Monday, June 11, 2007

Jalan-jalan ke London


Semalam, Ahad ke London, berjumpa Emma (ex-roomate masa belajar dulu-dulu). Emma datang ke London kerana berkursus 2 minggu dan semalam kami ronda-ronda Kota London. Bertolak jam 7.35 pagi dengan bas National Express dan return ticket dari Nottingham-London semalam adalah GBP 18. Perjalanan lebih kurang 3 jam dan berada di dalam bas tersebut terasa berada di dalam kapalterbang kerana dengan lagak pemandu memberi arahan-arahan safety gaya pilot kapalterbang. Di sini, di dalam bas pun perlu memakai tali pinggang keselamatan, yang mana ianya agak merimaskan. Wearing a seat belt is something that I don't like dan pernah disaman polis di Perlis gara-gara tidak memakai seat belt.

Di Victoria station, kami mendapatkan tiket keretapi bawah tanah untuk ke sana ke mari dan kami agak bertuah kerana sebaik sahaja turun ke situ, seorang station supervisor menyapa kami dalam Bahasa malaysia. Peramah orangnya dan dia pernah ke Malaysia selama 4 kali dan sukakan Malaysia. Dia mendapatkan kami tiket underground train (tube) secara percuma. Kami mengalas perut (Breakfast dan lunch) di cafe Malaysia Hall berdekatan.

Greater London mempunyai populasi penduduk 7.2 million orang. Walaupun didominasi oleh bangsa kulit putih dan Anglo-Saxon, lebih suku populasinya adalah dari pelbagai etnik. London juga mempunyai penduduk bukan kulit putih terbesar di Eropah. Lebih dari 250 bahasa dipertuturkan di sini. No wonder, everywhere kami pergi pasti terjumpa kaum paling ramai, Pakistan, India atau Bangladesh. Infact suku peniaga di Petticoat Market yang kami pergi adalah dari kaum Pakistan. Kami juga melewati kawasan Soho yang didominasi oleh kaum China. Khabarnya kawasan Shoreditch mempunyai pengaruh kaum Bengali yang kuat.

Kota London juga mempunyai lebih ramai penduduk wanita dari lelaki, mempunyai lebih kaum muda dari tua (47% aged between 16-44) . London juga mempunyai penduduk yang paling 'sunyi' di dunia. Khabarnya seorang penduduk London paling ramai mempunyai hanya 5 orang rakan. Kasihan kan?... dan jangan-lah kita sampai ke tahap itu.
Antara tarikan di Kota London adalah:

- Buckingham Palace
- Downing Street
- Hyde Park
- London Eye
- Madame Tussaud's
- Millennium Dome
- Palace of Westminster dan Big Ben
- Piccadilly Circus
- Royal Greenwich Observatory dan Meridian Greenwich
- St. James Park
- Tower Bridge
- Tower of London
- Trafalgar Square dan Nelson's Column
- Westminster Abbey

Kami tidak sempat melawat semua tempat-tempat ini. Hanya sempat lalu atau melihat dari jauh sahaja kerana kesuntukan masa. Kami ke Trafalqar Square. Tidaklah seindah mana. Indah khabar dari rupa. Merpati pun hampir pupus. Tetapi, ramai manusia dari serata pelusuk dunia bergambar sana-sini termasuklah kami dari Malaysia..

17 comments:

k-riey said...

salam.
London xyah kata bangsa lain,orang melayu pun ramai kan.
smpai jmpa kadang2 buat tak tau j.
kami di france kalu jumpe melayu,macam jumpa raja la,hehe
maklumla tak ramai.
erh,nape tak ltak stadium stamford bridge,emirates,white hart lane,upton park?
tu semua kn tarikan london gak,selain nahar ngan mawar,hehe

ZLAA said...

k-riey,
Salam,
Tak letak semua tu, sebab tak sempat pergi. Tak pa, nanti akak letak. Cadang nak makan kat Nahar tapi, tak sempat-la. Pergi-lah M'sia Hall yang terdekat. Wah, orang France lagi expert ni..

Betul-la jumpa M'sian ramai jugak. Kat Victoria station tu jumpa 2 family Melayu baru balik tour Europe. Kat Trafalqar Square jumpa 3 family melayu tengah bergambar2. He.. rasa kat M'sia-lah pulak..

mmj said...

bestnye london. harap2 leh smp sana satu hari nanti. akak leh kot jd tourist guide saya? hahaha...

Nur said...

Salam Kak Zlaa...London..mungkin dalam mimpi je kot sampai. Dah jln2 mesti best kan, byk tempat lagi tu tak pi kan? Pensyarah saya tgh buat Phd jugak di Essex, hujung sept nanti dia balik.

MAMAMIA said...

Zlaa,
Bus ride dia smooth & comfortable aje kan. Yg I suka tu their punctuality, always on time.

ZLAA said...

mmj,

Datanglah sini. InsyaAllah, boleh jadi tour guide, tapi kena expert dulu jalan-jalannya

nur,

Tak best mana pun London tu. Jalan TAR di KL lagi best. Nak makan apa semua ada. Nasi Beriyani, Nasi kandarq semua ada

mamamia,

Betul bas ni di sini punctual. Not bad. Bersih, selesa dan reliable.

nurazzah8 said...

zlaa, last time I datang London was in 1985!!! Wow...dah 22 tahun lepas..tentu dah banyak perubahan kan.. masa tu akak tidur kat rumah cousin di...alamak...lupalah pulak nama tempat tu...kena naik bas 2 jam dari London...apa ye??? Hamilton.. ooppsss..baru ingat...!! Southampton!! apa-apa lah..yg ingat hujung nya ada ...'ton'!!!hahaha..
masa tu akak singgah on the way nak balik Malaysia bercuti dari USA..masa tukan akak belajar kat USA.. 2nd year balik cuti summer... singgah lah UK... tapi rasa best sangat sbb masa singgah tu dalam bulan May..tgh Spring... wah...cantiknya bunga2an... cousin bwk jalan London... Westminster Abbey, Big Ben, London Bridge, Hyde Park, Buckingham Palace, pastuh singgah solat kat London Mosque tu... cousin bwk shopping kat Mother Care, Harrods (actually pergi window shopping aje..masa tu student..mana lah ada duit byk nak shopping...)yg penting ambik gambar... nak tunjuk kat parents dan sedara mara yg kita nih dah sampai kat situ..hehehe...
Kalau ada rezeki teringin jugak nak pergi lagi...IA.
2 hari lagi akak masuk kerja semula!!!

MULAN said...

selama sebulan di knutsford, kami pi london daytrip je. plan nak spend a nite, tapi rasa tak syok. crowded, dusty etc.. but managed to visit places u mentioned tu (few tak pi sbb malas dah..)

loveujordan said...

salam,

Emmm London..I serupa macam nurazzah balik cuti 1985 dari US singgah round London (lamanya dah rupanya ) but at that time I didn't really like London (bangunan dan subway/tube 'buruk' dan nampak bandarnya 'serabut/tak tersusun') , maklumlah I 'datang' dari Washington DC dan New York yang cantik dan moden , pastu rasa macam pergi Pakistan pulak, kedai pun ramai yang kedai Pakistan dan India.....tapi kalau tanya nak pergi lagi tak ..wowwww memang I nak pergi lagi kota London ni.....bila ekkkk ???

faizabelle79 said...

Belum pernah lagi ke London..insyaAllah next year trip kot..;)

ZLAA said...

nurazzah8,

1985, dah lama tu. Tapi I rasa London tak banyak berubah kot. Selamat Bertugas.

Mulan,

I pun tak berapa syok ke London tu. Mungkin lain orang lain citarasa. Sesak tempatnya dan I prefer lagi Nottingham temapt sekarang. Cantik.

LoveuJordan,

Tube tu sampai sekarang buruk Better lagi LRT tempat kita. Tapi di sini, sistematik. Kita patut ikut. Bas-bas bersih dan punctual. Orang-orang ikut peraturan. Jemput datang ke sini.

Faizabelle,

Sila datang ke sini. UK banyak tempat menarik.

musaFir said...

meleleh air liur baca entry akak berjalan-jalan kat London.
Bila la agaknya saya dapat kesempatan best mcm akak yer.hehe.
doakan!
-Najah-
http://raiyanz.blogspot.com

ZLAA said...

musafir,
InsyaAllah ada rezeki nanti sampai-lah. Tak payah meleleh air liur. Tak best mana pun... Best lagi Jln TAR kita di KL tu. Nak makan apa semua ada. Petaling Street pun macam-macam ada.

mki said...

zlaa,

Bila pulang ke Malaysia? Saya ucapkan selamat maju jaya.

ZLAA said...

Prof mki,

Lambat lagi-lah Prof. Doakan saya mudah belajar macam Prof.. yang hanya perlu 2.5 utk complete.

Mimi Amilia said...

sis,
mesti u jumpa station supervisor yg sama dgn i jumpa. I pon dpt tiket free haritu. Dia kata dia suka Malaysia.Tu yg nampak jer org Malaysia mesti dia tegur.

ZLAA said...

mimi amilia,

Namanya Adam kan? Tak ingat surname dia. Bagus orangnya. Peramah. Dia nak bersembang tapi kami nak cepat...