajar meniru. Sebaik sahaja menjawab soalan-soalan tersebut, terus sahaja Sandra (interviewer) megatakan “You got the job”. Wah..bestnya... Peperiksaan undergraduate di sini berlansung selama 3 minggu dan maksimum mengawas yang diberikan adalah 20 jam seminggu. Terpulang kepada pengawas untuk memilih berapa jam yang diinginkan untuk mengawas. I don’t think I will invigilate for 20 hours per week.

Sebelum pergi ke interview semalam, sempat juga menelaah peraturan-peraturan exam di University ini. Basically ianya sama seperti mana pengawasan peperiksaan di tempat kita. Cuma yang bezanya adalah di sini student dibenarkan untuk membawa makanan dan minuman ke dalam exam hall as long as tidak menganggu student yang lain.

Tuesday, April 17, 2007


Semasa dalam perjalanan ke supermarket ASDA petang semalam, riuh rendah bunyi siren kereta polis masuk ke jalan rumah kami. Di sini sudah menjadi perkara biasa jika kita melihat betapa kelam kabutnya polis-polis termasuk kereta bersirennya ke hulu ke hilir. Baru-baru ini, dua kereta polis bersiren datang ke kawasan kami. Rupanya ada kecurian basikal…

Mat-mat dan minah-minah Saleh di sini kalau bergaya memang hebat. Polis dengan pakaian seragam yang lengkap (gerun kalau berhadapan) , dan hingga kepada penjual dagingnya dengan pakaian butcher (seperti kot putih doktor-doktor). Dan oleh kerana musim bunga sudah muncul maka bermacam-macam gaya dapat dilihat. Kereta-kereta sport tidak berbumbung sudah mula kelihatan menjalar di jalan raya.

Tengahari semalam mendapat panggilan mengejutkan dari sekolah Henry Mellish. Kata mereka ‘Muhammad is not at school’. Panik juga sebab seawal 7.45 pagi, Qutub dan Iman berjalan ke stesen tram. Kemudian membuat call ke handphone mereka dan Qutub mangatakan dia masih di sekolah dan memberitahu sekolah telah mix-up ‘Muhammad’. Bila dia ke reception untuk report kehadiran, reception terus ‘interview’ apa kelas-kelas yang telah dihadiri. Di sini, jika tidak hadir walau sehari, kita perlu menelefon sekolah atau tidak, kita yang akan di telefon.

Tuesday, April 03, 2007

Phd..


Petang ini sayu melihat teman seofis, Kamil, seorang Arab Peranchis melangkah longlai masuk ke dalam ofis. Selalunya, bengang juga pada si Kamil ini kerana tabiatnya tidak suka menutup pintu dan agak sombong berbanding rakan-rakan yang lain. Hari ini, dia bermuram. Semalam kami semua agak panik melihat dia 'give up' dan mengatakan ingin quit, iaitu berhenti melakukan apa yang sedang dilakukan sekarang setelah hampir 4 tahun . Ya, ini-lah dunia Phd.

Being in your own world, loneliness, full of stress and tense but yet people still wanting to do it. Sesetengah menulis dengan air mata, berhenti separuh jalan, pencarian yang tiada hujungnya dan seribu satu masalah.


A PhD degree means different things to different people.

1. A terminal degree
2. A license to teach
3. A license to do research
4. Validation of intellectual ability
5. A research apprenticeship


So: Why Get a PhD ?

• Higher salary - sorry..
• To teach - Okay
• To do research - okay..
• For Mom - won't work
• To prove yourself - not worth it
• To be a manager - not worth it
• To avoid the real world - terrible reason ..
Some people says: What Does it Take for a Phd?
• Intelligence
• Ability to communicate
• Perseverance (stubbornness?)
• Creativity
• Hard work
• Time management
• Ability to handle stress
• Luck

Monday, April 02, 2007

Jeremy Kyle


Pagi tadi menonton Jeremy Kyle Show sementara bersiap ke Universiti. Agak menggerunkan bila menonton talk show ini. Terlalu open dan sangat tidak sesuai jika ditonton bersama keluarga apatah lagi ditayangkan pada siang hari, di sebelah pagi. Tetapi itu-lah hakikatnya tinggal di UK ini. Semuanya kerana berkonsepkan 'open'.


Isu pagi ini adalah mengenai bagaimana seorang ibu menuduh bekas suaminya merosakkan anak gadisnya, sedangkan si ibu secara terbuka minum arak, mangambil dadah di hadapan anak gadis itu. Tetamu show adalah ibu, bekas suami dan anak gadis. Mereka membuat pengakuan terbuka, dan Jeremy Kyle cuba untuk menyelesaikan masalah famili ini. Isu kedua adalah di mana seorang gadis 18 tahun tinggal bersama lelaki 37 tahun dan menghadapi masalah di mana lelaki tersebut juga tidur bersama dengan salah seorang ahli keluarganya. Gerun bukan?

So, this is UK. The Jeremy Kyle Show, already Britain’s most loved, watched and talked about talk show. His new show on ITV1 deals with family and relationship issues, as well as taking a look at the every day conflicts that affect human lives. His often aggressive manner with guests has been the source of both popularity and criticism. He is seemingly unafraid of reprisal from his guests, believing that speaking his mind is better than holding his peace, often openly proclaiming them to be 'scum'.

Guests sometimes take offence at Kyle's comments, one guest even attempting to throw a chair at him, but he often justifies his criticism by claiming that he only wants to help them. Some guests believe Kyle to be too arrogant. Kyle recently claimed on air that his show was watched by 1.8 million viewers, a very high figure for a daytime chat show.