Sunday, June 17, 2007

Faham ilmu


Setiap minggu, Khamis 11.oo pagi, research group kami perlu menghadiri seminar yang dibentang oleh setiap seorang dari kami sendiri. Cuma kadang-kadang ada professor-professor jemputan dari pelbagai universiti datang memberi ceramah. Baru-baru ini, seorang professor berbangsa China dari Universiti Essex. Topik yang dibentangkan adalah berkenaan Multiobjective bla..bla.., Susahnya jangan cerita-lah kerana kami mendapat nota yang hanya penuh dengan 'cacing-cacing' belaka dari muka awal hingga akhir.

Sudah-lah susah subjek, ditambah dengan kesukaran memahami slanga bahasa Professor tersebut. Suaranya amat kuat, serius dan terasa di dalam kem tentera komunis pulak kerana gaya penyampaiannya ala tentera. Tetapi, benarlah bahawa bahasa yang mudah difahami akan memudahkan penyampaian ilmu. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, mendapatkan maklumat, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya.

Bagaimana agaknya anak-anak sekolah kita terutama yang di kampung menghadapi pembelajaran di dalam bahasa Inggeris? Mudah atau payah-kah mereka memahami ilmu??..

7 comments:

loveujordan said...

salam,

Benar tu zlaa, ilmu tu amat luas tapi nak faham ilmu kena mahir bahasa perantaranya....

btw, cacing-cacing tu jenis cacing apa, kerawit ke gelang ???? ..... hehehe.

Nur said...

Salam Kak Zlaa..betul la kak, nak faham apa-apa kena pandai bahasa terutama bahasa inggeris..anak-anak pun tak tau la yang belajar sains and math dalam BI tu, masyallah.. Math ok tapi Sains kesian la kat dia tak faham istilah, kami pun tak faham buka kamus la...

MAMAMIA said...

Zlaa,
Kalau dapat lecturers yg guna Welsh, Scottish or Irish accent yg pekat2 tu memang tension.....

ZLAA said...

loveujordan,

cacing-cacing tu apa lagi... fungsi-fungsi-lah, equation, derivation etc2...

Berpinar biji mata..

nur,

Tu-lah yang dok teringat kat budak-budak kampung. Dah-lah subjek susah, mak bapak tak ambil peduli study depa, takut2 hilang minat kat pelajaran. Tapi, anak Chik okay, mak bapak sampai buka kamus.. Bagus tu..

mamamia,

Jangankan lecturer, kawan-kawan yang bangsa ni pun kena besarkan utk tangkap apa yang dia orang nak sampai-kan. Laju sgt cakapnya... Have to everytime kata "Say again.."

ZLAA said...

mamamia,

besarkan telinga...

omaQ said...

a'a betui tu akak.. mmg kat kg entah laa mmg payah la dak dak nak belajar in bi..

http://www.omaQ.org

ZLAA said...

Omaq,
Kesian kan kat budak-budak tu tapi harap-harapnya mereka dapat menguasai ilmu yang diajar. InsyaAllah.