Wednesday, May 09, 2007

Kehilangan

Hari ini sekali lagi menerima berita seorang lagi sepupu meninggal. Beberapa minggu yang lepas, seorang sepupu sudah meninggal.

Sedih sungguh rasanya. Baru terasa kehilangan. Masa berada tidak selalu berjumpa tetapi bila kehilangan mula terasa kenapa kita tidak bertemu selalu...

Episod kehilangan saudara bermula dengan abang sepupu di 2004, lepas itu satu demi satu menyusul. Kakak sepupu, abang sepupu, ibu saudara dan adik-adik sepupu. Ya Allah, ampuni-lah mereka, cucuri-lah rahmat ke atas roh mereka.

A Tribute to one of my cousin brother (2004, Derang, Kedah):

Syeikh Niamat Yusuf:

'Hidup ini sangat memerlukan satu uswah untuk kita jejaki dan jalani kehidupan seperti yang kita inginkan dan uswah yang terbina dalam diri ini tidak datangnya begitu sahaja terbang di angin, tetapi melalui proses panjang bermula dari menjadi murid kemudian diikuti dengan musohabah, mujalasah, musyawarah, muamalah dan attaassi bihi (menjadikannya sebagai uswah). Inilah yang melekat dalam diri ini dan menjadi panduan dalam menempuhi jatuh bangun hayat dan perjalanan dakwah yang didukung selama ini.'

Buku ini diusahakan oleh Ismail Hashim untuk memberi penghormatan dan sanjungan terhadap seorang ulama yang telah membawa sinar harapan sangat cemerlang kepada anak bangsa Melayu di negara Malaysia tercinta ini. Menceburi bidang pendidikan dengan memberikan pengajaran tanpa memikirkan apa-apa ganjaran duniawi.

Beliau telah melakukan satu usaha besar dalam merubah salah tanggapan masyarakat. Baginya, dengan ilmu Islam yang jujur dan ikhlas boleh membawa kebahagiaan yang berpanjangan kepada umat Islam dari dunia ini membawalah kepada Negara Akhirat.

Kerana itu, penghormatan yang paling tinggi kita serahkan terhadap Allah swt. dengan harapan Al-Marhum Ustaz Niamat akan mendapati ganjaran paling wajar dari-Nya. Sesungguhnya pengorbanan yang sangat besar telah disempurnakannya sepanjang perjalanan kehidupan dan perjuangannya dalam usaha menegakkan kebenaran Islami.

Tidak ramai yang boleh melakukan kerja-kerja berat sebegitu jika tidak mempunyai persiapan minda, fizikal dan ruhiah yang mantap. Fenomena kekuatan itulah yang perlu kita persiapkan bagi membolehkan kita tegap dan teguh untuk berjuang dalam gelanggang merentas malapetaka puaka umat ini yang seperti terus mempusakai kedegilan penjajah.

Meskipun mereka merasakan diri telah mencapai kemerdekaan tetapi apakah benar mereka telah merdeka sepenuhnya? Atau sekadar menukarkan nama penjajah sahaja? Inilah bekalan perjuangan yang perlu kita bangkitkan segera dan mengutipinya dari usaha kita mengenang semula jasa Al-Marhum Syeikh Niamat yang telah setahun meninggalkan kita.

Al Fatihah..

8 comments:

joe penang said...

Anti sepupu kepada arwah Ustaz Niamat? insya Allah anti juga power spt arwah.
kat mana jual buku tu? Area AS, SP atau Pg. Bleh gak ana beli

NaNi said...

Al Fatihah..semoga roh beliau di tempatkan dikalangan org y soleh....

kalau dok jauh ni lah payahnyer kan nak balik..berdoa jelah...

ummu_naqeebah said...

saya pon terasa kehilangan ustaz ni'mat. mendengar suaranya yang lembut dan lawak yang menghiburkan. dia begitu byk byk menyumbang kepada abim

maklijah said...

Al fatihah...

Thank you for visiting sembangmaklijah. Singgah-singgahlah selalu.

MULAN said...

alfatihah.. semoga ditempatkan bersama ahli2 syurga..

faizabelle79 said...

Al-fatihah untuk semua yg telah meninggalkan kita..semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...amin..

BaYu SenJa said...

alfatihah buat tuk ayah kami tersebut..
beliau meninggal di zaman saya menjadi ketua pelajar di sekolah beliau (derang).. memang betul2 terasa kehilangan. saya tidak pernah tangisi pemergian seseorang kecuali kehilangannya sahaja buat masa ini...

orang ranmai yang berpusu memenuhi kampung derang tersebut menjadi bukti keberkatan umurnya ketika hidup..
melihat gambarnya di blog saudari, hati betul2 merindui beliau dan langsung terkenangkan ketika pernah bersama

ZLAA said...

Joe penang,

Kat Alor Setar ada kot. Jauh sgt nak p check kan.

nani,

Memang payah nak balik kalau ada emergency. Nangis dari jauh saja-lah..

ummu_naqeebah,

Alfatihah untuk dia...

maklijah,

InsyaAllah will singgah. Write more

mulan,

Tq. Alfatihah. Amin

faizabelle,

Tq. Alfatihah. Amin

bayusenja,

Benar, kalau lihat gambar sangat rindu. Alfatihah