Tuesday, April 17, 2007


Semasa dalam perjalanan ke supermarket ASDA petang semalam, riuh rendah bunyi siren kereta polis masuk ke jalan rumah kami. Di sini sudah menjadi perkara biasa jika kita melihat betapa kelam kabutnya polis-polis termasuk kereta bersirennya ke hulu ke hilir. Baru-baru ini, dua kereta polis bersiren datang ke kawasan kami. Rupanya ada kecurian basikal…

Mat-mat dan minah-minah Saleh di sini kalau bergaya memang hebat. Polis dengan pakaian seragam yang lengkap (gerun kalau berhadapan) , dan hingga kepada penjual dagingnya dengan pakaian butcher (seperti kot putih doktor-doktor). Dan oleh kerana musim bunga sudah muncul maka bermacam-macam gaya dapat dilihat. Kereta-kereta sport tidak berbumbung sudah mula kelihatan menjalar di jalan raya.

Tengahari semalam mendapat panggilan mengejutkan dari sekolah Henry Mellish. Kata mereka ‘Muhammad is not at school’. Panik juga sebab seawal 7.45 pagi, Qutub dan Iman berjalan ke stesen tram. Kemudian membuat call ke handphone mereka dan Qutub mangatakan dia masih di sekolah dan memberitahu sekolah telah mix-up ‘Muhammad’. Bila dia ke reception untuk report kehadiran, reception terus ‘interview’ apa kelas-kelas yang telah dihadiri. Di sini, jika tidak hadir walau sehari, kita perlu menelefon sekolah atau tidak, kita yang akan di telefon.

No comments: