Wednesday, June 06, 2007

Pembantu


Apabila membaca arkib blog Prof Kamil mengenai pembantu rumahnya yang tamat tempoh kontrak dan ingin kembali dengan syarat dinaikkan gaji RM600. Pembantu tersebut membandingkan dengan tawaran gaji yang akan di dapati di Brunei RM 800. Komen Prof Kamil, pembantu rumah tidak lagi mustahak di dalam kamus kehidupan keluarga mereka, dan menyuruh pembantu tersebut menerima gaji yang lebih lumayan.

Saya terus teringat kepada pembantu rumah kami. Dia masih menanti hari di mana kami akan menjemputnya ke sini tetapi apabila di sini, kami berubah fikiran. Kehidupan di sini lebih simple dan semua urusan lebih selesa dilakukan sendiri.

Anak-anak lebih ceria dan sanggup menyusun jadual mengemas rumah asalkan tidak dibawa bibik bersama. Dan saya tersedar bahawa selama ini saya terlalu banyak take for granted bila ada pembantu. Malas tu terlalu banyak.

Sebenarnya saya tidak pernah berniat untuk mengambil pembantu tetapi apabila sudah beranak tiga dan suami bekerja di negeri yang lain, kawan saya mendesak untuk mengambil pembantu dan sanggup mencarikan seorang pembantu untuk saya. Selepas tiga bulan, pembantu Indon muda 18 tahun lari di waktu maghrib. Esok subuhnya, pembantu kawan saya pula lari.

Alhamdulillah, Tuhan sentiasa memberi saya pengasuh anak-anak yang baik-baik semasa kami tinggal di Dungun mahupun Perlis sehingga-lah kami kembali ke Bangi. Saya mabuk mengandung anak ke enam dan sekali lagi seorang kawan mengusulkan saya mencari pembantu dan dicarikannya juga pembantu buat saya. Saya bertuah mempunyai kawan-kawan yang prihatin.

Dan Syukur kepada Allah, pembantu kali ini sangat tip-top walaupun umurnya sudah 54 tahun. Hampir empat tahun, dia menjaga saya umpama menjaga anaknya. Tak perlu lansung saya mengurusnya malahan dia yang 'mengurus' saya. Tetapi, anak-anak saya kurang berkenan dengan dia kecuali anak ke lima dan ke enam. Maklum-lah setiap aktiviti dipantau dan di lapor terutama solat anak-anak.

Memang sedih dan pilu berpisah dengannya tetapi saya rasa itu yang terbaik. Biarlah kami yang meninggalkan dia dan tidak dia yang meninggalkan kami. Saya jangkakann Hasif (anak ke enam) akan menangis dan menyebut-yebut teringatkan bibik. Tetapi Alhamdulillah, Hasif tidak pernah lansung menyebut dan memanggil bibik walau sekali. Sebaliknya kadang-kadang saya yang menangis teringatkan dia. Tetapi, untuk mengambil pembantu lagi selepas ini, saya berharap tidak lagi. Bak kata Prof Kamil, pembantu rumah bukan lagi mustahak di dalam kamus keluarga kami.

10 comments:

NaNi said...

Salam k.ila,

Bak kata pepatah 'Alah bisa, tegal biasa'...heee
awal2 je kot rasa kekok sbb dah lama bergantung harap dengan bibik...dah lama ok..
mmg ada bibik jadi pemalas sket..:-)
nasib lah bab masak2 mmg x diserahkan ke bibik, kalau x lagi malas...heee
perasaan akk sama cm saya..saya cepat sayangkan org esp y baik(alhamdulillah semua y saya dpt baik, keadaan je memaksa depa balik)..wpun sebulan dok ngan saya, awal2 dia balik dah saya sedih....
harap2 y ni lama la..:-)

loveujordan said...

Kalau dah anak-anak boleh dan sanggup membantu urusan rumah, Alhamdulillah mudah kerja.Memang kadangkala anak-anak pun merasa kurang selesa bila ada bibik tinggal bersama.

Nur said...

Salam Kak Zlaa, Saya pun mula-mula nak ambik pembantu tapi memikirkan susah...maklumlah ada orang lain dalam rumah kita mesti tak best kan..lagi pun mana larat buat, buat je..masak ha ha ha kalau malas tu tunjuk aje, tinggal di Perlis ni ok lagi...
Hari tu bersalin kat INS..tak teringat pulak kat Jitra tu..nanti boleh cuba pulak di sana...kut2 ada lagi...
Salam untuk semua di sana.

MAMAMIA said...

zlaa,
I tak pernah ada maid, Dengar banyak sangat problems. Takut nak take the risk. Anyway, ada outsider ni, sure tak ada privacy kan...

Lily Haslina Nasir said...

salam zlaa..
bercakap pasal pembantu rumah memang amat subjektif..kalau ditakdirkan dapat yang memang dah ada agenda tersembunyi, kita buat mcm mana pun memang hati mereka tak mahu kerja di rumah..
mcm mana pun saya pun bersyukur sesangat sebab sunti -pembantu rumah saya sampai 5 tahun masih begitu... masih rajin mcm hari dia mula mula kerja...satu perkara sunti pun pernah kata, rakan indonnya kalau dtg kerja ke sini niat nak cari wang, akan berhasil...maknanya kerja tekun dan simpan duit beli harta di sana.. kalau tidak, memang duit pun hangus tak sempat buat harta... org gaji saya bila tengok foto terkejut sangat.. rumahnya di jawa tu besar melaut mcm villa datuk k gamaknya... kansel nak jenjalan rumah dia... takut sampai sana saya pulak jadi bibik... ha, kat entri yg lalu ada cerita saya tulis tajuk bibik oh bibik...

idham said...

zlaa....pasal pembantu ni kan...boleh buat dua jilid buku pun belumtentu selesai....maklum la dah ramai sgt...:)

mcm2 berlaku....yang last sekali walked away with all of LiL's jewellery....just before we left spore for jeddah....
and we thought she was the best ever....punya la baik...we treated her as a family member...makan sama2....holiday sama2...cuma time dia lari jer dia tak ajak kami sama2....huhuhu

but, anak2 semua nasib la kan....depa tak de la attached sgt dgn pembantu...

idham

faizabelle79 said...

mmg ada kebaikkan dan keburukan pembantu rumah ni..
kalau dapat yg elok tidak mengapa..dah macam2 kes kita dengar..

ummu_naqeebah said...

akak, awat tak mai umah saya masa dtg sheffield...next time dtg singgah umah tau
laily
ummu_naqeebah@yahoo.com

ZLAA said...

nani,

Salam. Memang malas kan ada bibik kat rumah? Teruk sikit. Planning lepas ni tak nak dah. Mudahan dapat bertahan-lah.

loveujordan,

Okay-lah anak kalau dia orang nak tolong tapi kadang-kadang tu...

nur,

Ada bibik yang okay, fikiran at peace tapi bila fikir time-time nak keluar, nak cuti. Tak sampai hati nak tinggal. Bila bawa, macam tak best-lah pulak.., Lagi satu nak layan kerenah2 dia.

mamamia,

Kadang-kadang tak ada privacy. Depends. Tapi, banyak membantu meringankan kerja rumah.

Lily Haslina,

I dah baca pasal bibik oh bibik. Menarik. Saya pun tak berani nak pergi kampung dia walaupun dia mengajak. Takut dijadikan bibik jugak. Takut kaum puak dia balas dendam.He..he..

Idham,

Memang banyak macam-macam versi kisah pembantu rumah. Ada kawan yang pembantunya kerja lebih sepuluh tahun. Last sekali masa nak balik kampung for good, dia curi barang kemas worth 10000k. sampai sekarang kawan tu dah serik ambil pembantu..

Faizabelle,

Selagi boleh nak buat semua sendiri lepas ni. Ingat-ingat nak beli dish washer juga lepas ni, nak elak-kan dari cuci pinggan. He..melampaukan?

ummu_naqeebah,

Pergi Sheffield hari tu kejap je, balik hari. Tak pa, lain kali, InsyaAllah nak pergi lagi. Nanti akak contact ye.

k-riey said...
This comment has been removed by the author.