Thursday, May 03, 2007

Makan-makan


Pagi-pagi menyiapkan anak-anak ke sekolah memang kalut. Tambahan semua anak-anak perlu membawa bekal ke sekolah. Sekolah menengah bermula se awal 8.30 pagi, untuk kelas bahasa Inggeris bagi non-English speaking pupils. Sekolah rendah bermula jam 9.00 am - 3.30 pm.

Bekal ke sekolah would be roti pita inti chicken kimma (daging ayam cincang), nasi lemak, roti canai segera, roti bakar, sandwich telur, sandwich tuna or makaroni goreng. Sometimes memang buntu memikirkan bekal dan juga menu sarapan pagi memandangkan di Malaysia most of the time main tunjuk aja apa nak makan (beli-lah tu) tetapi di sini no choice, terpaksa membawa bekal ke sekolah dan juga ke Universiti.

Kedai-kedai kebab paling awal di buka pada 12 tghari. Menu kedai kebab Pakistan di daerah ini agak menarik. Selalunya kami membeli doner kebab, di mana daging kambing di potong nipis diletakkan di atas roti nan, kemudian di selangi dengan salad, bawang besar seterusnya dituang pelbagai jenis sos pilihan. Yummy...sedap sekali. Juga kadang-kadang kami membeli shiish kebab, a kind of chicken kebab dan salad diletakkan di atas potato chip dengan pelbagai sos pilihan. Lain-lain yang boleh di cuba di Kedai-kedai kebab Pakistan adalah jacket potato dengan pelbagai jenis topping. Ayam goreng tepung (spesis KFC) , pizza juga mudah didapati.

Kami sungguh bernasib baik kerana dengan ada-nya bangsa Pakistan di daerah kami memudahkan mendapat makanan-makanan halal, walaupun kadang-kadang kami terasa seperti berada di Mumbai. Juga pada vegetarian eater di mana dengan tabiat mereka, pelbagai jenis bahan makanan V (suitable for vegetarian) ada di jual. Walaubagaimana pun, perlu diteliti ingredient makanan jenis ini.

9 comments:

Nur said...

Assalamualaikum..
Kak Zlaa pun macam saya jugak le...pagi-pagi saya pun bangun awal masak untuk pagi (bfast) and untuk Tengahari..pening kepala juga nak fikir apa yang perlu dimasak kan....

Jumpa lagi

musaFir said...

meleleh air liur saya baca entry akak ni!
-raiyan-
http://raiyanz.blogspot.com

ZLAA said...

Nur

Memang pening nak fikir masak di sini. Pulak tu semua kena masak sendiri. Kat sana okay jugak, malas, beli saja-lah...

Musafir,

Sedap makanan di kedai kebab tapi makanan kita di sana lebih variety. Macam-macam ada

BaYu SenJa said...

salam sapaan dari bayu senja.. rupanya kali ni bayu bertamu sampai ke UK.. hehe

alhamdulillah, bayu di negara Islam.. tapi dah semakin cemuih dengan makanan arab :)

ZLAA said...

Bayu Senja,
Ahlan wa Sahlan. UK sejuk. Alhamdulillah walaupun negara kafir, masih ada hormat pada umat Islam. Sekurang-kurangnya di daerah ini.

KAMATO said...

Pernah 2 tahun part time di restoran muslim di plymouth, dari mula cuma basuk pinggan sampai boleh masak, memang orang putih ni suka gak makan indian food

ZLAA said...

Kamato,

Betul, orang putih suka jugak dengan masakan macam ni. Wah..dari basuh pinggan sampai boleh masak, menarik..

NaNi said...

tu lah hikmahnyer akk g UK kan?kat mesia tunjuk2 je...kat sana akk kene pegang2 senduk, kuali....heee

kalau x bawa bekal, susah ke nak makan kat kantin sekolah?

ZLAA said...

nani,

Tak-lah pendai masak tapi kena masak-lah. Tak pa, cik abang ada..

Kat kantin makanan tak halal..