Friday, April 20, 2007

Persekolahan anak-anak


Persekolahan anak-anak di sini berjalan lancar. Hasif (3 tahun) juga sudah stabil persekolahannya (nursery school). Dia okay pada minggu pertama di nursery tetapi masuk minggu kedua sudah menangis meraung!. Tetapi, alhamdulillah setelah dipujuk dan diberi perhatian 'extra' oleh gurunya, dia okay kembali hingga ke hari ini. Gurunya meriba dia sambil mengajar dan melayan kanak-kanak lain di nursery itu.

Anak-anak yang lain, Alhamdulillah tidak banyak masalah. Khadijah (6 tahun) sudah Year 1 di sini. Zahraa, Year 4 dan Habeebah Year 6. Kadang-kadang memang mix-up year berapa-kah sebenarnya anak-anak ni kerana di M'sia lain dan di sini lain. Di tambah pulak mereka ramai. I have to take some time to compute actually what year they are here.

Semalam Habeebah mengadu dia memberitahu gurunya, Mr Holtham agar tidak menyentuhnya. "You're not allowed to touch me". Well, as a mother risau juga akan respon Mr Holtham terhadap Habeebah, tetapi Habeebah memberitahu Mr Holtham mengatakan "Sorry". Mr Holtham ni agak tua, 56 tahun tapi segak bergaya. Caring tetapi agak garang.

Iman dan Qutub di Secondary School terpaksa memasuki kelas drama. Semasa pendaftaran, guru kanan menyakinkan kami bahawa dia akan memberitahu guru drama mereka bahawa mereka tidak akan dibenarkan memegang lelaki/perempuan. Iman, satu-satunya murid perempuan Islam di sekolah tersebut bercerita semasa P.E. (physical education), dia memberitahu guru senaman bahawa dia tidak boleh membuka tudung dan guru tersebut seakan sebak dan berkata dia tidak akan sesekali menyuruh Iman membuka tudung. Alhamdulillah, setakat ini belum ada yang kurang menyenangkan tentang persekolahan aanak-anak di sini.

8 comments:

loveujordan said...

wah cantik rumah baru ni....

bagus anak-anak you, kecil lagi dah dididik agar menjaga aurat, itulah yang terbaiknya ...

well done zlaa !!

KAMATO said...

Pernah merasa pengalaman seperti you ini semasa di plymouth dulu

mmj said...

syukur diorang faham kan. kalu x susah jugak ye. yang tak fhm tu kdg2 mcm2 yang di katanya...cabaran di tempat org kan...

NaNi said...

salam kak ila

anak2 akak dah well verse ke dalam BI?best la kan..tak yah susah2 nak ngajar or masukkan ke kelas BI..:-)

tak sangka ada juga cikgu non Muslim memahami..selama yang kite dengar dari media..banyak kes x bagi pakai tudung.....
alhamdulillah sekolah and persekitaran family akk diami memahami masyarakat Muslim....

MULAN said...

senang kan kalau didik dari kecik, jaga aurat dan pergaulan. harap anak2 saya pun camtu...

ZLAA said...

Loveujordan,

Terima kasih. Rumah baru pakai template yang ada aje.

Kamato,

Di sini, Alhamdulillah guru-guru sekolah anak2 faham yang perempuan muslim perlu pakai tudung


mmj,

Betul, banyak cabaran tinggal di tempat orang.

Nani,

Anak-anak belum fasih lagi. Sikit-sikit boleh-lah.

faizabelle79 said...

zlaa...Alhamdulillah cikgu tu faham pasal pelajar muslimkan..anak saya Wafeeq juga diambil berat tentang makanan halal di sekolah..oh.ye..cantik templet baru ni..hampir x perasan saya blog ini..

ZLAA said...

faizabelle,
So far okay-la. Anak-anak enjoy sekolah di sini. Ya-lah banyak relax. Mana tak suka..