Friday, May 04, 2007

Gertty


Sudah 2 hari si Gerrtt, rakan seofis berbangsa Belgium asyik bertanyakan keadaan anak-anak di rumah. Dia baru mengetahui bahawa aku seorang ibu beranak enam. Jawabku pada Gerrtt, adalah sesuatu yang biasa bagi Malaysian mempunyai anak yang ramai. Dia tidak dapat membayangkan hidupnya mempunyai anak sepanjang hayat.

Dia tidak percaya kepada perkahwinan. Tinggal bersama teman wanita berbangsa Austria dan tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin. Bagi Gerrtt, tentu aku tidak mempunyai masa untuk diri sendiri. Gerrtt ingin enjoy, mengelilingi dunia selepas tamat PhD bersama-sama teman wanitanya. Dan yang penting, dia inginkan kebebasan.

Aku bertanya-kan agama apakah yang dia anuti, is it Christian? Yes. Well, I'm a Muslim, my religion do not permit man and woman to stay together without marriage. Gerrtt mengakui agama Kristian juga tidak membenarkan living together lantas mengatakan yang dia tidak praktis Kristian. Rupanya bagi bangsa Eropah kini ramai yang tidak percaya kepada institusi perkahwinan. Malang bagi wanitanya. Jika dia mempunyai anak hasil dari hubungan tinggal bersama dan ditakdirkan hubungan itu tidak kekal, milik siapakah anak itu dan siapakah yang akan bertanggungjawab membesarkannya? Semudah itu mereka tidak dapat menilai kesannya. Yang mereka inginkan hanya-lah memuaskan nafsu masing-masing.

3 comments:

mmj said...

so lucky to b muslim. we know where we r heading to. :)

ZLAA said...

mmj,

Betul, syukur Alhamdulillah, kita dilahirkan sebagai orang Islam. Jauh beza pegangan kita dari mereka.

NaNi said...

Alhamdulillah...

tp ada gak org Islam y perangai gitu..nama je Islam..x kisah la duduk Malaysia ke UK ke...

nauzubillah....