Monday, June 04, 2007

sakit gigi


Sudah 2 hari, Hasif sakit gigi. Disebabkan ianya weekend maka klinik di sini pun tutup. Pagi ini, pergi ke klinik gigi dan Hasif diberikan appointment oleh seorang male nurse yang cukup gentleman. So, sementara waktu, Hasif akan diberikan paracetamol (beli sendiri). Bak kata seorang teman yang kini sedang belajar di Holland, "tunggu mati dulu, baru dapat jumpa doktor di negera sebelah sini", bila dia mengomel tentang perlu buat appoinment bila hendak berjumpa doktor di negeri Orang kulit Putih ini.

Apa-apa pun, dari segi khidmat perubatan, rasanya negara kita lebih baik. Dan akan lebih baik.. jika ada duit untuk pergi ke klinik-klinik swasta yang berlambak di setiap ceruk tempat di negara kita. Masih ingat lagi, ketika Zahraa sakit gigi dan kami membawanya ke suatu klinik gigi di Bandar Baru Bangi. Doktor gigi tersebut ingin mencabut terus gigi Zahraa yang sakit tapi saya menghalangnya kerana sudah terbiasa dengan Doktor Syed (doktor gigi paling best di Perlis).

Bagi Dr Syed, gigi yang sakit perlu diberi ubat penahan sakit dahulu, hilang sakitnya baru dicabut. Akhirnya Doktor Gigi tersebut bengang dan berkata kepada saya, "Siapa yang doktor?", "Well, betul Doktor, tapi saya dah biasa cara begitu". So, at last saya insist gigi Zahraa tidak dicabut dan hanya minta ubat penahan sakit. Bila mendapat bil, kami dicharge dengan rate rawatan mencabut gigi. Saya dan suami hanya tersenyum sumbing dan kami berkata ada juga doktor yang sebegini desperate but I am sure that ramai lagi doktor di luar sana yang jauh lebih baik. Itu-lah kali terakhir kami mengunjungi klinik tersebut.

8 comments:

Idham said...

zlaa.....ah, sungguh tak patut rasanye si doktor tu charge kan rate mcam tu....tak de hotline tempat boleh buat aduan doktor tak ikut peraturan.

semoga anak2 baik hilang sakit mereka tu ye...

:)

idham

Lily Haslina Nasir said...

salam zlaa...
terima kasih ye sebab meninggalkan jejak di blog saya. nanti bolehlah saya singgah sini untuk baca catatan you... emm, memang saya berhenti dari jelita selepas 10 tahun di sana..

lilyhaslinanasir

Nur said...

Salam Kak Zlaa..tak patut betul doktor tu kan..rasanye kat Perlis ni ok lagi. betul Kak Zlaa ada duit boleh swasta lagi cepat jumpa doktor pakar. Macam bersalin jugak la dua-dua hospital dah rasa, tapi bagi saya swasta is the best cuma sediakan RM sahaja.

Ok...Bye

MAMAMIA said...

zlaa, macaman anak u dah ok? I tak pernah gie dentist kat sana, tapi jumpa doktor pernah. Demam teruk, kena buat appointment dulu. The health centre was quite a distance away, ingatkan boleh dapat ubat terus at the same time. But no, doctor gave me the prescription, then I had to go to the pharmacy in town for the ubats. By the time I dapat ubat rasa dah sihat dah.

Anyway, answers to your question, masa kat notts I tinggal kat Beeston, Dunkirk, Sneinton & Lenton. Tiap2 tahun pindah...

nurazzah8 said...

zlaa,
akak doakan anak you dah baik sakit giginya. nanti u balik, kat shah alam ada sorang doktor gigi yg paling baik dan lemah lembut yg i pernah jumpa, Dr Azizah. tak pernah rasa sakit, terubat dek melihat kelembutannya.
Anyway sekarang akak selalu bawak anak2 and husband sekali kat doktor gigi di Klinik Kesihatan dalam UiTM ni (depan pejabat Inovasi).. and bangunan baru kita (yg dekat classroom tu) akan dikongsi bersama dgn fakulti dentistry... we all selalu buat lawak.."hurm..bagos jugak dentistry share building dgn kita, kalau sakit gigi senang jumpa doktor gigi.." ...hehehe

ZLAA said...

idham,

Alhamdulillah, anak dah okay. Masa tu malas nak buat aduan. Lagipun dia dah hilang satu customer/patient satu family yang ramai. Rugi tuh..

lily haslina,

Salam kenal. I memang suka baca tulisan-tulisan you masa you dengan Jelita dulu. Never miss buying every month. Nanti, InsyaAllah kalau balik M'sia, I akan mula kumpul buku2 tulisan you. I ni tak berapa nak baca novel-novel melayu sebab belum dibiasakan tapi, my eldest daughter kata dia memang pernah baca novel you semasa kat hostel tahun lepas. Atau boleh order online ke?

nur,

Perlis okay klinik-klinik nya. Bersalain kat swasta memang best. Maklum-lah banyak RM telah dikeluarkan. Kena-lah berbaloi kan? Hari tu bersalin kat mana? Kak selalu bersalin di Pusat Rawatan Mahsuri. Best..

mamamia,

Thanks, anak I dah okay. Apasal tiap2 tahun pindah? I stay di Forest Field, tempat senan cari makanan halal. Dekat Asda pulak tu.. Tapi, tak rasa kat England lah. Kdang2 rasa macam kat Mumbai, kadang2 rasa kat Beirut.. tapi ada juga rasa macam kat M'sia.

Nurazzah8,

Thanks for info. Nanti I balik, insyaAllah, kalau anak-anak ada masalah gigi boleh cari Dr Azizah. Susah sebenarnya nak cari yang okay dgn kita. Dentistry dah share dgn kita? Mmm..jadi jugak no..

faizabelle79 said...

x patut la doctor tu..macam-macam kes sekarang ni..

Heyy Kyra said...

Dr syed kat perlis tu klinik dy kat mna kak ? Kte tgh ssakit gigi ni :'(