Thursday, April 19, 2007

Invigilation


Semalam menghadiri interview invigilator di main building. Sengaja memohon kerana kebanyakan rakan-rakan sepengajian juga memohon untuk menjadi pengawas peperiksaan. Tawaran mengawas hanya kepada post-graduate dan untuk satu jam mengawas kami akan dibayar £6.00 termasuk setengah jam mengambil kertas peperiksaan dan setengah jam megutip kertas peperiksaan.

Interview dijalankan secara tidak formal di mana soalan-soalan yang ditanya adalah mengapa ingin memohon untuk menjadi invigilator, jawapannya sudah pasti-lah ingin duit poket lebih dan lain-lain soalan adalah apa yang akan dilakukan jika kertas soalan yang ada adalah kertas soalan yang tidak betul dan apa perlu dibuat jika pelajar meniru. Sebaik sahaja menjawab soalan-soalan tersebut, terus sahaja Sandra (interviewer) megatakan “You got the job”. Wah..bestnya... Peperiksaan undergraduate di sini berlansung selama 3 minggu dan maksimum mengawas yang diberikan adalah 20 jam seminggu. Terpulang kepada pengawas untuk memilih berapa jam yang diinginkan untuk mengawas. I don’t think I will invigilate for 20 hours per week.

Sebelum pergi ke interview semalam, sempat juga menelaah peraturan-peraturan exam di University ini. Basically ianya sama seperti mana pengawasan peperiksaan di tempat kita. Cuma yang bezanya adalah di sini student dibenarkan untuk membawa makanan dan minuman ke dalam exam hall as long as tidak menganggu student yang lain.

6 comments:

mmj said...

wah...best ye leh dpt duit poket lebih sket. byk jugak dia kasik per hour ye...

Arif a.k.a Idham said...

:) duittttttttttttttttttttt, seronok dapat duit....

enjoy!

idham

NaNi said...

salam kak ila

dah bertukar warna blog akk...:-)
so akk dah start ke dengan tugas baru akk?

ada efek tak student U situ lepas kejadian kat Virginia Tech?

ZLAA said...

mmj,
Best dpt duit poket. Byk juga tapi khabarnya ada sesetengah term dapat sampai £10 sejam. Ni nak cuba dulu, kalau okay boleh proceed invigilate lagi. Kalau tak, takat ni je lah dulu.

Idham,
TQ. You bet..memang seronok dapat duit

Nani,
Kena tukar environment sikit. Dah jemu color lama. Belum start tugas baru. Tgh bulan May baru mula.

Student sini tak de efek kes kat US tu tapi TV di sini ada efek. Suka sungguh dia org dgn kejadian tu. Pagi ptg tak de cerita lain. Sampai hantar org ke sana buat liputan live.

musaFir said...

wah,bestnya...sambil exam leh makan.hehe.
-raiyan-

ZLAA said...

Musafir,

Di sini relax habis. Student lelaki rambut panjang ke bahu pun tak apa. Masa matahari ada, berjemur dengan bra di dalam kawasan universiti pun boleh... Dugaan..