Saturday, June 30, 2007

Laksam

Tekak ni dah 2-3 minggu teringin nak makan laksam Kelantan. Walaupun bukan orang Kelantan, tapi laksam ni kadang kala menjadi favourite breakfast dish. Selalunya kalau di Bangi, pagi selepas shopping lauk pauk di pasar Bandar Baru Bangi di Seksyen 1, kami akan pekena laksam atau laksa Johor. Tapi, di sini mana-lah nak cari makanan-makanan tu..., kalau di sana, di pasar malam berlunggok laksam dijual murah-murah RM1.00 sekarung plastik.

Akhirnya dengan berpandukan resepi-resepi online, di tambah petua oleh Linda my ex-school mate, berjaya juga misi membuat laksam. Rupanya tak sesukar mana. Memang ada kekurangan, tapi asalkan dapat menghilangkan teringin, Alhamdulillah, sudah cukup. Daripada lunch semalam, dinner hingga ke breakfast pagi ni, asyik dengan laksam. Ha..ambik..


Gambar laksam ni diceduk dari fotopages Hanieliza (my source of recipe)

Selepas makan laksam, mata pun berat akibat ianya terlalu kaya dengan santan. But, I sense that something went missing. That sweetness taste. Mungkin disebabkan tak biasa meletakkan gula banyak dalam masakan, the particular taste is not there (tapi, rasa macam dah banyak letak gula.. ) Di sini, Alhamdulillah santan mudah dicari, 3 tin of coconut milk for 99 pence only di kedai Mac Jamaica yang mana masuk sahaja didalam kedainya, berdegung-degang lagu-lagu raggae dimainkan. Ikan kembung digantikan dengan ikan mackerel. Not bad..

Wednesday, June 27, 2007

Peringatan buat diriku yang Alpa


I found this interesting article:
Teka-teki Imam Ghazali.

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Soalan pertama Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat


Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketigaIman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)

Soalan keempat Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Ahzab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

Soalan kelima Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Tuesday, June 26, 2007

Tagged!!


I've been tagged by Idham, to answer his meme of 27 sentences. Phew!!, that's a lot..

Here it is:

The meme is about completing the following twenty seven sentences........

1. A person is only as good as to accept the good and bad side of you

2. Friendship is a friend who is always there, through thick and thin

3. To love is not about finding the right person to love, but creating a right relationship. It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end.

4. Money makes me happy? Boleh beli apa saja.....

5. I miss Malaysia, Kuala Lumpur, Alor Setar, Sg Petani and Penang

6. When I am late for an appointment, I gabra!!, have to learn how to relax..

7. I try to avoid looking at fire!!

8. Pick the flowers and present it to yourself.

9. To love someone is to sacrifice, supporting, to symphatize, emphatize and sharing hardship

10. Beauty is in the eyes of the beholder. Walau bagaimana cantik tetapi tak berbudi pekerti, tiada guna.

11. When I was thirteen, what I remember the most was moving to new school.

12. When I was twenty one, I remember falling in love. Love today, so we will never have empty yesterdays.

13. I am most happy when people appreciate my friendship....

14. Nothing works better than my programming task accomplished.

15. If I can change one thing, I will change to be a teacher in school

16. If kisses were complex behaviour then I need twenty muscles working cooperatively.

17. Wouldn't it be nice if we could make life goes on smoothly.

18. If you want to get the rainbow then, you have to go through the rain.

19. Blog, blog, blog, ermmm,... sometimes taking my time away.. Blogging
is something that I enjoyed doing.., making friends that share the same passion.

20. The worst pick-up line I've heard is, “ The biggest mistake of my life is that I said yes, when I had to say no."

21. I smile when I think of my 6 sweet children

22. When I am tired, I want to sleep in a nice cosy bed, the light is dim and the tempature is 18 degree celcius.

23. If only I don't have to fear for the future, then please don’t weep for the past.

24. The best thing I did yesterday was cooking for my dear hubby and children

25. If I ever write a book, I will give it this title,"Make Programming Easy "

26. One thing I must do before I die is beramal, cukupkan amal supaya diterima olehNya di sana nanti

27. Doing this meme, I feel like pouring myself out. Interesting..

And now, I am tagging my dear blogger friends: Hope you will have some time, for original meme, please refer back to: "Idham's - tagged for charity"

1. Idham - back to you!

2. Sarinah- LoveuJordan

3. NurAzzah8

4. Mmj

5. Mamamia

6. Shikin

Keep the ball rolling!!

Friday, June 22, 2007

Macam-macam Bakat

Just nak tunjukkan bakat-bakat orang British ni. Paul Potts baru sahaja menang siri "Britain Got Talent", siri realiti TV di sini. Macam-macam jenis bakat, dari kanak-kanak hingga dewasa bertarung untuk menang 100000 GBP dan juga dapat membuat persembahan di depan Queen mereka. Pengadil-pengadilnya adalah Simon Cowell (pengadil American Idol), Piers Morgan dan Amanda Holden (entah siapa2). Video ini ialah sewaktu audition pertama Paul Potts, seorang salesman di kedai menjual telefon bimbit.
”Hanya jauhari Mengenal Manikam”

Tuesday, June 19, 2007

Happy Father's Day


17 June, Hari bapa. "Selamat Hari Ayah" buat ayah tercinta. Mudahan ayah diberkati Allah dan sihat selalu. Sungguh besar jasa ayah. Masih terbayang di suatu sudut, ayah solat dan membaca. Mendidik kami tanpa jemu. Ayah sangat memberatkan keselesaan kami tidur dan ruang belajar kami, sehingga tabiat itu terbawa-bawa olehku hingga kini.

Juga buat suamiku tercinta, "Selamat Hari Ayah". Thanks for being a lovely husband, a father to our children, for being quite strict hingga anak-anak tak berani unlike me, anak-anak melampau.....

To both of you, two most special person in my life, "Happy Father's Day".

A song that make me cry always... Ayah Ibu - by Rabbani

Sunday, June 17, 2007

Faham ilmu


Setiap minggu, Khamis 11.oo pagi, research group kami perlu menghadiri seminar yang dibentang oleh setiap seorang dari kami sendiri. Cuma kadang-kadang ada professor-professor jemputan dari pelbagai universiti datang memberi ceramah. Baru-baru ini, seorang professor berbangsa China dari Universiti Essex. Topik yang dibentangkan adalah berkenaan Multiobjective bla..bla.., Susahnya jangan cerita-lah kerana kami mendapat nota yang hanya penuh dengan 'cacing-cacing' belaka dari muka awal hingga akhir.

Sudah-lah susah subjek, ditambah dengan kesukaran memahami slanga bahasa Professor tersebut. Suaranya amat kuat, serius dan terasa di dalam kem tentera komunis pulak kerana gaya penyampaiannya ala tentera. Tetapi, benarlah bahawa bahasa yang mudah difahami akan memudahkan penyampaian ilmu. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, mendapatkan maklumat, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya.

Bagaimana agaknya anak-anak sekolah kita terutama yang di kampung menghadapi pembelajaran di dalam bahasa Inggeris? Mudah atau payah-kah mereka memahami ilmu??..

Monday, June 11, 2007

Jalan-jalan ke London


Semalam, Ahad ke London, berjumpa Emma (ex-roomate masa belajar dulu-dulu). Emma datang ke London kerana berkursus 2 minggu dan semalam kami ronda-ronda Kota London. Bertolak jam 7.35 pagi dengan bas National Express dan return ticket dari Nottingham-London semalam adalah GBP 18. Perjalanan lebih kurang 3 jam dan berada di dalam bas tersebut terasa berada di dalam kapalterbang kerana dengan lagak pemandu memberi arahan-arahan safety gaya pilot kapalterbang. Di sini, di dalam bas pun perlu memakai tali pinggang keselamatan, yang mana ianya agak merimaskan. Wearing a seat belt is something that I don't like dan pernah disaman polis di Perlis gara-gara tidak memakai seat belt.

Di Victoria station, kami mendapatkan tiket keretapi bawah tanah untuk ke sana ke mari dan kami agak bertuah kerana sebaik sahaja turun ke situ, seorang station supervisor menyapa kami dalam Bahasa malaysia. Peramah orangnya dan dia pernah ke Malaysia selama 4 kali dan sukakan Malaysia. Dia mendapatkan kami tiket underground train (tube) secara percuma. Kami mengalas perut (Breakfast dan lunch) di cafe Malaysia Hall berdekatan.

Greater London mempunyai populasi penduduk 7.2 million orang. Walaupun didominasi oleh bangsa kulit putih dan Anglo-Saxon, lebih suku populasinya adalah dari pelbagai etnik. London juga mempunyai penduduk bukan kulit putih terbesar di Eropah. Lebih dari 250 bahasa dipertuturkan di sini. No wonder, everywhere kami pergi pasti terjumpa kaum paling ramai, Pakistan, India atau Bangladesh. Infact suku peniaga di Petticoat Market yang kami pergi adalah dari kaum Pakistan. Kami juga melewati kawasan Soho yang didominasi oleh kaum China. Khabarnya kawasan Shoreditch mempunyai pengaruh kaum Bengali yang kuat.

Kota London juga mempunyai lebih ramai penduduk wanita dari lelaki, mempunyai lebih kaum muda dari tua (47% aged between 16-44) . London juga mempunyai penduduk yang paling 'sunyi' di dunia. Khabarnya seorang penduduk London paling ramai mempunyai hanya 5 orang rakan. Kasihan kan?... dan jangan-lah kita sampai ke tahap itu.
Antara tarikan di Kota London adalah:

- Buckingham Palace
- Downing Street
- Hyde Park
- London Eye
- Madame Tussaud's
- Millennium Dome
- Palace of Westminster dan Big Ben
- Piccadilly Circus
- Royal Greenwich Observatory dan Meridian Greenwich
- St. James Park
- Tower Bridge
- Tower of London
- Trafalgar Square dan Nelson's Column
- Westminster Abbey

Kami tidak sempat melawat semua tempat-tempat ini. Hanya sempat lalu atau melihat dari jauh sahaja kerana kesuntukan masa. Kami ke Trafalqar Square. Tidaklah seindah mana. Indah khabar dari rupa. Merpati pun hampir pupus. Tetapi, ramai manusia dari serata pelusuk dunia bergambar sana-sini termasuklah kami dari Malaysia..

Wednesday, June 06, 2007

Pembantu


Apabila membaca arkib blog Prof Kamil mengenai pembantu rumahnya yang tamat tempoh kontrak dan ingin kembali dengan syarat dinaikkan gaji RM600. Pembantu tersebut membandingkan dengan tawaran gaji yang akan di dapati di Brunei RM 800. Komen Prof Kamil, pembantu rumah tidak lagi mustahak di dalam kamus kehidupan keluarga mereka, dan menyuruh pembantu tersebut menerima gaji yang lebih lumayan.

Saya terus teringat kepada pembantu rumah kami. Dia masih menanti hari di mana kami akan menjemputnya ke sini tetapi apabila di sini, kami berubah fikiran. Kehidupan di sini lebih simple dan semua urusan lebih selesa dilakukan sendiri.

Anak-anak lebih ceria dan sanggup menyusun jadual mengemas rumah asalkan tidak dibawa bibik bersama. Dan saya tersedar bahawa selama ini saya terlalu banyak take for granted bila ada pembantu. Malas tu terlalu banyak.

Sebenarnya saya tidak pernah berniat untuk mengambil pembantu tetapi apabila sudah beranak tiga dan suami bekerja di negeri yang lain, kawan saya mendesak untuk mengambil pembantu dan sanggup mencarikan seorang pembantu untuk saya. Selepas tiga bulan, pembantu Indon muda 18 tahun lari di waktu maghrib. Esok subuhnya, pembantu kawan saya pula lari.

Alhamdulillah, Tuhan sentiasa memberi saya pengasuh anak-anak yang baik-baik semasa kami tinggal di Dungun mahupun Perlis sehingga-lah kami kembali ke Bangi. Saya mabuk mengandung anak ke enam dan sekali lagi seorang kawan mengusulkan saya mencari pembantu dan dicarikannya juga pembantu buat saya. Saya bertuah mempunyai kawan-kawan yang prihatin.

Dan Syukur kepada Allah, pembantu kali ini sangat tip-top walaupun umurnya sudah 54 tahun. Hampir empat tahun, dia menjaga saya umpama menjaga anaknya. Tak perlu lansung saya mengurusnya malahan dia yang 'mengurus' saya. Tetapi, anak-anak saya kurang berkenan dengan dia kecuali anak ke lima dan ke enam. Maklum-lah setiap aktiviti dipantau dan di lapor terutama solat anak-anak.

Memang sedih dan pilu berpisah dengannya tetapi saya rasa itu yang terbaik. Biarlah kami yang meninggalkan dia dan tidak dia yang meninggalkan kami. Saya jangkakann Hasif (anak ke enam) akan menangis dan menyebut-yebut teringatkan bibik. Tetapi Alhamdulillah, Hasif tidak pernah lansung menyebut dan memanggil bibik walau sekali. Sebaliknya kadang-kadang saya yang menangis teringatkan dia. Tetapi, untuk mengambil pembantu lagi selepas ini, saya berharap tidak lagi. Bak kata Prof Kamil, pembantu rumah bukan lagi mustahak di dalam kamus keluarga kami.

Monday, June 04, 2007

sakit gigi


Sudah 2 hari, Hasif sakit gigi. Disebabkan ianya weekend maka klinik di sini pun tutup. Pagi ini, pergi ke klinik gigi dan Hasif diberikan appointment oleh seorang male nurse yang cukup gentleman. So, sementara waktu, Hasif akan diberikan paracetamol (beli sendiri). Bak kata seorang teman yang kini sedang belajar di Holland, "tunggu mati dulu, baru dapat jumpa doktor di negera sebelah sini", bila dia mengomel tentang perlu buat appoinment bila hendak berjumpa doktor di negeri Orang kulit Putih ini.

Apa-apa pun, dari segi khidmat perubatan, rasanya negara kita lebih baik. Dan akan lebih baik.. jika ada duit untuk pergi ke klinik-klinik swasta yang berlambak di setiap ceruk tempat di negara kita. Masih ingat lagi, ketika Zahraa sakit gigi dan kami membawanya ke suatu klinik gigi di Bandar Baru Bangi. Doktor gigi tersebut ingin mencabut terus gigi Zahraa yang sakit tapi saya menghalangnya kerana sudah terbiasa dengan Doktor Syed (doktor gigi paling best di Perlis).

Bagi Dr Syed, gigi yang sakit perlu diberi ubat penahan sakit dahulu, hilang sakitnya baru dicabut. Akhirnya Doktor Gigi tersebut bengang dan berkata kepada saya, "Siapa yang doktor?", "Well, betul Doktor, tapi saya dah biasa cara begitu". So, at last saya insist gigi Zahraa tidak dicabut dan hanya minta ubat penahan sakit. Bila mendapat bil, kami dicharge dengan rate rawatan mencabut gigi. Saya dan suami hanya tersenyum sumbing dan kami berkata ada juga doktor yang sebegini desperate but I am sure that ramai lagi doktor di luar sana yang jauh lebih baik. Itu-lah kali terakhir kami mengunjungi klinik tersebut.