Wednesday, April 25, 2007


Di UK ketika ini adalah musim bunga. Cuaca sudah mula panas sedikit. Di dalam ofis ini mula terasa sedikit panas sehingga ada di antara kami yang mula membuka tingkap. Tapi, bagi kita yang dari Malaysia ini masih rasa sejuk. Maklum-lah kulit orang Malaysia.

John di depan mula merungut kenapa masih terasa panas. Jason pula menjawab mungkin sebab bilik ofis kami full house (8 orang). So, kata John mungkin ini a good reason bagi dia untuk balik dan bekerja dari rumah.

Tetapi, jangan harap-lah. Bagi kami di research group ini agak strict peraturannya. Walaupun tak tertulis perlu datang ofis setiap hari tapi kami seolah-olah faham bahawa kami perlu datang ke ofis. Apa tidaknya, kadang-kadang tanpa memberi notis, supervisor datang mencari. Sebenarnya masih ramai pelajar Phd membuat kerja dari rumah. Dengan kemudahan Internet, prasarana yang mungkin kondusif untuk belajar di rumah memungkinkan kerja-kerja lebih selesa dilakukan di rumah.

Sesetengah pelajar terutama pelajar yang perlu berada di makmal khabarnya lagi hebat peraturan keberadaan mereka. Sesetengah perlu berada di makmal 7 pagi hingga ke 7 atau 9 malam. From time to time, supervisor akan datang periksa. Jenuh jugak.

As for me, this month supervisor tidak berada di sini. Khabarnya honeymoon perkahwinan kali ke dua ke Hawaii. Jumaat lepas, ada dia menjengok ke ofis sekejap dan dalam masa itu, sempat menjengok kami. Nasib baik petang Jumaat tu masih berada di ofis…

Dan Jumaat ni, ada meeting dengan supervisor. Tension…

No comments: