Wednesday, July 25, 2007

Letih..


Esok tepat jam 12.00 tengahari, perjumpaan dengan supervisor. Saya perlu membentangkan hasil keputusan larian aturcara saya. Saya juga menyediakan laporan untuk tatapannya. Walaupun belum 100% beres tetapi saya bersyukur di saat-saat terakhir program saya menjadi. Tetapi ini baru permulaan.

Sebenarnya jika diikutkan kata hati, di usia begini dengan anak 6, saya sudah letih. Tetapi, Alhamdulillah, Tuhan masih memberi saya kekuatan dan suami yang cukup memahami sehingga sanggup mengambil cuti tanpa gaji menemani saya di bumi Inggeris ini. Malahan dia juga sanggup bekerja odd jobs dalam waktu odd hours bagi memastikan kami cukup makan di sini.

Kekadang saya terlalu letih memikirkan soal studi tetapi bila difikirkan kembali saya lebih suka berkeadaan begini. Saya gembira di dalam otak saya hanya memikirkan kerja/studi dan rumahtangga. Saya runsing jika tidak ada benda difikirkan kerana di saat itu-lah saya mula memikirkan benda-benda yang remeh seperti berkecil hati dengan manusia jika perlakuan mereka tidak menepati expectation saya dan 1001 macam gangguan syaitan. Maklumlah saya perempuan yang mana katanya 99 nafsu dan satu akal.

Di waktu petang bila pulang dari school, saya letih. Tetapi selepas solat Asar, saya gagahkan diri membaca zikir AlMathurat dan MasyaAllah semangat saya kembali bertenaga tetapi sudah tentu tidak fizikal saya. Saya cuba membuat tugas-tugas rumahtangga yang ringan bagi merehatkan minda seperti mana artikel dari blog ini. Dan jika khudrat saya masih kuat, saya kembali mentela'ah. Jika tidak, lena yang panjang.

Suatu petikan dari blog itu yang menjadi renungan buat diri saya:

Apabila kita ditimpa futur, lemah atau bosan dalam perjalanan ilmu, dakwah dan perjuangan kita, kenangkanlah bagaimana Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan kita berjalan dan bersusah payah untuk mencari secebis ilmu, serta betapa bersusah payahnya para ulamak' terdahulu mencari, mengumpul kemudian menyebarkan ilmu pengetahuan

Saya juga kagum dengan seorang guru pencen berumur 80an di Arau, Perlis yang mengusahakan sebuah Pasti yang cukup murah (RM 15 sebulan) buat penduduk kampung yang kurang berkemampuan. Malahan beliau sendiri mengajar anak-anak itu belajar membaca dan mencari dana bagi membiayai sarapan pagi anak-anak itu. MasyaAllah, khudratnya masih kuat ke hulu ke hilir menguruskan Pasti tersebut dengan tiada gaji bulanan. Memalukan bagi saya yang hampir separuh umurnya mengungkapkan ungkapan letih.....


* kredit buat ukhti27 for the beautiful images

11 comments:

maklang said...

Memang bagus membaca surah Al Mathurat...maklang pun kena membiasakan membacanya kembali...

ADIEJIN said...

Be strong, be safe sis. Letih, malas dan keciwa itu hasil tiupan dari mulut Syaitan. But we know you are a strong person. :)

mki said...

Puan,

Semoga Allah memudahkan pengajian puan. Saya juga baru belajar membaca wirid-wirid ini. Misalnya, sejurus duduk di bilik pejabat, saya akan membaca ayat-ayat Al-Mathurat.

Pengajian PhD membawa kita mengenal diri sendiri. Di sinilah kita berpeluang melihat kebesaran Allah, jika kita mahu.

Saya doakan kita jadi begitu...

Nur said...

Kak Zlaa,
Semoga kak terus bersemangat dan saya doakan kak berjaya nanti dan satu-satunya sedara kita yang ada Phd ni..teruskan perjuanganmu dan semoga diberkati Allah sentiasa. Salam buat semua disana.

MAMAMIA said...

Zlaa,

I salute U for even taking up this PHD challenge.

Bila kita selalu berfikiran -ve, kita akan nampak obstacles aje kan... I'm trying to stay +ve in whatever situations, banyak membantu. InsyaAllah.

musaFir said...

kak zlaa, doakan agar saya punya semangat mcm akak! saya ni master pun lum tentu nak sambung. phd lagik la.huhu
guru pencen yg akak maksudkan tu, Cikgu Halimah ye? yang buka pasti fajar tu kan?saya pun kagum dengannya. bulan lepas suaminya meninggal.
-raiyan-
http://raiyanz.blogspot.com

ZLAA said...

maklang,

I kagum dengan you. Dengan kerja masih lagi sempat memasak, menjahit etc.. Untung family you. Reading your blog juga buat I semangat utk entertain family mcm you. Keep it up.

adiejin,

Thanks. I hope I am strong enough to take all the challenge. Tapi, study susah-lah..

Prof mki,

Terima kasih. Benar kata Prof, pengajian PhD membawa kita mengenal diri. Saya berharap saya berjaya complete pengajian macam Prof. Sebenarnya saya takut dalam mengharap. Takut kecundang separuh jalan.

nur,

Terima kasih. Kadang-kadang letih bila masalah belajar tak solve2. Kita macam berada di dalam dunia sendiri. Hanya kita tahu apa yang kita buat tetapi utk berjaya bukan mudah.

mamamia,

Betul, being positive is the most important attitude. Bila kita positif, yang susah pun jadi ringan. Kalau kita negatif, semua benda jadi susah

Raiyanz,

Terima kasih atas doa. Tak semestinya dengan sambung belajar menandakan kita berjaya dalam hidup. Apa yang Raiyanz buat sekarang, insyaAllah ada pulangannya nanti. Bila dah berjaya, jangan pula lupa untuk menyumbang.

Ya, betul, cikgu pencen tu Cikgu Halimah. Cuba-lah tanya dia apa petua dia kekal bertenaga untuk contribute pada society. Ada doa dia tuh.. Dia pernah bagitahu tapi akak pun dah lupa. Innalillah buat suaminya, Pak Long. Dia dah lama sakit. Salam pada dia kalau jumpa dia.

Latiptalib said...

Pada suatu hari Siti Fatimah mengadu kepada Rasulullah SAW yang dia letih kerana banyak kerja rumah yang terpaksa dilakukannya. Dia minta diberikan seorang khadam. Kata Rasulullah, mahukah aku beri lebih baik dari yang kau minta?. Jawab Siti Fatimah, mahu ayah.

Sebelum tidur ucapkan subhanallah 33 kali, walhamdulillah 33 kali, allahu akbar 33 kali.

Cuba amalkan, bangun pagi esoknya rasa segar dan bertenaga semula.

InsyaAllah.

BaYu SenJa said...

setiap amalan zikir merupakan makanan untuk roh..

carilah zikir yang mampu kita amalkan setiap hari..istiqamah

bisa menguatkan diri menghadapi hidup dengan disiplin agama :)

loveujordan said...

salam,

InsyaAllah you can do it !!

ZLAA said...

Pak Latip,

Terima kasih. InsyaAllah cuba amalkan.

Bayu,

Betul, apa-apa amalan perlu istiqamah. Akak dah balas e-mail Bayu.

LoveuJordan,

Thanks. Mudahan perjalanan ini dipermudahkan. Untuk you juga, mudahan kepulangan ke Malaysia akan membahagiakan.