Tuesday, August 28, 2007

Maid story - ngeri

Sampai bilakah kita perlu bergantung kepada khidmat 'pembantu rumah'?

Berita 1:

Suami isteri akan didakwa bunuh pembantu rumah

SUBANG JAYA 27 Ogos – Sepasang suami isteri akan dihadapkan ke mahkamah Khamis ini kerana dipercayai mendera pembantu rumah warga Indonesia sehingga menyebabkan kematian mangsa dalam kejadian di Puchong Perdana dua minggu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, suspek wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala suaminya di bawah Seksyen 201 kanun yang sama kerana memusnahkan bahan-bahan bukti.
Polis hari ini mendapat perintah menyambung reman selama dua hari lagi sehingga Khamis ini terhadap kedua-dua suspek.

Perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah terhadap mereka itu dikeluarkan oleh Majistret Majistret Maimoonah Aid di Mahkamah Petaling Jaya, dekat sini hari ini.

“Kita telah mendapat arahan daripada pendakwaraya selepas meneliti bukti-bukti yang ada,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 14 Ogos lalu, mangsa yang berusia 24 tahun itu ditemui mati di sebuah rumah teres dua tingkat di Puchong Perdana, pukul 7 malam.

Mangsa yang dikenali sebagai Kunasir, berasal dari Jawa Tengah, Indonesia dijumpai mati dengan tanda-tanda lebam pada bahagian leher dan belakang badan.
Polis yang mengklasifikasikan kes berkenaan berunsur jenayah kini menjalankan siasatan terhadap pasangan suami isteri berusia 30-an itu yang merupakan majikan mangsa.

Seorang ejen yang tidak mahu dikenali memberitahu Kunasir datang ke negara ini empat bulan lalu. Difahamkan mangsa telah berumahtangga dan mempunyai seorang anak di Indonesia.
Dalam pada itu, Khalid menegaskan, polis akan mengambil tindakan serta-merta sekiranya ada laporan mengenai kes penderaan.

“Saya harap orang ramai terutamanya jiran tetangga tampil membuat laporan sekiranya ada berlaku kes-kes seumpama ini,” ujarnya.

Berita 2:

Bayi mangsa dera meninggal

SUBANG JAYA 27 Ogos – Selepas enam hari bertarung nyawa dengan menggunakan mesin sokongan pernafasan, Mohd. Naim Almazaadi, 11 bulan yang cedera dipercayai didera pembantu rumah warga Indonesia meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) awal pagi ini.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu dikejarkan ke SJMC Rabu lalu selepas tidak sedarkan diri sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
Sejak dirawat di ICU, bayi malang itu yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 pagi ini terpaksa menggunakan mesin sokongan pernafasan sepenuhnya.

Ekoran penderaan yang dilakukan ke atas mangsa, polis telah menahan pembantu rumah warga Indonesia berusia 32 tahun sehari selepas Mohd. Naim dimasukkan ke SJMC.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu, siasatan ke atas suspek akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

‘‘Sebelum ini suspek disiasat di bawah Seksyen 311 (A) Akta Kanak-kanak kerana dipercayai mendera,’’ katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, di sini hari ini.

Suspek yang hanya dikenali sebagai Bibi dikatakan baru tiga bulan berkhidmat dengan keluarga mangsa. Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati terdapat beberapa kesan cubit di kaki dan tangan Mohd. Naim selain kesan cekik di leher dan kecederaan di kepala dipercayai akibat dipukul.

“Saya amat sedih dan kesal kerana kes-kes seperti ini masih berlaku di Malaysia,” katanya.
Tambah beliau, kerjasama serta bantuan jiran diperlukan untuk menangani kes seumpama ini dari terus berulang.

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi rumah mayat Hospital Serdang apabila ahli keluarga kanak-kanak itu, terutama ibunya, Nur Asyikin Mohd Ali, 37, tidak dapat menahan sebak ketika menunggu jenazah anaknya dikafankan.

‘‘Saya dimaklumkan oleh doktor, Mohd. Naim mengalami pendarahan di kepala selain tengkorak kepalanya retak.

‘‘Saya reda dengan nasib yang menimpa anak saya dan saya serahkan segala-galanya kepada pihak berkuasa untuk menentukan hukuman kepada pembantu rumah saya itu,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Serdang di sini hari ini.

Jenazah Mohd. Naim dibawa keluar dari bilik mayat kira-kira pukul 11.55 pagi sebelum dibawa pulang oleh ibu bapanya menaiki kereta mereka. Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 13, Puchong selepas jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Falah, Subang Jaya kira-kira pukul 1.45 petang ini.

7 comments:

Kak Elle said...

Zlaa di sini pun satu indon maid di dakwa membunuh seorang wanita tua ... menghilangkan diri tapi dapat di berkas...mendera maid pun ada juga dan banyak majikan kena masuk jail.

Crime everywhere .... ada baca juga tentang indon maids working in middle west being ill treated!!

Nur said...

Kak Zlaa,

Takutla dengar cerita-cerita tu..hari ni dalam paper pasal doktor pulak tersalah suntik ubat kat baby tu sampai teruk tangan baby tu...takutnya saya macam-macam sekarang kan...

MAMAMIA said...

Sometimes macam tak percaya yang they all tergamak buat benda2 ni. Maids seksa anak2 sebab nak balas dendam pada employer. & employers pulak torture maids teruk2. Memang tak berhati perut punya manusia!!!

Umi said...

Zlaa,

Susah nak cakap, memang sekarang bila husband and wife keje, kita terpaksa bergantung pada maid.

I memang menunggu saat2 masa untuk tak payah ada maid. Bila yang si kecik tu dah besar.

My Stories & Journey said...

Zlaa yang ada 6 anak pernah ada pengalaman dgn maid ke? Banyak org kata sejak sambung belajar kat luar ni, hubungan dgn anak2 makin rapat sbb tak ada maid, kalau dulu kat msia sibuk memanjang...kat sini sesibuk manapun masa dgn anak2 sentiasa ada betul tak zlaa

ZLAA said...

kak elle,

Ngeri kan? Macam-macam cerita bab maid. Kesian majikan, kesian maid.

nur,

Dunia akhir zaman macam-macam hal. Hari tu dah ada sekali kan kes doktor salah suntik ubat kat tangan baby di Penang. Jadi pulak sekarang?

mamamia,

Betul kan? Ngeri dengar. Just hope it will not happen to us.

umi,

Alhamdulillah I sekarang maid-free. Mula tu memang nak bawa maid sekali datang sini tapi susah pulak proses visanya. And by the time kami balik M'sia, anak-anak dah besar. Just hope we will not be needing maid lagi.

My Stories & Journey,

I pernah ada maid sebelum datang. Alhamdulillah okay. Cuma tak ada rezeki nak ikut I ke sini. Hope lepas balik ni dah tak perlukan khidmat pembantu rumah lagi. Anyway, do you have any blog?

masyitah said...

saya pun terpaksa ambil maid.kena banyak bersabar dengan kerenah mereka. saya sendiri dah 3 kali tukar maid.maid pertama,orang sunda,baik,taat dan penyayang.
masalahnya ada kesan didera suami jd tak lulus fomema,kenalah hantar balik.
kedua, dah lulus fomema,ok buat kerja tapi dia taknak keje maid.dia pernah kerja di m'sia dgn chinese.dia lebih suka kerja dgn chinese jd pembantu kedai,boleh jumpa ramai orang.
sama2 keturunan jawa,masalahnya pula kalau apa2 tak boleh nak minta tolong,.sebab dia cakap dia sedara degan saya,jadi saya tak boleh perintah dia.ikut suka dia nak buat apa.dia anggap saya macam anak2 jd kena hormatkan dia.
masalahnya sampai dia mencederakan anak yang berusia 4 tahun dan bayi lebam.mulutnya masyaAllah.kami serahkan pada Allah akan perbuatannya.
yang sekarang ni..ketiga,ganti maid yang pertama.pun dah minta balik teringat keluarga.dia langsung tak boleh baca dan menulis.tak berpa fasih bahsa indonesia, punya sejarah emosi yang kritikal,didera suami,hingga kedua-dua anak yang dikandungnya meninggal dunia.
maid ni pun rezeki juga.macam kawan minta tolong saya carikan maid,kebetulan saya ada contact di sana.alhamdulillah setakat ni ok.rajin maid kawan ini.