Wednesday, August 22, 2007

Halal Meat


Bila membaca komen kawan-kawan tentang ragam membeli ayam/chicken di sini membuat saya tersenyum petang tadi ketika di kedai Khan Halal Meat. Saya ke situ untuk membeli daging kambing yang specifically banyak lemak bagi melayan selera puasa ganti saya hari ini. Lazat sekali bila lemak daging cair di dalam mulut kita..

Di sini banyak sekali kedai-kedai menjual halal meat. Antaranya Khan Halal Meat, Umar Halal Meat, Ali Halal Meat, Medina, Ahsan Halal Meat. Semuanya secara khusus menjual hanya daging kambing dan ayam. Daging lembu agak sukar dicari. Entah kenapa, mungkin sebagai menghormati kaum India.

Harga agak murah. Saya selalu membeli chicken wing untuk anak-anak. Jika saya ke kedai, dapatlah 4 pound weight chicken wing for 1 pound money. Harus distresskan beza antara pound weight dan pound money. Kalau saya terlupa, mamak Khan selalu bertanya "pound money or pound weight". Itu-lah dah ada timbangan kilogram tidak mahu diguna. Tetapi, kalau suami membeli, dia akan mendapat 3 pound weight chicken wing for 1 pound money. He..he.. ada special price untuk wanita.. Mamak..mamak...

Chicken thigh, chicken nibblet, chicken wing, broiler chicken dan macam-macam jenis bahagian ayam dijual. With skin, skinless semua ada. Cuma yang tidak berjumpa adalah hati ayam. Tidak pula dijual bahagian hati ayam di sini.

Daging kambing istilahnya mengelirukan bagi saya. Salah saya juga yang tidak pernah hendak ambil peduli jenis-jenis daging kambing di dalam pasaran. Yang saya terjumpa adalah mixed mutton, goat meat, lamb meat, mixed goat meat dan ada dua, tiga istilah lagi yang kadang-kadang pening untuk dibuat pilihan. Puas kami makan daging kambing fresh di sini...
Bila pulang ke Malaysia nanti pasti saya akan merindui halal meat di sini kerana daging fresh kita di sana mahal!!...

15 comments:

Kak Elle said...

you r lucky senang mendapat barang halal...kak elle tak pernah beli mutton takut tersalah beli parts.Selalu makan beef aje:)

Ayam tu my daily menu pun bolih hantu ayam....hehe
kalau dapat hati ayam do goreng ngan ketumbar/jintan sedap kan?

Mimi Amilia said...

Kak zlaa,

I suka chicken leg. My fav part dan yang paling murah. Kat sini bahagian hati tu senang jer nak cari.Biasanya saya beli 2 pairs chicken leg dengan harga 1.7++ pound.

Kambing pulak org2 rumah saya ni tak berapa gemarinya.Jadinya, tiap2 hari la makan ayam.Kalau rasa nak mewah sket, pegi beli udang dan sotong.

mki said...

Puan Zlaa,

Bila pulang ke Malaysia, saya kena makan ubat darah tinggi!

~ahni~ said...

Alhamdulillah duduk kat luar negara pun tak susah dapat makanan halal. Rasanya itu concern nombor satu kalau nak travel ke luar negara.

ummu_naqeebah said...

mm, di sheffield ada hati ayam. jual di Bangla bazaar. baru ni haa makan hati ayan utk lunch, heheh

k-riey said...

Salam.
Perrghh..kambing memang best gile..
suke sangat bau daging kambing tu.
kat France harga dia €8 1kg.
summer in Malaysia?
Superb!
pagi2 bangun awal beli nasi kuning untuk faris, kuih untuk pekerja yang renovate umh..
then sambung tidur jap, bangun balik bawak faris my lil bro jalan2, lunch umh tok saya.
best gile tiap2 ari makan nasi lauk ikan singgang ngan budu, petai.
malam makan mama masak la.
da naik 5kg balik ni.haha.
tak masuk durian lagi tu.memang best gile Malaysia!
balik France 8 Sept..huhu

mmj said...

wah..mkn daging kambing ye kak. x takut darah naik ke? hehehe...x pe, x pe. pose nye psl.

if i'm not mistaken mmg kat europe pyh nk dpt bhgn dlm mcm hati etc. diorang x mkn. tu psl x jual kot.

loveujordan said...

senang kat Uk sebab mudah dapat bekalan halal meat...

dulu masa muda suka yang drumsticks, dah tua ni suka chicken wings...sedap bila di goreng jintan macam kak elle cakap..nyum nyum.

Nur said...

Kak Zlaa

Senang kat sana nak beli halal meat, saya kat sini suka beli ayam kat Ayamas. Kambing memang tak pernah beli tapi makan jugak terutama bila buat gulai atau sup..yumee..

Bye..have a nice weekend!!

MAMAMIA said...

Ayam memang senang dapat. Tapi yang susahnya bila nak makan ikan... Sampai rindu pada ikan kembung, selar, sembilang dll... & naik muak makan smoked salmon!!

My Stories & Journey said...

Kami kat birm alhamdulillah, semua mudah dapat dari daging ayam, kambing, lembu or hati ayam ke perut lembu ke... mudah dapat. Ikan segar pun murah2 kat pasar borongnya dan harga pun memuaskan. Buah2an spt durian, rambutan dan maggis pun kdg2 ada kat chinese store.Kiranya tak miss sangatlah makanan msia, janji rajin masak aje. Yang seronoknya bila masak kat sini terasa cepat dan mudah .Nott dgn birm tak jauh zlaa... so kalau teringin sangat boleh turun sini...

nurazzah8 said...

hohoho..cakap pasal halal meat kat negara orang ni teringat semasa akak belajar kat USA tahun 80an dulu...
entah macamana akak dan kawan2(kami hanya berempat semua perempuan) tercampak kat tempat kampung terpencil ... so susah tak tahu nak beli halal meat kat mana... Alhamdulillah kemudian ada seniors dari tempat berdekatan tolong. Kebetulan kami duduk satu rumah pihak Uni bagi sbg dorm (sbb kami mintak duduk luar tak mahu duduk dorm) kat rumah ada satu freezer besar, so every month kami pergi ke bandar Toledo, Ohio (about 2 hours drive) beli daging halal kat kedai Arab. Haaa...nak tahu kami beli banyak mana?(ialah stock utk sebulan kan) sekali shopping, beli ayam 20 ekor, daging 10 lbs, dll. kamudian shopping barang2 kering kat kedai Oriental pulak... huuu part shopping nih mmg I suka sangat...

©Opah De said...

Salam Zlaa...
Salam perkenalan. Dari blog Kak Elle, hopped to yours di tengah-tengah malam buta. Kambing tu, goat ke kambing biri-biri? Huhu... sebabnya, OD di sini kebulur lama dah tak makan goat. Makan biri-biri rasa cam tumbuh sheepskin lak kat badan... nampak sangat mengarut. OD add Zlaa ya.

Dalilawati Zainal said...

Wah...best le kak zlaa sekeluarga dpt mkn fresh meat murah...kat msia ni...mahal...

ZLAA said...

kak elle,
Sini senang dapatkan halal meat but fish, tak berapa best. Tak banyak choice. Only salmon, mackarel, trout. Ada yang dimport tapi kena pergi cari di Asian shop.

mimi amilia,

Hari tu beli 2 chicken legs for 1.23 pound. Udang senang cari. Best. Prawn tiger. Sotong susah sikit. Kena pergi Asian shop.

mki,
Tu-la, I pun risau jugak especially utk suami. Takut dia pun balik kena makan ubat darah tinggi.

ahni,
Alhamdulillah sini tak ada masalah makanan.

ummu_naqeebah,

Nasib baik akak bukan peminat hati ayam walaupun doktor galakkan makan hati ayam (low blood). So, tak ada-lah miss sgt.

k-riey,

Wah, enjoynya summer di Malaysia. Yang tak tahan tu bab makan-makan. Budu, petai?.. Wuahhh... miss giler.

mmj,

Risau jugak kalau-kalau makan berlebihan daging kambing akan bawa penyakit so, selalunya akan budget jugak berapa kali makan dalam seminggu.

loveujordan,

I pun nak cuba resepi tu. Belum pernah try.

nur,

Memang kita di sana jarang makan kambing. Kalau makan pun masa orang buat kenduri aqiqah. Tapi, buat sup memang sedap..

mamamia,

I kadang-kadang beli juga smoked salmon and mackarel. Sedap jugak. Simple.

My stories and journey,

I belum pernah pergi Birm. Best kan semua ada di sana. Actually, I am supposed to study kat situ tapi dia orang lambat sangat reply so ended up kat Notts. Notts pun okay, not bad.

nurazzah8,

Banyaknya shopping.. Nasib baik di sini mudah cari barang halal. Cuma kadang-kadang miss barang-barang di Msia. Durian, tempoyak etc. Nasib baik masa nak datang hari tu dah kampoi pergi makan kat tempat-tempat yang ada masak petai, tempoyak.

Opah De,

Welcome to my blog. I memang tak tahu difference goat, lamb etc.. Lamb chop tahu-lah. he..he..
I'll link yours as well.

Dalilawati,

Ya, Alhamdulillah sini daging murah. Infact barang makan murah di sini. Susu cair/evaporated milk smart price u cuma 26 pence sahaja.