Wednesday, June 27, 2007

Peringatan buat diriku yang Alpa


I found this interesting article:
Teka-teki Imam Ghazali.

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Soalan pertama Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat


Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketigaIman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)

Soalan keempat Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Ahzab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

Soalan kelima Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

13 comments:

MAMAMIA said...

Zlaa,

I dapat jawab satu aje betul ie lidah yg paling tajam. Eiii, malunya.....

Anak2 adalah amanah Allah kepada kita. Memang susah nak menjaga mereka.... Susah in a sense nak make sure mereka kuat iman, & menjadi anak2 yg Soleh & Solehah..

nurazzah8 said...

zlaa,
dah pernah dapat ni dalam emel beberapa waktu dahulu... mmg rasa tepat sekali jawapan yang diberi oleh Imam Ghazali.. InsyaAllah kita cuba berusaha agar melakukan yg terbaik ... semoga mendapat keberkatan Allah...Amin.

MULAN said...

thanks for the sharing.. ingatan dan pedoman buat semua walaupun setelah membaca (menerima) berkali2.. terkadang (selalu) kita alpa & lupa

nurazzah8 said...

zlaa, I mintak maaf,...tahu la u tag I...tapi busy memanjang... skrg tgh sibuk berbengkel nak revise CS curriculum, dari peringkat certificate hingga lah ke Master...so, semua lect CS terlibat... cannot escape lah...
pastuh kena prepare utk next sem pulak...early July dah start kelas... 2 subject kena ajar... aduish...bila lah akak ada masa nak tulis thesis nih...tolonggggggggggggg

ZLAA said...

mamamia,

Tq for completing the tag. I dah baca. Interesting. At least you ada juga yg betul. I tak betul semua

nurazzah8,

Ya, selalu juga dpt mail macam ni. Tapi, kena ingatkan diri selalu.

mulan,

I pun ceduk dari blog orang. Ingatan utk diri sendiri sebenarnya

nurazzah8,

It's okay. Saja I nak usik you. I memang tahu you busy.. Saja nak tambah serabut you. Hi..hi..

BaYu SenJa said...

Imam Ghazali merupakan Ahli Falsafah Islam yang agung.. sejarah hidup beliau yang pernah berfalsafah yang tersasar dari Islam kemudian kembali dengan Falsafah yang penuh kemurnian berpandu cahaya wahyu menjadikan kalamnya sangat menarik untuk dikaji dan dijadikan panduan....

MalayMind said...

Sama artikel dan sama hari? Mmg amat amat coincidence.

Latiptalib said...

Assalamualaikum

Pertama kali singgah di blog ini. Cantik dan menarik. Saya akan singgah lagi.

Nur said...

Kak Zlaa
Baca Entry kali ni mengingatkan saya dan sentiasa kena ingat selalu. Ha..akak tag saya..nanti ye balik dari kursus saya buat..Ni dari 3-21 kursus di 2 tempat...aduh letih..baca email akak yang yahoo, ada teman akak nak no. telefon dia nak p sana.

musaFir said...

satu peringatan yang penting buat diri ini.thanks for sharing, kak zlaa.
-Raiyan-
http://raiyanz.blogspot.com

ZLAA said...

bayu senja,

Kalau dari pengajian Islam memang arif tentang salah silah Imam-imam ni ya. Di hujung jari saja. MasyaAllah.

malaymind,

Welcome to my blog. Coincident kan?

Pak Latip,

Selamat singgah. Jemput datang lagi.

nur,

Nanti balas e-mail tuy. Minggu depan akan tukar no hp. Lepas tu baru bagi yang dah fixed.

Raiyanz,

Kita ni kena selalu diingatkan. Akak suka betul-lah cup cake tu. Harap2 dapat belajar nanti. Good Luck in your business.

Anonymous said...

I found this site using [url=http://google.com]google.com[/url] And i want to thank you for your work. You have done really very good site. Great work, great site! Thank you!

Sorry for offtopic

Anonymous said...

Helo ! Forex - Работа на дому чашкой чая получать удовольствие от работы стала независимой, просто зарегистрируйтесь forex [url=http://foxfox.ifxworld.com/]forex[/url]