Monday, July 09, 2007

Sabar


Ahad pagi hari ini, dapat juga kami ke car boot Derby, setelah menerima pelawaan sahabat mengikut mereka ke Derby. Sudah 2 minggu, kereta Mitsubishi Space wagon kami tersadai akibat rosak semasa mengharung banjir kilat baru-baru ini. Seorang sahabat, sanggup menjadi mekanik sambilan bagi kami pemilik-pemilik kereta second-hand yang berusia agak lama dan uzur (maklum-lah kami pelajar, mana mampu membeli kereta baru di sini). Sahabat ini sudahpun menempah spare part online tetapi masih jua tidak kunjung tiba.

Sebenarnya, kebelakangan ini, Nottingham asyik hujan dan hujan. Cuma semalam dan hari ini cuaca agak panas. Suasana di carboot Derby sangat meriah. Berlapis-lapis carbooters mengambil peluang menjual barangan hari ini. Cuaca cerah dan matahari terik tetapi suhunya dingin. MasyaAllah, hebat sungguh kurnia Allah pada mereka. Panas tapi sejuk...

Di sini agak sukar mencari mekanik membaiki kereta. Kalaupun ada, berharian kereta akan berada di bengkel walaupun kerosakan hanya minor. Kerja yang hanya 2 jam akan mengambil masa 2 hari. Itu standard biasa bagi orang-orang di sini. Kesabaran memang teruji bila berhadapan dengan masalah begini. Labour cost di sini agak mahal. Jiran sebelah keretanya dilanggar lori dan kemek pintu. Jika dihantar bengkel, kos membaiki lebih mahal dari harga kereta tersebut. Akhirnya terpaksa discrap (lupus).

Baru-baru ini satu jalan ke Universiti ditutup selama 3 bulan kerana kerja-kerja pembaikan. Alahai..jalannya taklah jauh, pendek sahaja.. sampai 3 bulan, jalan ditutup. Tetapi, Mat Salleh ni orangnya penyabar. Itu sifat yang tak mungkin orang kita dapat tandingi. Jika kita lambat di traffic light, tiada siapa yang akan membunyikan hon menggesa kita, pejalan kaki diberi keutamaan melintas, hmm.., jika di tempat kita, kenderaan bagai nak menerkam kita jika melintas di jalan yang sibuk. Mungkin sebab cuaca dingin menyebabkan lambatnya darah mereka menyirap.

5 comments:

mki said...

Zlaa,
Salam sejahtera. Car-boot sale berhantu. Nasihat saya: Jangan habiskan duit di sana. Bila balik Malaysia menyesal. Kita berbelanja tanpa sedar sebab 1 pound/2 pound. Hinggakan barang yang tak perlupun dibeli kerana murah....

Hampir 3 tahun di UK [PhD] saya pakai 6 buah kereta. Pakai buang. MOTnya lebih mahal daripada beli kereta yang lain. Emmm... tapi OK juga. Kereta buruk, tak ada yang kisah di sana!

MAMAMIA said...

Macamana kereta? Hopefully dah okay.. Alamak, kat Notts pun ada banjir kilat ke? Tak da pengalaman ni masa kat sana. Anyway, sabar ajelah...

ZLAA said...

Prof mki,

Terima Kasih atas nasihat. Betul tu. Saya tak membeli sangat cuma tak boleh tahan tengok buku-buku yang murah. Kalau boleh, nak dibeli semua buku-buku tu. Tapi, itu-lah entah sempat baca atau tidak...

mamamia,

Kereta belum okay. Notts banjir kilat masa hujan lebat baru ni tapi, tak-lah teruk. Ada tempat lagi teruk seperti Sheffield.

K@ssim Sel@m@t said...

zlaa,
ingat kat kl aja banjir kilat, kat sana pun banjir juga yaa..

doa saya semoga zlaa sukses dan sejahtera selalu di sana.

balik ke mesia nanti beli kereta baru ekk...hehehe

ZLAA said...

Salam Kassim Selamat,

Terima kasih atas doa. Saya sangat menghargainya. Untuk Kassim juga, jangan sedih-sedih, Tulis yang mengembirakan, kami juga turut akan gembira.