Monday, May 07, 2007

Bank holiday


Hari ini 7 May, Isnin, adalah merupakan cuti umum, bank holiday. Cuti umum di sini normally disebut bank holiday. Cuti umum sempena apa entah-lah.

Weekend minggu ini sangat padat aktivitinya. Ditambah pulak dengan kekalutan perlu berjumpa supervisor esok. Baru sahaja bertemu supervisor Rabu lepas, selasa esok kena jumpa lagi. Entah apa yang akan direport-kan pun tak tahu-lah.

Bermula Sabtu malam, BBQ di rumah kawan di Burford Road bagi meraikan 2 orang sahabat yang akan pulang ke Malaysia. Riuh rendah masing-masing bercerita tentang masalah belajar. Seorang sahabat akan pulang dengan kepala yang tenang, manakala seorang lagi akan pulang tetapi masih bertarung menyiapkan proses 'writing-up'.

Kami menanyakan Dr As (sahabat yang tamat Phd) akan tips untuk lulus pengajian. Katanya restu suami....

Semalam pula, seorang sahabat membuat jamuan makan meraikan sahabat-sahabat seperjuangan. Juadahnya nasi beriani.

Dan hari ini, satu lagi BBQ di Noel Street khas untuk kaum ibu dan anak-anak. Makan lagi, dan projek mentelaah tertangguh lagi..

5 comments:

NaNi said...

dekat sana bank holiday setahun banyak ke akk?

hw abt dengan cuti sekolah?panjang tak?

faizabelle79 said...

ooo..panggil bank holiday ye kat sana..alhamdulillah..dapat satu lagi ilmu baru..

faizabelle79 said...

zlaa...mmg KANK tu dah kena buang..saya pun frust jugak..

camni..hmm..kalau u nak tengok KANK boleh jugak download kat torrentspy..tapi saya x pasti ada subtitle atau x..

dilwale dulhania le jayengge dan Lucky boleh tengok kat youtube..tapi mesti u dah tengok DDLJ tu...Lucky..Salman Khan berlakon..kalau ada yang lain saya i'll let u know..

ZLAA said...

nani,

Bank holiday banyak di sini. Macam cuti umum di Malaysia. Tak tahu sempena apa.. Anak sihat, bibik okay?

faizabelle,

Ada lagi cuti-cuti lain tapi macam semua panggil bank holiday. Baru nak belajar istilah negara orang.

Nanti kalau ada cerita-cerita best, bagitahu, Tq

NaNi said...

sini x de lah banyak mana..tp alhamdulillah...

anak2 sihat...bibik pun gitu..ok..
bibik akk x bawa lah eh...dia balik indon ke dok rumah sedara akk?

tak plan nak travel jauh2 ke akk?heee