Monday, May 28, 2007

Chocolate



Hari ini gelisah kerana esok bakal bertemu lagi dengan supervisor. Seawal pagi, sudah bangun dan 'on' PC. Tetapi, selepas 2, 3 jam sudah buntu. Apabila buntu, sudah tidak kuasa berfikir maka blog ini akan sekali lagi menerima bahan. I have to distract my mind from thinking, so that I will not be too bored with the problem.

Baru-baru ini kecoh tentang beberapa cokelat, best-selling UK chocolate bars such as Mars and Twix, no longer suitable for the vegetarians. Lain-lain produk terlibat adalah Snickers and Maltesers. Owner Masterfoods said it had started to use animal product rennet to make its chocolate products. Snickers used to be one of my favourite chocolate bars.

Masterfoods said it had started using rennet from 1 May and non-affected products had a "best before date" up to 1 October. Rennet, a chemical sourced from calves' stomachs, is used in the production of whey. It will now also be found in Bounty, Minstrels and Milky Way products, and the ice cream versions of all Masterfoods' bars.

Tetapi pada 20 May baru-baru ini, Mars has abandoned plans to use animal products in its chocolate, and has apologised to "upset" vegetarians. Langkah ini diambil setelah lebih dari 6000 orang pengamal permakananan 'vegetarian' mengasak syarikat tersebut melalui telefon dan e-mel. Seramai lebih 40 ahli parlimen juga membantah akan tindakan Mars UK. Maka, akhirnya Fiona Dawson, managing director of Mars UK, said the company had listened to customers and decided to reverse its decision.

"The consumer is our boss and we had lots of feedback from consumers who were unhappy about the change," Ms Dawson said. "It became very clear, very quickly that we had made a mistake, for which I am sorry". "There are three million vegetarians in the UK and not only did we disappoint them, but we upset a lot of the consumers."

Tetapi, jikalau bantahan tersebut adalah dari umat Islam, Would they CARE??

Sunday, May 27, 2007

Coventry


Minggu ini sekali lagi Isnin menjadi cuti umum (bank holiday). Seronok bukan main kerana dapat-lah kami berehat panjang. Maka, Sabtu semalam kami mengatur rancangan membalas kunjugan ke rumah kawan sepersekolahan suami di Coventry. Perjalanan lebih kurang 1.45 jam. Merentasi motorway M1 (seumpama lebuhraya PLUS di tempat kita). Kiri kanan highway tidak ubah seperti di tempat kita. Cuma beberapa perbezaan yang dapat di kesan. Antaranya:

i. tidak ada tol

ii. walaupun kami berada di atas highway lebih kurang 12.00 tghari, cuacanya adalah seperti di dalam air-cond 16 degree celcius.

ii. sepanjang perjalanan banyak sekali caravan bergerak atau kereta-kereta menarik berth untuk bercuti.

Coventry merupakan sebuah bandar di dalam daerah West Midlands di England. Terdapat 2 universiti terkemuka di daerah ini iaitu Coventry University dan University of Warwick. We did some shopping di dalam gedung membeli belah Tesco di mana kami masuk ke dalam sebuah kedai menjual barangan makanan Asian.

Memborong 2 botol besar kicap manis habhal (1.70 GBP sebotol), Ayam brand sardine, bihun laksa, seruk-serbuk kari Adabi, sotong beku dan yang paling istimewa 2 tin kecil Ayam brand petai in brine (di dalam air garam) di mana setin kecil berharga 85 pence.

Tuesday, May 22, 2007

Invigilation at last..


Invigilation exam dah bermula. I had to invigilate for 9 times. Kalau kat tempat kerja lama sudah pasti akan membebel jika diberi tugas menjaga exam sehingga 9 kali!! Tetapi, sebenarnya invigilation here is not that bad. Di sini lebih interesting kerana invigilator2nya adalah dari pelbagai bangsa. Dapat berkenal-kenalan. Tadi invigilate bersama seorang Arab dari Egypt. Walaupun kami tidak boleh bersembang kerana dikhuatiri mengganggu pelajar, kami hanya berbual melalui kertas. Minggu lepas dapat berkenal dengan seorang bangsa Arab juga yang berasal dari Palestin dan dia menceritakan tentang kebiadapan Israel terhadap tanah air mereka.

On the other side of the story, hati sudah berbunga memikirkan GBP yang akan didapati hasil usaha invigilation ini tapi agak malang sebab baru-baru ini keretaku sudah melanggar belakang sebuah kereta Toyota Yaris baru. Melayang 387 pound. Insuran hanya akan cover sedikit sahaja. Mmm... letih juga-lah..

Wednesday, May 16, 2007

Negara maju


Dahulu, selalu membayangkan bagaimana agaknya tinggal di sebuah negara maju? Bagaimanakah kehidupan dan bezanya dengan negara kita yang di label sebagai sebuah negara membangun?

Setelah hampir 5 bulan, sedikit sebanyak cuba meneliti apakah perbezaannya. Entah-lah rasanya serupa sahaja. Maklum-lah kita bukan seorang penganalisis sosial mahupun dari bidang-bidang yang sebegitu. Cuma yang dapat dilihat mungkin dari gaya hidup masyarakat di sini.

Tersentuh melihat bagaimana orang kurang upaya/istimewa, orang-orang tua begitu independant sekali. Paling ketara melihat mereka membeli-belah sendirian. Dengan kerusi roda bermotor/skuter khas mereka begitu selesa melakukan rutin outing sendirian tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Kadang-kadang melihat ada yang mengeluarkan wang sendirian di ATM. Hebat mereka di sini.

Mungkin sebab mereka di beri layanan istimewa di mana semua laluan pejalan kaki menyediakan laluan yang memang sesuai untuk kenderaan mereka. In fact bas dan tram dibina rendah untuk memudahkan mereka menaikinya. Baru-lah terasa mengapa istilah special needs atau golongan istimewa di berikan kepada mereka kerana di sini memang mereka di sediakan kemudahan istimewa. Tetapi ada juga adegan yang tidak sanggup di lihat, seorang tua bertongkat berjalan terhenjut-henjut keluar dari 'licenced adult shop'.

Negara maju, semua urusan di 'online-kan'. Membeli tiket bas atau tram lebih murah jika diperbaharui secara on-line, membeli lesen TV - online, membeli barangan- online dan macam-macam urusan lagi dilakukan melalui Internet. In fact semasa memohon universiti dulupun semua urusan adalah secara on-line. Begitu mudah dan effisien sekali dari segi ongkosnya.

Bercuti di sini (kami belum bercuti ke mana-mana lagi) bukan hanya bagi orang-orang yang mampu. Sesiapa sahaja boleh bercuti kerana untuk bercuti di pusat-pusat percutian adalah murah terutama jika ada special offers. Semurah 50 pound untuk seminggu ada disediakan. Pendek kata terpulang kepada kita untuk rajin melayan 'bercuti' atau tidak.

Main golf? Juga tidak khusus bagi golongan mewah. Sesiapa sahaja boleh bermain golf di sini. Set golf? Berlambak di car boot dengan harga yang cukup murah. Bagi jenama biasa sebatang kayu golf boleh dibeli dengan harga cuma 1 atau 2 pound. Dan bagi set golf yang elok mungkin boleh didapati dengan harga 30-40 pound. Bermain di driving range, yurannya hanya 4.50 pound. Maka, rebut-lah peluang bermain golf di sini kerana belum tentu pulang ke tanah air dapat merasainya. Mungkin hanya berpeluang lalu sahaja di luar padang-padang golf. Untuk melihat padang golf pun mungkin sukar kerana di tutup dengan tembok tebal..

Memiliki kereta mewah menjadikan impian menjadi nyata. Sebut sahaja kereta apa yang ingin dimiliki. Mercedez, BMW, apa sahaja boleh asalkan kereta terpakai. Di sini kereta terpakai murah. Tetapi yang dapat dilihat di sini kebanyakan Mat Saleh tidak begitu beria memiliki kereta-kereta mewah. Mostly memiliki Vauxhall (Opel) atau kereta-kereta biasa. Dekan kami hanya menaiki vauxhall lama ke universiti. Seorang pensyarah kanan hanya berbasikal sedangkan ada kalangan muridnya menaiki Mercedez besar menjalar.

Sebenarnya banyak lagi yang dapat diperhatikan perbezaan gaya hidup di sini. Mungkin di lain kali akan menulis lagi tentang gaya hidup masyarakat sebuah negara maju ini..

Sunday, May 13, 2007

Happy Mothers Day

Happy Mothers Day to all mothers in the world especially to my mother

Wednesday, May 09, 2007

Kehilangan

Hari ini sekali lagi menerima berita seorang lagi sepupu meninggal. Beberapa minggu yang lepas, seorang sepupu sudah meninggal.

Sedih sungguh rasanya. Baru terasa kehilangan. Masa berada tidak selalu berjumpa tetapi bila kehilangan mula terasa kenapa kita tidak bertemu selalu...

Episod kehilangan saudara bermula dengan abang sepupu di 2004, lepas itu satu demi satu menyusul. Kakak sepupu, abang sepupu, ibu saudara dan adik-adik sepupu. Ya Allah, ampuni-lah mereka, cucuri-lah rahmat ke atas roh mereka.

A Tribute to one of my cousin brother (2004, Derang, Kedah):

Syeikh Niamat Yusuf:

'Hidup ini sangat memerlukan satu uswah untuk kita jejaki dan jalani kehidupan seperti yang kita inginkan dan uswah yang terbina dalam diri ini tidak datangnya begitu sahaja terbang di angin, tetapi melalui proses panjang bermula dari menjadi murid kemudian diikuti dengan musohabah, mujalasah, musyawarah, muamalah dan attaassi bihi (menjadikannya sebagai uswah). Inilah yang melekat dalam diri ini dan menjadi panduan dalam menempuhi jatuh bangun hayat dan perjalanan dakwah yang didukung selama ini.'

Buku ini diusahakan oleh Ismail Hashim untuk memberi penghormatan dan sanjungan terhadap seorang ulama yang telah membawa sinar harapan sangat cemerlang kepada anak bangsa Melayu di negara Malaysia tercinta ini. Menceburi bidang pendidikan dengan memberikan pengajaran tanpa memikirkan apa-apa ganjaran duniawi.

Beliau telah melakukan satu usaha besar dalam merubah salah tanggapan masyarakat. Baginya, dengan ilmu Islam yang jujur dan ikhlas boleh membawa kebahagiaan yang berpanjangan kepada umat Islam dari dunia ini membawalah kepada Negara Akhirat.

Kerana itu, penghormatan yang paling tinggi kita serahkan terhadap Allah swt. dengan harapan Al-Marhum Ustaz Niamat akan mendapati ganjaran paling wajar dari-Nya. Sesungguhnya pengorbanan yang sangat besar telah disempurnakannya sepanjang perjalanan kehidupan dan perjuangannya dalam usaha menegakkan kebenaran Islami.

Tidak ramai yang boleh melakukan kerja-kerja berat sebegitu jika tidak mempunyai persiapan minda, fizikal dan ruhiah yang mantap. Fenomena kekuatan itulah yang perlu kita persiapkan bagi membolehkan kita tegap dan teguh untuk berjuang dalam gelanggang merentas malapetaka puaka umat ini yang seperti terus mempusakai kedegilan penjajah.

Meskipun mereka merasakan diri telah mencapai kemerdekaan tetapi apakah benar mereka telah merdeka sepenuhnya? Atau sekadar menukarkan nama penjajah sahaja? Inilah bekalan perjuangan yang perlu kita bangkitkan segera dan mengutipinya dari usaha kita mengenang semula jasa Al-Marhum Syeikh Niamat yang telah setahun meninggalkan kita.

Al Fatihah..

Monday, May 07, 2007

Bank holiday


Hari ini 7 May, Isnin, adalah merupakan cuti umum, bank holiday. Cuti umum di sini normally disebut bank holiday. Cuti umum sempena apa entah-lah.

Weekend minggu ini sangat padat aktivitinya. Ditambah pulak dengan kekalutan perlu berjumpa supervisor esok. Baru sahaja bertemu supervisor Rabu lepas, selasa esok kena jumpa lagi. Entah apa yang akan direport-kan pun tak tahu-lah.

Bermula Sabtu malam, BBQ di rumah kawan di Burford Road bagi meraikan 2 orang sahabat yang akan pulang ke Malaysia. Riuh rendah masing-masing bercerita tentang masalah belajar. Seorang sahabat akan pulang dengan kepala yang tenang, manakala seorang lagi akan pulang tetapi masih bertarung menyiapkan proses 'writing-up'.

Kami menanyakan Dr As (sahabat yang tamat Phd) akan tips untuk lulus pengajian. Katanya restu suami....

Semalam pula, seorang sahabat membuat jamuan makan meraikan sahabat-sahabat seperjuangan. Juadahnya nasi beriani.

Dan hari ini, satu lagi BBQ di Noel Street khas untuk kaum ibu dan anak-anak. Makan lagi, dan projek mentelaah tertangguh lagi..

Friday, May 04, 2007

MP3 player



Sejak datang ke sini, Qutub kept pastering me to buy MP3 player. Ragamnya di sini pelajar sekolah menengah memasang MP3 di telinga, terutama jika menaiki tram ke sekolah. Dia menyakinkan bahawa yang akan di download hanya-lah nasyid dan surah-surah Al Quran.

Semalam ke Asda, ada MP3 sale, hanya 5 pound bagi MP3 256 MB. Untuk menghabiskan stok. Lantas, memilih untuk membeli 2 MP3 buat Iman dan Qutub. Bila balik, Qutub nak dengar lagu apa? Crazy frogs etc..., Oopss, where have all the words gone? I thought you're going to listen to nasyid and Surahs only??

At last, mereka hanya download nasyid dan surah from the Internet. After all, that's what they have been saying... I did not say that.. Anak-anak..

Gertty


Sudah 2 hari si Gerrtt, rakan seofis berbangsa Belgium asyik bertanyakan keadaan anak-anak di rumah. Dia baru mengetahui bahawa aku seorang ibu beranak enam. Jawabku pada Gerrtt, adalah sesuatu yang biasa bagi Malaysian mempunyai anak yang ramai. Dia tidak dapat membayangkan hidupnya mempunyai anak sepanjang hayat.

Dia tidak percaya kepada perkahwinan. Tinggal bersama teman wanita berbangsa Austria dan tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin. Bagi Gerrtt, tentu aku tidak mempunyai masa untuk diri sendiri. Gerrtt ingin enjoy, mengelilingi dunia selepas tamat PhD bersama-sama teman wanitanya. Dan yang penting, dia inginkan kebebasan.

Aku bertanya-kan agama apakah yang dia anuti, is it Christian? Yes. Well, I'm a Muslim, my religion do not permit man and woman to stay together without marriage. Gerrtt mengakui agama Kristian juga tidak membenarkan living together lantas mengatakan yang dia tidak praktis Kristian. Rupanya bagi bangsa Eropah kini ramai yang tidak percaya kepada institusi perkahwinan. Malang bagi wanitanya. Jika dia mempunyai anak hasil dari hubungan tinggal bersama dan ditakdirkan hubungan itu tidak kekal, milik siapakah anak itu dan siapakah yang akan bertanggungjawab membesarkannya? Semudah itu mereka tidak dapat menilai kesannya. Yang mereka inginkan hanya-lah memuaskan nafsu masing-masing.

Thursday, May 03, 2007

Makan-makan


Pagi-pagi menyiapkan anak-anak ke sekolah memang kalut. Tambahan semua anak-anak perlu membawa bekal ke sekolah. Sekolah menengah bermula se awal 8.30 pagi, untuk kelas bahasa Inggeris bagi non-English speaking pupils. Sekolah rendah bermula jam 9.00 am - 3.30 pm.

Bekal ke sekolah would be roti pita inti chicken kimma (daging ayam cincang), nasi lemak, roti canai segera, roti bakar, sandwich telur, sandwich tuna or makaroni goreng. Sometimes memang buntu memikirkan bekal dan juga menu sarapan pagi memandangkan di Malaysia most of the time main tunjuk aja apa nak makan (beli-lah tu) tetapi di sini no choice, terpaksa membawa bekal ke sekolah dan juga ke Universiti.

Kedai-kedai kebab paling awal di buka pada 12 tghari. Menu kedai kebab Pakistan di daerah ini agak menarik. Selalunya kami membeli doner kebab, di mana daging kambing di potong nipis diletakkan di atas roti nan, kemudian di selangi dengan salad, bawang besar seterusnya dituang pelbagai jenis sos pilihan. Yummy...sedap sekali. Juga kadang-kadang kami membeli shiish kebab, a kind of chicken kebab dan salad diletakkan di atas potato chip dengan pelbagai sos pilihan. Lain-lain yang boleh di cuba di Kedai-kedai kebab Pakistan adalah jacket potato dengan pelbagai jenis topping. Ayam goreng tepung (spesis KFC) , pizza juga mudah didapati.

Kami sungguh bernasib baik kerana dengan ada-nya bangsa Pakistan di daerah kami memudahkan mendapat makanan-makanan halal, walaupun kadang-kadang kami terasa seperti berada di Mumbai. Juga pada vegetarian eater di mana dengan tabiat mereka, pelbagai jenis bahan makanan V (suitable for vegetarian) ada di jual. Walaubagaimana pun, perlu diteliti ingredient makanan jenis ini.