Wednesday, July 25, 2007

Letih..


Esok tepat jam 12.00 tengahari, perjumpaan dengan supervisor. Saya perlu membentangkan hasil keputusan larian aturcara saya. Saya juga menyediakan laporan untuk tatapannya. Walaupun belum 100% beres tetapi saya bersyukur di saat-saat terakhir program saya menjadi. Tetapi ini baru permulaan.

Sebenarnya jika diikutkan kata hati, di usia begini dengan anak 6, saya sudah letih. Tetapi, Alhamdulillah, Tuhan masih memberi saya kekuatan dan suami yang cukup memahami sehingga sanggup mengambil cuti tanpa gaji menemani saya di bumi Inggeris ini. Malahan dia juga sanggup bekerja odd jobs dalam waktu odd hours bagi memastikan kami cukup makan di sini.

Kekadang saya terlalu letih memikirkan soal studi tetapi bila difikirkan kembali saya lebih suka berkeadaan begini. Saya gembira di dalam otak saya hanya memikirkan kerja/studi dan rumahtangga. Saya runsing jika tidak ada benda difikirkan kerana di saat itu-lah saya mula memikirkan benda-benda yang remeh seperti berkecil hati dengan manusia jika perlakuan mereka tidak menepati expectation saya dan 1001 macam gangguan syaitan. Maklumlah saya perempuan yang mana katanya 99 nafsu dan satu akal.

Di waktu petang bila pulang dari school, saya letih. Tetapi selepas solat Asar, saya gagahkan diri membaca zikir AlMathurat dan MasyaAllah semangat saya kembali bertenaga tetapi sudah tentu tidak fizikal saya. Saya cuba membuat tugas-tugas rumahtangga yang ringan bagi merehatkan minda seperti mana artikel dari blog ini. Dan jika khudrat saya masih kuat, saya kembali mentela'ah. Jika tidak, lena yang panjang.

Suatu petikan dari blog itu yang menjadi renungan buat diri saya:

Apabila kita ditimpa futur, lemah atau bosan dalam perjalanan ilmu, dakwah dan perjuangan kita, kenangkanlah bagaimana Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan kita berjalan dan bersusah payah untuk mencari secebis ilmu, serta betapa bersusah payahnya para ulamak' terdahulu mencari, mengumpul kemudian menyebarkan ilmu pengetahuan

Saya juga kagum dengan seorang guru pencen berumur 80an di Arau, Perlis yang mengusahakan sebuah Pasti yang cukup murah (RM 15 sebulan) buat penduduk kampung yang kurang berkemampuan. Malahan beliau sendiri mengajar anak-anak itu belajar membaca dan mencari dana bagi membiayai sarapan pagi anak-anak itu. MasyaAllah, khudratnya masih kuat ke hulu ke hilir menguruskan Pasti tersebut dengan tiada gaji bulanan. Memalukan bagi saya yang hampir separuh umurnya mengungkapkan ungkapan letih.....


* kredit buat ukhti27 for the beautiful images

Monday, July 23, 2007

Harry Potter

Pagi Sabtu baru ini, awal-awal lagi si Qutub berkejar ke ASDA untuk mendapatkan naskhah terakhir Harry Potter for 5 GBP. Buku kali ini merupakan buku ketujuh dan terakhir dari siri Harry Potter karya J.K. Rowling. Satu dari 48 rumah di sini telah memesan 'Harry Potter and the Deathly Hallows' . manakala Pos Royal Mail Britain telah menghantar 600 ribu buku tersebut pada hari Sabtu pagi kelmarin.

Hebat sekali penangan buku karya J.K.Rowling ini. Di Mumbai, India, kanak-kanak di situ meneka-neka apa akan terjadi pada Harry Porter setelah J.K. Rowling mengatakan 2 watak utama akan menemui ajal. Berjuta dollar AS telah dibelanjakan bagi mempertahankan kerahsiaan itu.


And back in my home, akibat tidak sabar, Qutub came and confessed to me that he regretted reading the last part of the book before finishing reading the book. Dan, seperti biasa, I couldn't understand what is the story of Harry Potter all about... I tried to read the summary infact trying to watch the CD (kejap je) tapi still tak boleh faham story-nya. Punya-lah slow pick-up....

Thursday, July 19, 2007


Pagi ni, mengejar bas ke school. Suspen betul. Driver bas tak tahu jalan!! Dengan mengagau tengok peta sambil bertanya kami para penumpang. Dah-lah jalan biasa ke school ditutup. Apa da.., nasib baik selamat sampai.

Kereta kami masih tak okay. Naik jemu rasanya. Tetapi sebenarnya ada blessing in disguise. Rupanya dengan hanya menunjukkan university card pada driver , kami boleh menaiki bas secara percuma. Sebelum ini, kami membayar tambang sehari £2.80 = RM 19, University kami sudah membayar sejumlah amount untuk pelajarnya menaiki bas ke school. Best-kan? Tapi itu-lah duit, jimat macam mana pun habis juga.

Minggu depan bermula summer holiday bagi anak-anak sekolah di sini. Minggu ini bermacam aktiviti diadakan bagi melayan anak-anak ini. Hari ini, Habeebah trip ke ice-skating ring, sports day, esok toys day di mana anak-anak digalakkan membawa toys ke sekolah, Khadijah trip ke Nottingham Castle. Cuma Zahraa tidak menyebut ke mana-mana.Minggu lepas Zahraa sudah participate di dalam Save the Planet Play. Anak-anak sekolah menengah hanya mengadakan sukan di sekolah.

Dan bermula-lah agenda memikirkan aktiviti buat mereka sepanjang cuti ini. Cutinya agak lama sehingga September. Tetapi dapat-lah saya ke school lebih awal. Mengejar bas trip 8.00 pagi mungkin.

Friday, July 13, 2007

Rubin

Seperti biasa setiap Khamis, hari seminar kami. Kali ini giliran Rubinbai. Rubin seorang penyelidik sepenuh masa selepas tamat PhDnya genap 3 tahun, sesuatu yang jarang berlaku di group research kami. Kebiasaannya 4 tahun tamat PhD di sini. Berasal dari negeri China.

Rubinbai merupakan jiran kluster di ofis. Seringkali saya berdoa mudahan Rubin akan berkekalan menjadi jiran kluster sehingga saya tamat pengajian. Dia menyenangkan dan MasyaAllah akhlaknya sangat saya kagumi. Dia sangat tekun, muka yang manis sepanjang masa dan yang saya perhatikan dia begitu tawadhuk dengan ilmunya. Dia menghormati saya dan seringkali juga mengungkapkan perkataan "Behave" kepada Camil, Arab Perancis yang suka bercerita "censored", memandangkan hanya saya seorang perempuan antara kami berlapan yang berkongsi bilik ofis.

Tetapi, hari ini mendapat berita Rubin bakal berpindah ke mana, belum pasti pada September nanti. Sedih rasanya. Saya jarang berbual dengannya tetapi bila ada satu dua kemusykilan, saya merujuk padanya. MasyaAllah jawapannya beserta analogy sangat saya hargai.

Saya berdoa Rubin sukses dan sebenarnya jauh di hati saya, saya berdoa moga Tuhan memberi hidayah kepadanya. Amin.

Wednesday, July 11, 2007

Al-Quran recitation - Abdullah Fahmi

MasyaAllah, merdu sungguh bacaan adik Abdullah Fahmi ini.

Bila tengok adik Fahmi ni:

Okay..okay Qutub, Umi Ayah hantar balik sekolah Maktab Mahmud of Alor Setar end of this year. Forget all your Play station, Nintendo, Harry Porter, Orthello, Shakespeare essay and everything here. Concentrate on your studies, alim dalam agama. InsyaAllah.

Monday, July 09, 2007

Sabar


Ahad pagi hari ini, dapat juga kami ke car boot Derby, setelah menerima pelawaan sahabat mengikut mereka ke Derby. Sudah 2 minggu, kereta Mitsubishi Space wagon kami tersadai akibat rosak semasa mengharung banjir kilat baru-baru ini. Seorang sahabat, sanggup menjadi mekanik sambilan bagi kami pemilik-pemilik kereta second-hand yang berusia agak lama dan uzur (maklum-lah kami pelajar, mana mampu membeli kereta baru di sini). Sahabat ini sudahpun menempah spare part online tetapi masih jua tidak kunjung tiba.

Sebenarnya, kebelakangan ini, Nottingham asyik hujan dan hujan. Cuma semalam dan hari ini cuaca agak panas. Suasana di carboot Derby sangat meriah. Berlapis-lapis carbooters mengambil peluang menjual barangan hari ini. Cuaca cerah dan matahari terik tetapi suhunya dingin. MasyaAllah, hebat sungguh kurnia Allah pada mereka. Panas tapi sejuk...

Di sini agak sukar mencari mekanik membaiki kereta. Kalaupun ada, berharian kereta akan berada di bengkel walaupun kerosakan hanya minor. Kerja yang hanya 2 jam akan mengambil masa 2 hari. Itu standard biasa bagi orang-orang di sini. Kesabaran memang teruji bila berhadapan dengan masalah begini. Labour cost di sini agak mahal. Jiran sebelah keretanya dilanggar lori dan kemek pintu. Jika dihantar bengkel, kos membaiki lebih mahal dari harga kereta tersebut. Akhirnya terpaksa discrap (lupus).

Baru-baru ini satu jalan ke Universiti ditutup selama 3 bulan kerana kerja-kerja pembaikan. Alahai..jalannya taklah jauh, pendek sahaja.. sampai 3 bulan, jalan ditutup. Tetapi, Mat Salleh ni orangnya penyabar. Itu sifat yang tak mungkin orang kita dapat tandingi. Jika kita lambat di traffic light, tiada siapa yang akan membunyikan hon menggesa kita, pejalan kaki diberi keutamaan melintas, hmm.., jika di tempat kita, kenderaan bagai nak menerkam kita jika melintas di jalan yang sibuk. Mungkin sebab cuaca dingin menyebabkan lambatnya darah mereka menyirap.

Thursday, July 05, 2007

Memperingati Princess Diana - Concert for Diana

Prince Harry dan Prince William

Bermacam cara untuk memperingati seseorang seperti baru-baru ini, 1 July, sebuah konsert untuk Diana dianjurkan oleh anakanda2 beliau bagi memperingati Princess Diana sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 46 yang juga 2007, tahun ke10 kematiannya.

More than 60,000 people joined Prince William and Prince Harry at Wembley Stadium on 1st July 2007 to celebrate the life of their mother Diana, Princess of Wales. Around 15 million people from across the UK watched Concert for Diana at home, and it was broadcast to over 500 million homes in 140 countries.Tiket pula yang berharga £45 sold out hanya dalam masa 20 minit. Performernya agak ramai. Antaranya Sir Elton John, my all-time favourite Rod Stewart, Duran-Duran, Tom Jones dan ramai lagi.

Macam-macam ya cara memperingati seseorang samada di hari kelahiran atau kematian ini. Antaranya menyambut ulang tahun kelahiran di zoo hingga zoo sebuah negara terpaksa ditutup bagi meraikannya...