Sunday, May 27, 2007

Coventry


Minggu ini sekali lagi Isnin menjadi cuti umum (bank holiday). Seronok bukan main kerana dapat-lah kami berehat panjang. Maka, Sabtu semalam kami mengatur rancangan membalas kunjugan ke rumah kawan sepersekolahan suami di Coventry. Perjalanan lebih kurang 1.45 jam. Merentasi motorway M1 (seumpama lebuhraya PLUS di tempat kita). Kiri kanan highway tidak ubah seperti di tempat kita. Cuma beberapa perbezaan yang dapat di kesan. Antaranya:

i. tidak ada tol

ii. walaupun kami berada di atas highway lebih kurang 12.00 tghari, cuacanya adalah seperti di dalam air-cond 16 degree celcius.

ii. sepanjang perjalanan banyak sekali caravan bergerak atau kereta-kereta menarik berth untuk bercuti.

Coventry merupakan sebuah bandar di dalam daerah West Midlands di England. Terdapat 2 universiti terkemuka di daerah ini iaitu Coventry University dan University of Warwick. We did some shopping di dalam gedung membeli belah Tesco di mana kami masuk ke dalam sebuah kedai menjual barangan makanan Asian.

Memborong 2 botol besar kicap manis habhal (1.70 GBP sebotol), Ayam brand sardine, bihun laksa, seruk-serbuk kari Adabi, sotong beku dan yang paling istimewa 2 tin kecil Ayam brand petai in brine (di dalam air garam) di mana setin kecil berharga 85 pence.

6 comments:

Nur said...

Salam Kak Zlaa, Wah..seronok kan bila cuti, kami la ni tgh cuti sekolah, tapi tak p mana-mana adik kakak byk tuisyen, UPSR this year. Kenduri pun banyak..tu yg best duduk sana pun boleh dapat barang makanan yg dihajati...tu kicap tu favorite kami juga..
ok...have a nice day!

nurazzah8 said...

zlaa, mahalnya kicap tu kalau convert RM kan..tapi takpe lagi senang beli kat sana sbb skrg pun bukan boleh nak bawa naik plane..lagilah nak gi UK mesti ketat pemeriksaan masa kat airport.
Masa akak gi Jordan dulu ada bawa kicap utk anak 2 botol, tapi akak dah transfer dalam botol plastik la...itu pun nasib baik dia org tak suruh keluarkan...rezeki dia lah masa tu..

loveujordan said...

salam zlaa,

wah best dapat jalan-jalan and shopping asian food..emm kicap .. memang payah nak dapat kat sini(yg malaysian punya )...ada jugak petai...hehehe :)

ZLAA said...

nur,

Seronok cuti tapi lagi seronok kalau cuti tak payah study. Sini, Alhamdulillah, barang makanan senang cari

nurazzah8,

Mahal kicap kat sini tapi nak buat macam mana, beli-lah juga. Kat sini kicap manis habhal selalunya cepat habis. Ramai sgt Melayu di sini. Sekejap saja habis stok.

loveujordan,

Best kan jalan2 tapi tak mampu nak jalan2 selalu. Kena study...

k-riey said...

kire ok la 1.70 gbp kicap.cni kami gune kicap cine j,huhu.
seb baik masa fly ari2 da bwk botol beso kicap manis cap kipas udang,hehe.
bestny petai,nk gak.france mmg agk ssh cari brg msia cz xramai org msia cni.
cni kami kalu jmp org msia mcm jmp raja tego.
tp kalu kt UK,bnda biase j jmp org msia.hehe

ZLAA said...

k-riey,

Kicap manis kipas udang Habhal yang orang paling suka. Kicap lain banyak tapi tak jadi favourite. Tapi di UK ni not bad. Mudah gak cari makanan dari Asia. Nasib baik-lah..
Memang kalau kat UK, jumpa M'sian tu mcm biasa je. Tapi, tak semua-lah, ada yang excited bila jumpa walaupun tak kenal. Yang buat biasa tu sombong tuh...