Wednesday, May 16, 2007

Negara maju


Dahulu, selalu membayangkan bagaimana agaknya tinggal di sebuah negara maju? Bagaimanakah kehidupan dan bezanya dengan negara kita yang di label sebagai sebuah negara membangun?

Setelah hampir 5 bulan, sedikit sebanyak cuba meneliti apakah perbezaannya. Entah-lah rasanya serupa sahaja. Maklum-lah kita bukan seorang penganalisis sosial mahupun dari bidang-bidang yang sebegitu. Cuma yang dapat dilihat mungkin dari gaya hidup masyarakat di sini.

Tersentuh melihat bagaimana orang kurang upaya/istimewa, orang-orang tua begitu independant sekali. Paling ketara melihat mereka membeli-belah sendirian. Dengan kerusi roda bermotor/skuter khas mereka begitu selesa melakukan rutin outing sendirian tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Kadang-kadang melihat ada yang mengeluarkan wang sendirian di ATM. Hebat mereka di sini.

Mungkin sebab mereka di beri layanan istimewa di mana semua laluan pejalan kaki menyediakan laluan yang memang sesuai untuk kenderaan mereka. In fact bas dan tram dibina rendah untuk memudahkan mereka menaikinya. Baru-lah terasa mengapa istilah special needs atau golongan istimewa di berikan kepada mereka kerana di sini memang mereka di sediakan kemudahan istimewa. Tetapi ada juga adegan yang tidak sanggup di lihat, seorang tua bertongkat berjalan terhenjut-henjut keluar dari 'licenced adult shop'.

Negara maju, semua urusan di 'online-kan'. Membeli tiket bas atau tram lebih murah jika diperbaharui secara on-line, membeli lesen TV - online, membeli barangan- online dan macam-macam urusan lagi dilakukan melalui Internet. In fact semasa memohon universiti dulupun semua urusan adalah secara on-line. Begitu mudah dan effisien sekali dari segi ongkosnya.

Bercuti di sini (kami belum bercuti ke mana-mana lagi) bukan hanya bagi orang-orang yang mampu. Sesiapa sahaja boleh bercuti kerana untuk bercuti di pusat-pusat percutian adalah murah terutama jika ada special offers. Semurah 50 pound untuk seminggu ada disediakan. Pendek kata terpulang kepada kita untuk rajin melayan 'bercuti' atau tidak.

Main golf? Juga tidak khusus bagi golongan mewah. Sesiapa sahaja boleh bermain golf di sini. Set golf? Berlambak di car boot dengan harga yang cukup murah. Bagi jenama biasa sebatang kayu golf boleh dibeli dengan harga cuma 1 atau 2 pound. Dan bagi set golf yang elok mungkin boleh didapati dengan harga 30-40 pound. Bermain di driving range, yurannya hanya 4.50 pound. Maka, rebut-lah peluang bermain golf di sini kerana belum tentu pulang ke tanah air dapat merasainya. Mungkin hanya berpeluang lalu sahaja di luar padang-padang golf. Untuk melihat padang golf pun mungkin sukar kerana di tutup dengan tembok tebal..

Memiliki kereta mewah menjadikan impian menjadi nyata. Sebut sahaja kereta apa yang ingin dimiliki. Mercedez, BMW, apa sahaja boleh asalkan kereta terpakai. Di sini kereta terpakai murah. Tetapi yang dapat dilihat di sini kebanyakan Mat Saleh tidak begitu beria memiliki kereta-kereta mewah. Mostly memiliki Vauxhall (Opel) atau kereta-kereta biasa. Dekan kami hanya menaiki vauxhall lama ke universiti. Seorang pensyarah kanan hanya berbasikal sedangkan ada kalangan muridnya menaiki Mercedez besar menjalar.

Sebenarnya banyak lagi yang dapat diperhatikan perbezaan gaya hidup di sini. Mungkin di lain kali akan menulis lagi tentang gaya hidup masyarakat sebuah negara maju ini..

16 comments:

MULAN said...

happy belated mother's day..

sekarang ni semuanya material.. material yg dipandang & dinilai..

NaNi said...

ini lah kelebihan duduk di negara orang kan?dpt wat perbandingan....

mmg hujan emas di negara sendiri tp kadang2 kemudahan kat negara org y efisien watkan cam syiok je dok sana...:-)

faizabelle79 said...

Happy Teacher's Day..

Kemudahan yg efisyen mmg dapat memberikan keselesaan kepada rakyat..
InsyaAllah rakyat Malaysia juga akan dapat merasa segala kemudahan tersebut..usaha tangga kejayaan..

BaYu SenJa said...

hidup di negara orang sedikit sebanyak membuahkan kasih dan rindu pada negara sendiri. Alangkah bertuah kita hidup di negara sendiri walau di negara sendiri lebih susah untuk hidup berbanding neraga orang...

kan?!

loveujordan said...

HAppy mother's Day !!
Happy Teacher's Day !!

Bestkan duduk negara maju, akak selalu nak balik duduk semula di US, semuanya mudah..... but sometimes ada banyak juga disadvantagesnya seperti hubungan kekeluargaan dan kejiranan dah seolah-olah luput dalam kemajuan...

abu.mujahid said...

Salam kak zlaa,

Betul kata akak tu,
Bila lihat orang tua di sini tersentuh sikit.Iyalah semuanya kena buat sendirikan? Bilamana kita fikir kembali kita akan lihat betapa cantiknya Islam menganjurkan kita berbuat baik pada orang tua. Bagaimana cantiknya Islam menganjurkan kita untuk berumahtangga, dan pelbagai lagi kebaikan yang kadang-kadang kita tak mampu fikirkan.

Sy mula-mula sampai dulu macam tak percaya bila seorang teman habaq dia membeli kereta BMWnya dengan harga GBP500. Tapi bila second visit nie buatkan saya lebih terkejut bilamana ada seorang kenalan isteri sy membeli kereta Ford Mondeo dengan harga GBP90. Terkejut betol sy.

Vauxhall tu opel ke kak zlaa? Tak tahu lah plak sy. Dan keter itulah yg banyak kek jalan2 kek UK niekan?

NaNi said...

Happy Teacher's Day too...to those who are celebrate..:-)

Mimi Amilia said...

a'kum sis,
Mari la jalan ke Glasgow..;)

Saya pon kagum dengan kemudahan yg disediakan untuk golongan istimewa ni. Orang2 tua kat sini memang kuat berjalan.Duk shoping jer sayang tgk..ehehhe

Tapi di bumi Glasgow ni yang tak berkenan di hati ialah sikap tak reti buang sampah dalam tongsampah. Plastik tesco tu selalu la atas pokok..Kadang2 tong sampah selangkah jer dari mata..tapi still buang merata2 gak.

sis kat notts kan?

nurazzah8 said...

Salam zlaa,
alamak....soo sooorryyyyy,
my memory ni dah berkarat sikit... hurm...malu lah I..tak ingat u...cuba nak cari gambar u dlm blog u tapi tak jumpa...

please...update lagi, supaya I boleh recall balik...

ZLAA said...

Mulan,

Happy Belated Mother's Day. Semuga kita menjadi ibu yang lebih cemerlang

nani,

Sama saja negara maju dengan negara kita. Kadang-kadang negara kita banyak yang lebih baik.

faizabelle,

Happy Teacher's Day. Betul, kemudahan efisien memang memberi keselesaan tetapi belum tentu dapat menghasilkan rakyat yang lebih efisien

Bayu senja,

Betul, hidup di negara orang membuahkan rindu pada negara sendiri tetapi tidak salahkan jika membuat perbandingan. Kan?!

Luvujordan,

Hidup di sini dapat melihat betapa hilangnya nilai hormat dan kasih sayang terhadap orang-orang tua. Betapa sunyinya orang-orang tua di sini.

abu mujahid,

Di sini kita melihat banyaknya rumah-rumah kebajikan orang-orang tua. Banyaknya kerja-kerja kosong 'care support' demi untuk menjaga orang-orang tua. Jangan-lah hendaknya negara kita ke tahap itu bilamana anak-anak tidak lagi mahu menjaga orang-orang tua-nya. Mungkin itu ciri yang patut ada bagi negara maju.

Kereta second-hand memang murah dan hanya itu-lah yang termampu..

Nani,

Happy mother's day. Moga menjadi ibu yang lebih cemerlang dan ceria

Mimi Amilia,

Harap negara kita juga akan menyediakan kemudahan yang istimewa bagi golongan istimewa ini, supaya mereka tidak hanya berharapkan belas kasihan.

Negara mereka cantik.

Murazzah8,

Tak apa, lama-lama nanti ingat-lah...

Nur said...

Happy belated mother's day and teacher's day..
Lama tak lawati blog kak zlaa sebab pi kursus 2 minggu.
Sekarang ni semua nak yang canggih2, cepat dan tepat....

nurazzah8 said...

zlaa,
you Zalilah A Aziz ya? lect CS jugak kan? Buat PhD kat Nottingham ya?... kalau betul I ingat rupa you..... hurm.. bukan akak lupa kat zlaa, tapi org tgh wat PhD nih mcm nih la... esp mcm akak yg dah tenat nih.. nak kena siapkan tulis thesis.. u baru start..so tak lah terasa sangat.... anyway... good luck for your PhD journey...InsyaAllah dgn usaha dan jgn lupa doa kpd Allah swt you'll find the light at the end of the tunnel....

ZLAA said...

Nur,

Seronoknya pi kursus. Siapa jaga baby masa pi kursus? Bawa sekali ka?

Nurazzah8,

He..he..pandai pun cari. Maklum-lah orang buat Information Rretrieval. Tak sia2 ilmu tu. Sat saja dah jumpa..

naza said...

wah.. Kak Zlaa, saya amat tertarik dgn peralatan golf yg sebegitu murah.."Bagi jenama biasa sebatang kayu golf boleh dibeli dengan harga cuma 1 atau 2 pound" sudilah kiranya jika dapat saya kirim 1 atau 2 driver ataupu iron... kalo berbaloi apasalahnya..kan

ZLAA said...

naza,

No problem. Nanti contact lah.

Ku Adenan said...

boleh kirim BMW 5 series satu??