Thursday, August 30, 2007


Huh..bukan main pandai budak-budak China di dalam bilik ini. Kagum dibuatnya. Apa ilmu, cara belajar yang dia orang pakai? Tak tercapai rasanya.

Buntu saya berfikir bab probabiliti. Saya ambil kesempatan bertanya pada H.Lee, research assistant di sini. Dulunya belajar di Essex. Masih menunggu tarikh viva PhDnya.

Saya bertanya H.Lee isu masalah probabiliti dan mudahnya dia menerangkan seolah betul faham ke akar umbi. Saya pasti viva H.Lee akan berlansung sekejap sahaja. Good Luck H.Lee.


Tuesday, August 28, 2007

Maid story - ngeri

Sampai bilakah kita perlu bergantung kepada khidmat 'pembantu rumah'?

Berita 1:

Suami isteri akan didakwa bunuh pembantu rumah

SUBANG JAYA 27 Ogos – Sepasang suami isteri akan dihadapkan ke mahkamah Khamis ini kerana dipercayai mendera pembantu rumah warga Indonesia sehingga menyebabkan kematian mangsa dalam kejadian di Puchong Perdana dua minggu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, suspek wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala suaminya di bawah Seksyen 201 kanun yang sama kerana memusnahkan bahan-bahan bukti.
Polis hari ini mendapat perintah menyambung reman selama dua hari lagi sehingga Khamis ini terhadap kedua-dua suspek.

Perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah terhadap mereka itu dikeluarkan oleh Majistret Majistret Maimoonah Aid di Mahkamah Petaling Jaya, dekat sini hari ini.

“Kita telah mendapat arahan daripada pendakwaraya selepas meneliti bukti-bukti yang ada,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 14 Ogos lalu, mangsa yang berusia 24 tahun itu ditemui mati di sebuah rumah teres dua tingkat di Puchong Perdana, pukul 7 malam.

Mangsa yang dikenali sebagai Kunasir, berasal dari Jawa Tengah, Indonesia dijumpai mati dengan tanda-tanda lebam pada bahagian leher dan belakang badan.
Polis yang mengklasifikasikan kes berkenaan berunsur jenayah kini menjalankan siasatan terhadap pasangan suami isteri berusia 30-an itu yang merupakan majikan mangsa.

Seorang ejen yang tidak mahu dikenali memberitahu Kunasir datang ke negara ini empat bulan lalu. Difahamkan mangsa telah berumahtangga dan mempunyai seorang anak di Indonesia.
Dalam pada itu, Khalid menegaskan, polis akan mengambil tindakan serta-merta sekiranya ada laporan mengenai kes penderaan.

“Saya harap orang ramai terutamanya jiran tetangga tampil membuat laporan sekiranya ada berlaku kes-kes seumpama ini,” ujarnya.

Berita 2:

Bayi mangsa dera meninggal

SUBANG JAYA 27 Ogos – Selepas enam hari bertarung nyawa dengan menggunakan mesin sokongan pernafasan, Mohd. Naim Almazaadi, 11 bulan yang cedera dipercayai didera pembantu rumah warga Indonesia meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) awal pagi ini.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu dikejarkan ke SJMC Rabu lalu selepas tidak sedarkan diri sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
Sejak dirawat di ICU, bayi malang itu yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 pagi ini terpaksa menggunakan mesin sokongan pernafasan sepenuhnya.

Ekoran penderaan yang dilakukan ke atas mangsa, polis telah menahan pembantu rumah warga Indonesia berusia 32 tahun sehari selepas Mohd. Naim dimasukkan ke SJMC.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu, siasatan ke atas suspek akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

‘‘Sebelum ini suspek disiasat di bawah Seksyen 311 (A) Akta Kanak-kanak kerana dipercayai mendera,’’ katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, di sini hari ini.

Suspek yang hanya dikenali sebagai Bibi dikatakan baru tiga bulan berkhidmat dengan keluarga mangsa. Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati terdapat beberapa kesan cubit di kaki dan tangan Mohd. Naim selain kesan cekik di leher dan kecederaan di kepala dipercayai akibat dipukul.

“Saya amat sedih dan kesal kerana kes-kes seperti ini masih berlaku di Malaysia,” katanya.
Tambah beliau, kerjasama serta bantuan jiran diperlukan untuk menangani kes seumpama ini dari terus berulang.

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi rumah mayat Hospital Serdang apabila ahli keluarga kanak-kanak itu, terutama ibunya, Nur Asyikin Mohd Ali, 37, tidak dapat menahan sebak ketika menunggu jenazah anaknya dikafankan.

‘‘Saya dimaklumkan oleh doktor, Mohd. Naim mengalami pendarahan di kepala selain tengkorak kepalanya retak.

‘‘Saya reda dengan nasib yang menimpa anak saya dan saya serahkan segala-galanya kepada pihak berkuasa untuk menentukan hukuman kepada pembantu rumah saya itu,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Serdang di sini hari ini.

Jenazah Mohd. Naim dibawa keluar dari bilik mayat kira-kira pukul 11.55 pagi sebelum dibawa pulang oleh ibu bapanya menaiki kereta mereka. Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 13, Puchong selepas jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Falah, Subang Jaya kira-kira pukul 1.45 petang ini.

Monday, August 27, 2007

Shopping di Bulwell

anak sungai kecil di tengah bandar


Minggu ini Isnin adalah cuti umum, bank holiday di sini. Mulanya kami bercadang membawa anak-anak ke Theme Park di Matlock. Sabtu pagi kami ke pekan kecil Bulwell membeli uniform sekolah anak-anak. Uniformnya simple sahaja, t.shirt kuning, jumper hitam dan seluar panjang hitam, bercop sekolah. Separuh hari kami di Bulwell dan apabila balik letih benar dan kami memilih untuk lepak sahaja di rumah. Rancangan ke Theme Park ditunda. Telahan seorang sahabat di sini masuk hospital dan anaknya ditinggalkan di rumah kami.

menuju ke morning market

Bulwell, pekan kecil mempunyai anak sungai di tengah bandar. Sabtu pagi selalunya di adakan morning market. Antara barangan dijual adalah bunga-bunga segar, baju, daging dan macam-macam lagi. Bangsa asing yang kelihatan hanya kami sahaja. Terasa sebentar berada di England.

van menjual daging


selamba anak-anak Mat Salleh menimba ikan di anak sungai

Qutub dengan kereta idaman

Khadijah with favourite red car

Wednesday, August 22, 2007

Halal Meat


Bila membaca komen kawan-kawan tentang ragam membeli ayam/chicken di sini membuat saya tersenyum petang tadi ketika di kedai Khan Halal Meat. Saya ke situ untuk membeli daging kambing yang specifically banyak lemak bagi melayan selera puasa ganti saya hari ini. Lazat sekali bila lemak daging cair di dalam mulut kita..

Di sini banyak sekali kedai-kedai menjual halal meat. Antaranya Khan Halal Meat, Umar Halal Meat, Ali Halal Meat, Medina, Ahsan Halal Meat. Semuanya secara khusus menjual hanya daging kambing dan ayam. Daging lembu agak sukar dicari. Entah kenapa, mungkin sebagai menghormati kaum India.

Harga agak murah. Saya selalu membeli chicken wing untuk anak-anak. Jika saya ke kedai, dapatlah 4 pound weight chicken wing for 1 pound money. Harus distresskan beza antara pound weight dan pound money. Kalau saya terlupa, mamak Khan selalu bertanya "pound money or pound weight". Itu-lah dah ada timbangan kilogram tidak mahu diguna. Tetapi, kalau suami membeli, dia akan mendapat 3 pound weight chicken wing for 1 pound money. He..he.. ada special price untuk wanita.. Mamak..mamak...

Chicken thigh, chicken nibblet, chicken wing, broiler chicken dan macam-macam jenis bahagian ayam dijual. With skin, skinless semua ada. Cuma yang tidak berjumpa adalah hati ayam. Tidak pula dijual bahagian hati ayam di sini.

Daging kambing istilahnya mengelirukan bagi saya. Salah saya juga yang tidak pernah hendak ambil peduli jenis-jenis daging kambing di dalam pasaran. Yang saya terjumpa adalah mixed mutton, goat meat, lamb meat, mixed goat meat dan ada dua, tiga istilah lagi yang kadang-kadang pening untuk dibuat pilihan. Puas kami makan daging kambing fresh di sini...
Bila pulang ke Malaysia nanti pasti saya akan merindui halal meat di sini kerana daging fresh kita di sana mahal!!...

Monday, August 20, 2007

"Mum, can I open the merah sabun?".
Aduh.., bahasa Khadijah anak saya yang ke lima sudah tunggang langgang. Khadijah 6 tahun sudah Tahun 1 persekolahan di sini. Saya dan suami sudah di 'mum and dad'-kan oleh Khadijah. Dia lebih suka berbahasa Inggeris walaupun kami yang lain-lain semua berbahasa Melayu di rumah. Baru sahaja 6 bulan kami di sini.

Terutama Hasif, 3 tahun setengah/ nursery school di sini paling tidak suka Khadijah berbahasa Inggeris. Selalu saya mendengar Hasif memarahi Khadijah dengan bersungut :

"Kakak Ijah, boleh tak cakap macam biasa..".

Dan kemudian sekejap sahaja Khadijah kembali berbahasa Melayu tetapi, tidak lama..

Saya kagum dengan bangsa Pakistan di sini. Kami tinggal di kawasan Pakistan. Tinggal di sini memudahkan urusan terutama mencari barangan halal. Tetapi, sedikit leceh-lah apabila berada di England tetapi terasa berada di Pakistan.

Saya suka mengamati budaya mereka. Mereka masih kekal dengan pakaian kebangsaan mereka. Wanita Muslim masih kekal bertudung dan berpakaian menutup aurat. Perniagaan di sini dikuasai bangsa mereka. Daging halal lansung tiada masalah untuk dicari. Masjid di sini sahaja 4 buah. Agak-agak kalau orang kita akan adakah kemudahan seperti ini?

Paling seronok dilihat kalau terserempak anak-anak kecil sebesar anak-anak saya memegang handphone berlatarbelakang-kan muzik lagu-lagu Bollywood. Sesama sendiri berbahasa Pakistan. Begitu menghargai sekali mereka terhadap bangsa mereka. Hebat tamadun mereka. Hatta di negara kita paling mudah berselerakan kedai-kedai mamak di setiap ceruk negeri.

Agak-agaknya bagaimanakah bangsa kita?.....

Friday, August 17, 2007

Freecycle

Sudah lama saya tidak melayan 'freecycle' (komuniti kitar barang percuma di sini). Saya pernah mendapat chest drawer dan buku-buku percuma. Kerana tidak mahu rumah sarat dengan barang, saya memang selalunya 'delete' semua e-mail freecycle. Terlalu banyak. Tetapi akhir-akhir ini rasanya kami perlu mendapatkan satu lagi drawer simpan barang and at last, I got this from freecycle, a very good condition of IKEA RAST chest drawer, FOR FREE...

Antara misi freecycle group adalah:

Freecycle groups match people who have things they want to get rid of with people who can use them. Our goal is to keep usable items out of landfills. By using what we already have on this earth, we reduce consumerism, manufacture fewer goods, and lessen the impact on the earth. Another benefit of using Freecycle is that it encourages us to get rid of junk that we no longer need and promote community involvement in the process.

Boleh dikatakan di dalam setiap daerah di UK ini diwujudakan group freecycle. Macam-macam barang boleh didapati dari group ini. Antaranya TV, kereta, komputer, printer, buku-buku, washing machine, dryer dan banyak lagi. Antara contoh e-mail2nya adalah:-

____________________________________________________

OFFERED : WASHING MACHINE <<<>>>

I have for collection as soon as possible a nice clean and in goodworking order Whirlpool washing machine to gift. Al it needs is a wipeover as its been in my garage for a while and to be plumbed in.(I am gifting this as I bought a model that was integrated instead and canbe hidden behind my kitchen units)This is not a top of the range model but a whole lot better than beatingyour clothes against a rock in a local stream :o)I would want collection as soon as possible and I'm only looking to giftthis to someone who is genuinely needy ... NO DEALERS OR RE-SELLERS - sasha

____________________________________________________

Offer, Recipe book, West Bridgford

Slimming World "Fast Food" book. Good condition, never actually used, just sitting on shelf.Thanks,Geraldine.

_________________________________________________________

Offer: Armchair (Bulwell)

Hi,just joined freecycle and have as my special opening offer an archair.Would be a shame to throw it as it is in very good condition. Probably1980's, greyish floral pattern, clean and comfortable, i always had athrow on it, i'll throw that in as well and some cushions if you like.Thanks for looking. Jem

_______________________________________________________

OFFER: Fridge Freezer (Carlton)

Hi, we've got a fridge freezer to freecycle. It's measurements are 147cm high,54cm wide and59cm deep. We've posted some pics to give a better idea how it looks.Let us know if you are interested - swimlong

Monday, August 13, 2007


Perjumpaan dengan supervisor selesai sudah Jumaat lalu. Minggu ini katanya harap berjumpa lagi. Aduh... My algorithm is not up to the par to beat the world best known result. Another aduh..!!

Nak je cakap,

Prof,

"You mean I have to beat Dorigo's result? C'mon, he's the creator of the algo. Who am I? bla..bla.."

Tapi, tak terkeluar pulak ayat-ayat tu. Mengadu dengan rakan-rakan seofis. Camille, si Arab Peranchis yang hampir 5 tahun bertapa di ofis ni berkata, "Well, your life has just begun". Matthew si Mamat British senyih-senyih paksa menyedapkan hati saya.

Satu buku yang menarik saya jumpa di car boot dengan harga 30 pence - 'Why men don't listen and women can't read maps' mengatakan kenapa "Stressed women talk", Ianya kerana women's speech function is activated and she starts talking, often non-stop. She talks about present problems, past problems, possible problems and problems that have no solution. When she talks, no solutions are sought as she receives comfort and relief from the process of talking. Her talk is unstructured and several subjects can be discussed at ay one time with no conclusions being reached.
So, when you see a woman talking, need not do anything. She just found the solutions herself.

Tuesday, August 07, 2007

Ghost at London Jail

My children's favourite ghost video. Tengok berapa kalipun masih menyeramkan..... Make sure your volume speaker is on.

Ghost at London Jail

Friday, August 03, 2007

Supervisor


Petang ni kepala sedikit pening, mata mengantuk lalu cepat-cepat ke coffee corner di ofis membancuh nescafe + susu pekat carnation, dicicah sekeping biskut empat segi/cream crackers jenama Jacobs. Mudahan lesu ini berkurangan.

Pagi ini mendapat e-mail sekali lagi dari supervisor kesayangan, another meeting:

Baru saja berjumpa 2 hari lepas, minggu lepas dan ingin berjumpa lagi minggu hadapan.

Hi All
Can I arrange the following meetings:

zaa: Fri 10th Aug at 12:00 (results from TSP experiments?? :-))

Urgh.. baru sahaja saya di sini 6 bulan, sudah diminta result experimen. Sebenarnya saya sudah submit resultnya minggu lepas, minggu hadapan yang dimintanya adalah comparison result dengan lain-lain dataset yang lebih besar. Pencarian dataset sahaja memakan masa sehingga saya buntu kerana ada dataset yang sudah tidak wujud. Akhirnya saya gagahkan diri berjumpa dengan supervisor untuk memberitahu masalah ini. Sebenarnya seboleh mungkin saya tidak mahu mengadu masalah-masalah remeh padanya. Akhirnya, memang sah dataset tersebut sudah diupdate tetapi dia masih mahu saya mencari dataset lama. Solutionnya saya perlu mencari satu paper ditulis di tahun 1969. Mesti mencari sehingga berjumpa hatta jika perlu membuat inter-library loan sekali pun. Penting bagi memastikan algoritma saya berjalan seperti sepatutnya.

Buat supervisor saya, tiada istilah masih membaca. Yang penting perlaksanaan dan dia hanya mahu melihat result. Aduh.. pening kepala saya.

Tetapi, saya bersyukur dapat belajar di sini walaupun kebiasaan tamat PhD di sini adalah mengambil masa 4 – 5 tahun. Research groupnya mantap. Jabatan kami sahaja lebih 50 pelajar PhD. Setiap minggu kami berseminar. Sebulan sekali kami bermesyuarat. Jika ingin bercuti/ membuat kerja di rumah pun perlu memohon kebenaran.

Wednesday, August 01, 2007

Lake District National Park


Hujung minggu lalu kami bercuti ke Lake District. Ke sana 3 hari 2 malam dan Alhamdulilah hilang segala pening kepala akibat tidak bertemu dataset yang di cari. Kami ke sana 3 keluarga berkongsi sebuah cottage comel. MasyaAllah, pemandangan sangat indah di Lake District. Kami melalui pendalaman bumi Inggeris, bertemu anak sungai yang cukup indah, tasik/lake yang cantik dan rumah-rumah orang Inggeris yang cukup comel dan cantik.

The Lake District, also known as The Lakes or Lakeland, is a rural area in North West England. A popular holiday destination, it is famous for its lakes and its mountains (or fells), and also its associations with the early 19th century poetry and writings of William Wordsworth and the Lake Poets.

The central and most-visited part of the area is contained in the Lake District National Park - one of fourteen National parks in the United Kingdom. It lies entirely within Cumbria, and is one of England's few mountainous regions. All the land in England higher than three thousand feet above sea level lies within the National Park.


sitting two from left is me

our favourite car