Friday, July 13, 2007

Rubin

Seperti biasa setiap Khamis, hari seminar kami. Kali ini giliran Rubinbai. Rubin seorang penyelidik sepenuh masa selepas tamat PhDnya genap 3 tahun, sesuatu yang jarang berlaku di group research kami. Kebiasaannya 4 tahun tamat PhD di sini. Berasal dari negeri China.

Rubinbai merupakan jiran kluster di ofis. Seringkali saya berdoa mudahan Rubin akan berkekalan menjadi jiran kluster sehingga saya tamat pengajian. Dia menyenangkan dan MasyaAllah akhlaknya sangat saya kagumi. Dia sangat tekun, muka yang manis sepanjang masa dan yang saya perhatikan dia begitu tawadhuk dengan ilmunya. Dia menghormati saya dan seringkali juga mengungkapkan perkataan "Behave" kepada Camil, Arab Perancis yang suka bercerita "censored", memandangkan hanya saya seorang perempuan antara kami berlapan yang berkongsi bilik ofis.

Tetapi, hari ini mendapat berita Rubin bakal berpindah ke mana, belum pasti pada September nanti. Sedih rasanya. Saya jarang berbual dengannya tetapi bila ada satu dua kemusykilan, saya merujuk padanya. MasyaAllah jawapannya beserta analogy sangat saya hargai.

Saya berdoa Rubin sukses dan sebenarnya jauh di hati saya, saya berdoa moga Tuhan memberi hidayah kepadanya. Amin.

5 comments:

ADIEJIN said...

Rubin ni orang apa yer ?

MAMAMIA said...

Semoga Zlaa dapat pengganti Rubin yg lebih baik. Mana tahu dapat lady pulak kali ni.

Being an only lady there, banyak pro or cons?

Umi said...

Salam Zlaa,

Baru sekarang dapat peluang baca nukilan you. Wah you ni betul2 berhati tabah..masih lagi kuat untuk menimba ilmu walaupun sudah dikurniakan rezeki anak 6. Baguslah.. may allah always be with you..

k-riey said...

Mesti best kan kalau ada rakan sepasukan yang memahami macam tu.
sya gune rakan 'sepasukan' untuk sesuaikan dengan semua.
kerja,belajar dsb.
I wish i could have some 1 who can play a role like rubin's to you.

ZLAA said...

adiejin,

Rubin orang China. Betul-lah bangsa mereka memang tekun..

mamamia,

Ya, hopefully dapat pengganti Rubin. No choice group kami memang tak ramai perempuan. Postgrad tak ada beza sgt. Mostly matured students.

umi,

Welcome. Terpaksa tabahkan hati walau susah belajar. Macamana pun saya enjoy belajar, sejak dulu lagi. Thank you for the doa.

k-riey,

Dah ada di Malaysia ke? harap kita dapat contohi Rubin, tekun dan sungguh2.