Thursday, July 19, 2007


Pagi ni, mengejar bas ke school. Suspen betul. Driver bas tak tahu jalan!! Dengan mengagau tengok peta sambil bertanya kami para penumpang. Dah-lah jalan biasa ke school ditutup. Apa da.., nasib baik selamat sampai.

Kereta kami masih tak okay. Naik jemu rasanya. Tetapi sebenarnya ada blessing in disguise. Rupanya dengan hanya menunjukkan university card pada driver , kami boleh menaiki bas secara percuma. Sebelum ini, kami membayar tambang sehari £2.80 = RM 19, University kami sudah membayar sejumlah amount untuk pelajarnya menaiki bas ke school. Best-kan? Tapi itu-lah duit, jimat macam mana pun habis juga.

Minggu depan bermula summer holiday bagi anak-anak sekolah di sini. Minggu ini bermacam aktiviti diadakan bagi melayan anak-anak ini. Hari ini, Habeebah trip ke ice-skating ring, sports day, esok toys day di mana anak-anak digalakkan membawa toys ke sekolah, Khadijah trip ke Nottingham Castle. Cuma Zahraa tidak menyebut ke mana-mana.Minggu lepas Zahraa sudah participate di dalam Save the Planet Play. Anak-anak sekolah menengah hanya mengadakan sukan di sekolah.

Dan bermula-lah agenda memikirkan aktiviti buat mereka sepanjang cuti ini. Cutinya agak lama sehingga September. Tetapi dapat-lah saya ke school lebih awal. Mengejar bas trip 8.00 pagi mungkin.

14 comments:

loveujordan said...

salam,

kalau naik bas macam tu , best jugak...

wah lamanya cuti...happy holidays pada semua !!

MULAN said...

now dah perang balik kat rumah ni. huru hara. lambatnya mid august..

idham said...

...selamat menyambut cuti sekolah...:)

tak pulang ke?

idham

ZLAA said...

loveujordan,

Dah balik cuti ye? Best naik bas. Masing-masing macam dah kenal sesama sendiri. Maklum-lah regular customer. Cuma tak tahan, bas hanya sejam sekali. Terlepas satu, terpaksa tunggu lagi sejam...

Mulan,

Dah balik cuti ye? I akan mula perang next week. Dah mula nak pening kepala ni.

Idham,

Thanks. Tak balik. Ramai sangat rakyatnya. Tak mampu nak cover travelling expanses. Harap majlis nanti berjalan lancar and as planned.

Umi said...

Zlaa,

Thanks for dropping by.

Happy holidays. Bolelah masak sedap2 for the children.

MAMAMIA said...

Tak pergi fruit picking? Musim apa agaknya sekarang ni. Ice Skating, tempat di mana I jatuh lagi banyak dari skate. Pergi Nottingham Castle, lepas tu kena ambil gambar dgn Robin Hood....

alqasam said...

salam

kak, may i link ur site?

tq

BaYu SenJa said...

hakhakhak..
agaknya elok jugak kalau dreba arab memandu di sana...

BaYu SenJa said...

hmm..
akak ada terima email dari saya?

ok, salam

idham said...

zlaa....i changed the plan...
no more games...
while in mecca today....tetiba my thoughts beralih untuk buat majlis membaca yasin...:)

hope it will go well..

idham

Nur said...

Salam Kak Zlaa, Saya dah balik dari kursus tapi frust betul dalam masa kursus tu ada book fair kat Perlis ingat nak jumpa Raiyanz..tapi tak pa nanti p arau jumpa dia. Happy holiday untuk anak2 semua. Sini pun hujan juga tapi takut juga banjir macam dulu..rumah kami masuk air.

Kak Elle said...

zlaa thanks for dropping by:)hope all well and in 2 wks time mak oi fening....fening eh?

hnbi said...

Salam,

Sini bus schedule sangat reliable, very punctual. Oooo...dah nak summer ye? Kami disini in the middle of winter. Sejuk!!! Oh ye..si Arzami akan berkampung bersama kami disini tak lama lagi.

ZLAA said...

umi,

Cuti dah bermula. I tak berapa pandai masak. Not gifted. Kagum tengok orang-orang yang creative masak-masak.

mamamia,

We all belum pergi fruit picking. Summer this time asyik hujan. They said it might not be summer at all this time due to heavy rain fall. In fact ada tempat-tempat yang banjir semula. I belum pernah pergi lagi ice skating ring, the castle. Asyik sibuk saja. Luckily sekolah anak-anak buat trip ke situ. Tak-lah kempunan dia orang.

AlQasam,

Thanks. Jemputlah link-kan akak. I'll link yours as well.

Bayu,

Dah dapat e-mail Bayu. Nanti, minggu depan free sikit, akak tulis mail pada Bayu. Sekarang ni tengah siapkan programming task. Pening.. Balik tak puasa dan raya tahun ni?

Idham,

Hello again. Didoakan majlis tu berjalan lancar. Wish I can be there too.

Nur,

Kak ada di Perlis masa banjir besar 2005. Memang teruk. Kangar tenggelam. Nasib baik rumah kami di Arau selamat. Tapi, macam seronok saja orang Perlis main ayarq..

Kak Elle,

Welcome. You baca jugak tak buku Harry Porter? I tak pandai baca and don't know what it is all about. Cannot understand although my son excitedly datang cerita. They collected the CD as well. But still, I cannot understand.

hnbi,

Wah, akhirnya Arzami jadi jugak ke sana ya? Adalah member. Sini, walaupun summer, masih sejuk..